Monday, 7 September 2015

Review :: Meat Point, TTDI

Assalamualaikum..
 
Ni kedai steak yang halal area KL ni. Restoren ni nama dia Meat Point. Terletak kat jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail. Daging die sangat-sangat juicy.. Sedap giler... Restoren ni kecik jer, kalau nak datang, better buat reservation dulu, kalau walk-in jer, tengok nasib la ada seat ke idak..
 
Harga dia berpatutan. Kalau rakyat marhaen macam aku ni, boleh dikategorikan mahal la... Tapi tu standard la... Sebabnya daging dia berkualiti, daging lembu dari Australia. Menu yang paling famous kat sini tentunya steak.. Tapi kalau ada yang tak makan daging, jangan risau, ikan salmon & pasta pun ada serve kat sini.
 
Mula-mula, korang pilih daging kat dalam freezer ni. Setiap daging tu dah ada diletak harga siap-siap, Kalau harga RM 100, nanti korang bayar la RM 100 (contohnya gitu la).. Kat sini, harg daging sampai RM 200 pun ada. Kalau nasib baik, dapat lah daging yang harga RM 30 jer (tu la yang paling murah).. Pastu, bawak daging tu pergi kaunter, then bagitau nak masak jenis macam mana. Nak masak 'rare' ke, 'medium' ke, 'medium well' ke atau 'well'.. and pilih jenis sayur yang kita nak, ada steam veggie atau salad atau potato, ikut suka korang la.... Nanti waiter tu akan Tanya meja kita & nama apa (nama kita). Sebabnya, steak tu nanti akan terus dihidang kat orang yang order.. Kalau doraemon yang order, doraemon la yang dapat..

Ni dia abdomen lembu..
Korang suka part mana? Aku suka bahagian 'Rib" & "Sirloin" sebab bahagian tu lembut

Ni dia kedai nya... Gelap jer sebab nak bagi impak romantis.. So, untuk couple-couple yang sedang dilamun cinta, sesuai la belanja awek atau pakwe korang dating makan kat sini..

Burger pun ada..... Burger macam ni harga dia kalau tak salah aku dalam Rm 18

Garlic bread

Grilled Chicken. Harganya dalam RM 24..
Kalau pasta, harga dalm RM 22
1 cawan fresh orange harga dalam RM 9.90..
 
OK... Harga-harga tu tak termasuk GST lagi tau.. Nanti kena tambah GST 6% and service charge 10%. So, kita kena bayar tax 16%..
 
Walaupun restoren ni mahal, tapi aku gerenti yang korang sangat-sangat suka sebab daging dia sangat-sangat sedap.. Restoren ni milik orang Melayu & yang pasti restoren ni Halal..
So, boleh lah cuba...
 
Ok, that's all, TQ for reading..

23 comments:

  1. Dah lama tak makan steak... Sobbb Sobbbb Sobbbbb... Tak leh makan... Sedeyyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn sedih, SS. SS kena pantang sbb doktor tengah pantau tahap kesihatannya.

      Delete
    2. ruginya org tu x leh mkn sreak...sedap tuuuuuu

      Delete
  2. nampaknya apa saja menu daging hanya boleh dipandang...sedapnya dorset pink menjamu selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak paridah, sekali sekala boleh la menjamu selera kat sini.. Kalau hari2, kopak duit

      Delete
  3. Kecur ailio. Sekali sekala makan mahal apa salahnya kan ☺

    ReplyDelete
  4. nmpk sedap bangat tu... terliur haih!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terliur?? Cepat pergi makan sini. Hehe

      Delete
  5. kalau ada 'hari istimewa' je sVs akan makan tempat2 macam ni. $$$ keching!


    sayangnya berhenti taekwondo setakat tu je... akak pulak yg sedih :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak sudip.. Saya terpaksa stop taekwondo tu sebab saya nak mengejar cita2 saya utk berjaya dlm akademik... Main taekwondo ni sekadar minat boleh la, tapi kalau nak buat cari makan tak cukup...kalau dah retired taekwondo, paling tinggi pun jadi coach jer.. Lainlah kalau jadi coach utk sukan squash, badminton, bola sepak ker, lunayan gak gajinya

      Delete
    2. lepas ni boleh la jadi coach utk anak2..
      eh.. jadi coach utk budak sekolah pun ok jugak.. boleh tambah gelang emas seutas dua. hahaha

      Delete
  6. wish kat kedah ada satu kedai mcm ni huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kat kedah, takut kedai tu cepat tutup pulak. Hihi

      Delete
  7. Apa yg pasti kalau nak masuk restoran ini kena tengok betul-betul RM dalam wallet/purse cukup tak:)
    Jgn dah siap makan nak balik kena cuci pinggan dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Kalau kene cuci pinggan, alamaknya tak balik la umah

      Delete
  8. ala-ala menate steak plak!Ke meat point tuh nama lain bg restoran menate ..huhuuhuhuh

    ReplyDelete
  9. Saya tahu tempat ni! Tapi tak pernah cuba makan kat sini lagi :)

    ReplyDelete
  10. sgt juicy tu yg x tahan tu...ishh..mau perlu terjah ni

    ReplyDelete