Sunday, 1 March 2015

Berat Badan Baby Tak Naik

Last week aku bawak anakanda kesayangan pergi monthly check-up untuk check-up 8 months dengan Dr. Khairul, pakar kanak-kanak kat Hospital Pakar Annur. Masa timbang berat, berat FL tak naik.. Hanya naik 100g je dari last month punya berat badan. 

Berat badan FL :
Masa lahir - 2.9 kg
1 bulan - 3.9 kg
2 bulan - 4.9 kg
3 bulan - 5.3 kg
4 bulan - 5.5 kg
5 bulan - 5.8 kg
6 bulan - 6.0 kg
7 bulan - 6.0 kg
8 bulan - 6.1 kg

See.. sikit je kan peningkatan berat dia.. Nak kata tak makan, makan banyak dah, 4 kali sehari. Susu ibu minum setiap jam (menang high demand).. so, kemungkinan besar (menang confirm) sebab FL sangat-sangat aktif macam mummy dia. Tak boleh duduk diam, nak main jer. Masa makan pun,nak main. Budak tengah bak membesar macam tu lah, janji dia sihat.

So, paeditrician a.k.a Dr.Khairul bagi multivitamin ni untuk FL minum setiap hari.


Dan, Dr. pun suruh bagi makan banyak sikit benda-benda lain. Antaranya :


Beef / Daging lembu

Lamb / Daging kambing

Sheep / Daging biri-biri

Green vegetables

So, bermulalah perjalanan baru mummy hari-hari untuk masak daging & sayur hijau.. A new exploration of  babies recipes.  Yyyiiiihhhaaaaa (seronoknye main masak-masak  =)) )

TQ for reading..

11 comments:

  1. Wowww... baby dah makan heavy heavy macam tu?? boleh ke dia makan? ohhh kasi hancurlah yer... harap2 takder masalah... ingatkan nak tambah berat kena makan nasi... jadi nasi pun tak jalan ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah, saya ingatkan duku bagi makan nasi banyak2 berat naik tapi tetap sama tak naik berat.. so, doktor cakap nak naik berat badan baby , dalam diet kene banyak zat besi & serat (fiber) & fat (minyak)..

      Delete
    2. typo - dulu

      najib, die boleh makan tapi kene blend sampai halus

      Delete
  2. eh..ringan nye bby..kt blom ade bby..tp anak buah bru lahir kn..masuk 2 bln da 5kg..huhu..tembun sgtttttt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayue, fl pun masuk 2 bulan dah 4.9 kg. Tapi sejak 4 bulan, berat naik sikit2 jer.. huhu.. skrang dia memang ringan la

      Delete
  3. Tak per. Nanti naik lah tu. Bestlah FL sebab mummy masak sedap² utk FL ☺

    ReplyDelete
  4. comelnyaaaa kambing.. gebus ahaha.. anak buah CT plak berat badan mendadak naik.. tapi sejak ciken pox terus susut.. dah tak berapa gebus..

    kalo tak naik jadi apa eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. CT bawa jugak perangai suka kambing dia kat sini heheheh

      Delete
  5. Moga FL membesar dengan sihat & ceria. Biar membesar sebagai juara ;)

    ReplyDelete
  6. harapnya lepas ni naiklah berat badannya... risau juga kan..

    ReplyDelete
  7. Aktif FL ni kak. Tu yg bila makan, dia eksais balik makanan dia balik. Ehhehe

    ReplyDelete