Wednesday, 11 February 2015

Travel :: Jalan-jalan Vienna - Part 2

Kisah Part 1 di sini 
 
Sorry lambat update kisah jalan-jalan ke Vienna ni..
Sorry ye..
 So, ini aku sambung kisah Part 2 pulak..
Jom layan gambar..
 
 
Ingat tak aku cerita kat Part 1, yang Vienna ni terkenal dengan music Mozart. Kalau korang jalan-jalan kat Bandar Vienna, nanti ada orang yang pakai baju macam gambar kat atas ni tegur ko untuk promote tiket tengok show Mozart. Diaorang nidatang dari pelbagai company, ada yang pakai baju warna merah macam ni, ada yang pakai baju warna hijau and ada yang pakai baju macam gambar kat bawah ni. So, pandai-pandai lah korang pilih yang mana satu yang paling murah.. Kalau korang student, make sure bawak kad matrik, sebab kat sini akan dapat special price untuk student even untuk public transport.
 

Sangat berseni kan.. Kat Vienna ni banyak arca-arca rupa manusia macam ni. Same like Italy.. Sebab ini bandar seni.. Jadi, kesenian diabadikan dalam bentuk arca serupa gini.

It just a simple cake. Aku sengaja ambik gambar kek ni sebab kek ni besar sangat. Ini kedai jual kek. Dalam kedai ni, macam-macam bentuk kek korang boleh tengok macam dalam cerita "Cake Boss" tu. Kat Malaysia rasanya tak ada lagi kedai kek macam ni. Kalau ada pun, diaorang buat based on request. Tak ade lah nak pamerkan kat kedai macam kedai kek ni buat. Aku tak ambik gambar kek-kek lain, sebab tak dibenarkan, so, yang ini pun curi-curi ambik dari luar. 

Ini kedai sourveniour

Ok, ini salah satu butik kat Stephansplatz. Stephansplatz ni shopping district yang menempatkan butik-butik designer terkenal dan branded macam Louis Vuitton, Channel, DKNY, Zara, Pandora, Omega, Hermes, dan macam-macam lagi lah.

Stephansplatz. Tempat ni memang ramai orang macam kat Bukit Bintang la kalau kat KL ni.

The end of Stephansplatz (platz = street), korang akan jumpa church yang paling besar ni - Stephansdom. Church ni ialah landmark untuk Bandar Vienna. Stephansdom tu dalam bahasa Jerman, kalau dalam English dipanggil St. Stephen's Cathedral. It is the mother church of Roman Catholic. Ia siap dibina pada tahun 1160. Lama giler kan?? Masuk dalam church ni, terasa la berada dalam church zaman kurun macam dalam cerita Harry Porter atau macam kat upacara Pernikahan William & Kate.
 

Selfie depan Stephansdom

Ini jam dinding kat dinding luar Stephansdom. Sangat antik

Ini original from Omega brand.. Jam dinding kat Bangunan Omega

Ini pintu masuk Butik Omega. Juga di Stephansplatz.

Ini stesen U-Bahn Stadpark (Taman Negeri)


Dua gambar kat atas ni diambil di Stadpark. Dah menjadi tradisi aku ketika travel keluar Negara, aku akan singgah di mana-mana taman untuk menikmati pemandangan and at the same time nak berehat sebab penat berjalan. Sambil tu, aku akan makan tengahari / lunch kat taman. Biasanya, aku bawak bekal dari hotel..Nak jimat duit kan..


Selfie kat depan Bangunan Parlimen


Ini Pejabat Pos di Pusat Bandar Vienna. Aku ke sini tak lain tak bukan untuk pos poskad untuk kawan-kawan di Malaysia.. Maybe u will be the next... ??


Ok, itu saja untuk Part 2 ini. Aku rasa dah tak ada Part3 kot.. hehe.. Tapi InshaAllah aku akan update sikit-sikit pasal Jalan-jalan Vienna lagi..

TQ for reading ya..

23 comments:

  1. bestnya jenjalan tgk negara orang kan... my wishlist since i was kid..tokyo, london n sydney...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak widy, InshaAllah u boleh Nye dapat pergi satu hari nanti. btw, Tokyo and Sydney tu, air asia selalu buat promotion, so boleh la grab tiket murah nanti

      Delete
  2. adus jap jap.. ada travel journey CT skip jap.. nanti CT mai balik..

    Siti Yang Menaip

    ReplyDelete
  3. Bestnya gi venice. Dapat baca po jadilah ☺

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fiza., takpe lah dpt baca pun, at least ada jugak yg baca blog saya.. hehe

      Delete
    2. Samalah FR, dapat tengok gambar pun jadilah.
      Jamu mata.

      Delete
  4. bestnya pergi negara orang. T^T
    nak ikut jugak. TT.TT

    ReplyDelete
  5. Seronoknya baca entri travel DP. Moga satu hari ada rejeki saya ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq farrah sebab support blog kite

      Delete
    2. Thanks to u too, DP. DP pun rajin singgah memeriahkan blog saya :)

      Delete
    3. amin amin.. nak itot Kak Farrah.. dalam luggage pun jadilah..

      Delete
  6. huihh...besar nye kek dia kann...bape laaa agak nye rege nye yerr....kalau kat mesia mau ratus2 kot...heheheh....chantek bunga tuhhh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Deanna, mahal tu kalau convert dengan duit kite tapi saya tak tahu berapa harganya

      Delete
  7. kalau sis JM jalan- jalan di shopping district Stephansplatz ni haruslah pejam mata je...x mampu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jm, sama lah kite.. saya pun tak mampu, hanya mampu tengok jer

      Delete
    2. Mampu tengok pun jadilah kan,... :)

      Delete
    3. tengok pun terapi jiwa..
      jangan jiwa kacau aje =D

      Delete
  8. hehehe bangunan memang cantik2.. adus x mampu la nak nyopping branded stuff tho lebih murah kalo kat europe.. kat certain countries selalunya ada brand ngara tu sendiri kan ? macam tu omega tu only made in vienna je ke ? tak pernah dengar hehe..

    kalo cem LV gucci semua tu tau dah..

    ReplyDelete