Friday, 18 September 2015

Baby's Food :: Vegie Fettuchini

Assalamualaikum..
Salam Jumaat yang penuh barakah
 
Jom try buat vegie fettuchini versi mummy FL.. Aku dah cerita kat post-post sebelum ni yang anak aku si FL ni tak suka makan nasi. Die lebih suka makan pasta, spaghetti, pizza dan segala jenis Italian food. Jadinya, mummy dia ni dah serupa chef dah duk try itu ini.. Kebanyakan food ni, aku try & error jer... Kalau sedap, Alhamdulillah.. hahaha.. Tapi biasanya memang sedap pun (letak dalam bakul,angkat sendiri.. hahahha)..
 
 
So, inilah rupa vegetable fettuchini versi Dorsett Pink


Bahan-bahan :
- Fettuchini
-Garlic
-Butter
-Halia (blend)
-Carrot Puree
-Spinach, Pumpkin, Butternut Squash Puree
- Parmesan Cheese
- Parsley Flake (optional)


Jom Masak :

1. Firstly, buat puree dulu. Senang je..

2. Steam semua sayur-sayuran (carrot, spinach, pumpkin, butternut squash), pastu blend semuanya..
   **** Puri ni aku dah buat stock siap-siap kat dalam freezer, jadinya bila nak masak, aku just    ambik jer puri ni 1 bekas keluarkan dari peti ais...

3. Rebuskan fettuchini supaya dia lembut. Pastu, ketepikan dahulu.. (Macam rebus spaghetti ler)..

4. Pastu, Panaskan butter dalam kuali.. (Aku guna "unsalted" butter).

5. Masa butter tengah berbuih nak mencair tu, masukkan garlic atau bawang putih & halia yang telah diblend .

6. Then, masukkan semua puri-puri tadi ke dalam kuali. Gaul rata..

7. Pastu, masukan fettuchini yang dah direbus tadi..

8. Dah gaul rata (sekejap je), tutup api. Then, masukkan parmesan cheese (grated/diparut).

9. Taburkan parsley flakes.. (ini optional, kalau tak nak takpe)..

9. Siap! Sedia untuk makan.. Yummm-yummm...

p/s : aku tak masukkan garam sebabnya cheese tu dah ada garam, nanti takut masin pulak.. Lagipun, budak kecik nak makan tak sesuai makan masin-masin ni..

Ok.. selamat mencuba ye u' oll
Selamat berhujung minggu juga...
Thank you for reading !

14 comments:

  1. Yelah budak punya tak payah letak garam. Cuma kalau mummynya nak makan sama letaklah garam sikit hihi... nak bagi sedap dan selera. Kakak tengok kakak pulak yg nak makan:)

    ReplyDelete
  2. pergh...FL ni...western tul..ehehehe....dh mcm anak mak salleh nih

    ReplyDelete
  3. setuju...klaua masak utk baby x perlu letak garam or apa2 perasa o perisa...just biar manis or masin tu datang dari ikan bilis ke, ikan fresh ke...x baik utk hati dorang...mesti semakin bolat si FL...dh lama x tgk FL kat sini

    ReplyDelete
  4. Nampak sedappp! Okay nanti saya nak try lah hehe

    ReplyDelete
  5. Kalau DP nak tahu cuti hujung minggu lepas anak kakak mencuba resepi ini tau..
    Cuma anak kakak tambah meat ball aje. Sedap jugalah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ akak sebab sudi cuba resipi saya ni.. pasti lagi sedap bila ditambah meatball tu kan

      Delete
  6. Huhuhu ada lebih tak, FL? Aunty Farrah nak tumpang barang sesudu dua :)

    Hai, Intan. Apa khabar? Sekarang dah start busy lah ye. Take care!

    ReplyDelete
    Replies
    1. khabar baik Farrah... a'ah dah start busy sebab dah start sem baru

      Delete
  7. Normally kalau cheese, Intan selalu guna cheese apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk makanan FL, saya biasanya guna cheese jenama "BEQA" sebab kurang garam compare dengan cheese yang lain

      Delete
  8. adehhh...lapar pulak rasa bila tgk gmbr...hihhi

    ReplyDelete
  9. Haih... lapo pulak tgk gambar ni...

    ReplyDelete
  10. ehehehe amboi FL tekak italy.. mana dapat tu ? ke mami dedi tekak italy jugak ?

    ReplyDelete
  11. lapa la sis. aduhh. nama dia nape vegetable fettuchini ? haha macam amhal je kalau order kat kedai

    ReplyDelete