Lagu Ketuhanan

in , by dorsett pink, February 13, 2015
Al-Fatihah

 
Takziah untuk keluarga Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz yang kembali ke Rahmatullah semalam jam 9.45 malam. Meninggal malam Jumaat yang penuh barakah, mulia nya Arwah dan sememangnya Arwah terlepas dari azab kubur dan ditempatkan dikalangan para mujahidah..
 
Ketika entry ini ditulis, arwah Tok Guru dah selamat dikebumikan jam 11 pagi tadi di kampungnya di Pulau Melaka, Kota Bharu.

Dan hari ni juga, bila aku bukak radio, radio banyak mainkan lagu-lagu ketuhanan dan bacaan ayat-ayat suci al-quran. Dah lama aku tak dengar suara merdu alunan nasyid mendendeangkan lagu memuji Kebesaran Ilahi untuk menghormati pemergian Tok Guru Nik Aziz. Sayu Nye hati dengar, terasa ada ketenangan yang mengalir.  Kan best kalau hari-hari radio kat Malaysia ni mainkan lagu-lagu ketuhanan macam ni.. Boleh mendidik anak-anak dengan lagu-lagu mulia cegini and kita pun dapat pahala sama bila sama-sama ikut nyanyi..
 
InshaAllah, aku doakan industri radio akan berubah ke arah itu suatu hari nanti.


 
SHARE 9 comments

Add your comment

  1. A big lost for us. Bila baca latar belakang pendidikan tok guru..masya allah...luasnya ilmu dia. Semoga TGNA ditempatkan dikalangan orang2 beriman

    ReplyDelete
  2. sangat sedih. perasaan yang tak dapat digambarkan bila kita kehilangan seorang ulama yang disayangi. Allahu.

    ReplyDelete
  3. sedihkan...dia tiada gantinya...moga tok guru ditempatkan dikalangan org beriman

    ReplyDelete
  4. Yupe.. sangat sedih.. keholangan Tok Guru sangat memberi kesan pada seluruh rakyat Malaysia.. tapi saya sangat sedih dengan kata-kata fitnah, caci, maki dan menjaja keburukan tok guru(walhal tak ade keburukan pun) yang dilontarkan pada tok guru semasa arwah masih hidup dulu. Kalau tengok media, hampir tak ada pun kebaikan tok guru yang diwar-warkan di media. Tapi kini bila arwah dah pergi, semua media dan semua orang yang memusuhi dia baru nak cakap tentang kebaikan dia dan tentang perjuangan nya menegakkan agama Islam diMalaysia ni.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah lumrah dunia. Masa ada kita tak hargai betul2,...bila dah tiada baru nak buka mata hargai jasa & perjuangan arwah.

      Delete
  5. **typo : keholangan - kehilangan

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah buat TGNA..org sepertinya mmg tiada pengganti seorang ulama dan umaira'...semoga roh beliau di cucuri rahmat dan bersama-sama org beriman aminnn

    ReplyDelete
  7. Innalillahhiwainnailaihiroji'un.
    Radio kita just hiburan.
    Bila ada hari2 macam ni baru lagu nasyid dibuka.
    Alhamdulillah kita ada radio IKIM.fm

    ReplyDelete
  8. selesai sudah urusan dunia dia.. sedang ramai yang iring dia pergi.. ramai yang mendoakan.. satu dunia kot.. siap sampai kat mekah sana =') tenang berehat di taman syurga..

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE