Tuesday, 17 November 2015

On Vacation - Why?

Hye Guys.. Assalamualaikum

Actually, hari ni aku nak up entry pasal salah satu restoren Jepun yang halal kat Osaka ni tapi sebabkan internet lembap nak mati, jadi terpaksa aku buat story lain... Aku nak meluahkan perasaan.. Yes! Meluahkan perasaan.. Blog is not for sharing only ait, it is also for LUAHAN PERASAAN kan? hahahha...

Ok, since all of you knew that i'm on my vacation right now, being to Southern Japan, and a famous destination for experiencing autumn - Kyoto & Osaka... Aku nak cerita kenapa aku kesini...


 ******* and the story begin...
Sememangnya setiap tahun aku akan pergi bercuti ke luar negara. That's a MUST. dan bercuti kdalam negara, sebulan sekali.. That's also a MUST... Tapi pergi ke Japan ni sama sekali tak dirancang.. Everything buat plan last minute.. Even book ticket flight pun last minute, tapi nasib baik still dapat harga yang affordable by using Air Asia X... RM 2,500 untuk 3 orang (return ticket).. Not bad la kan... Flight dari KLIA 2 ke Kansai.. 

Semua tahu aku tengah buat Ph.D..... Since October, Aku bengang giler ngan supervisor aku... Supervisor aku orang putih a.k.a Mat Saleh dan dia seorang senior lecturer...I think he is already 60s by age.. Aku tak ada apa-apa halangan untuk bekerja dengan Mat Saleh.. Tapi, dari sehari ke sehari, aku nampak cara pemikiran dia ni berbeza dari aku... 

Satunya (#1), 
Dia nak aku ikut cara dia... Walhal, ni research aku, aku yang lebih arif dengan apa yang aku buat. In addition, aku yang baca semua journal article and all the internet info and all the books, so for sure aku lebih tahu pasal research aku ni. Dia tak baca apa-apa pun pasal research aku ni, believe in me - dia tak tahu langsung!, tapi dia berlagak macam dia lebih pandai dari aku.... Apa yang dia cakap, dia nak aku tulis dalam tesis aku.. Mana boleh macam tu! sebab apa yang dia cakap tak ada bukti (tak ada sumber!), So tak kan la aku nak tulis dalam tesis - "Source : (DR. XOXO, 2015)... Kepala otak dia!


Kedua  (#2),
Aku langsung tak buat lagi research aku (data analysis). Data collection pun stuck halfway, sebab dia suruh stop dulu, dia nak aku concentrate buat write-up tulis Chapter 1, Chapter 2, Chapter 3.. Orang lain (yang buat PHD), biasanya, Chapter- chapter ni kita tulis last sekali especially Chapter 1 sebab data collection & data analysis takes time or even it takes years to finish it. Thats why, people do the analysis part first rather than write-up... Pastu pulak, bila aku dah siapkan semua chapter-chapter tu, dia suruh aku baiki itu dan ini supaya menjadi PERFECT!.. Kepala otak dia! Bilanya aku nak siap kalau asyik duk membaiki jer.. Believe me nak tulis 1 muka surat pun, boleh ambik masa 1 hari tau, sebab nak pikir tu ambik masa....Lain la tulis blog, 1 jam pun,macam-macam dapat tulis...

Ketiga (#3)
In order to graduate as a Philosophy Doctorate, u have to submit and being acceptance - 1 journal paper at least... Kalau tak buat journal paper tu, harapkan semata-mata tesis, walaupun tesis tu POWER giler memang sampai bila-bila lah tak dapat grad Ph.D..  So, aku pun menulis lah journal paper, memang banyak journal paper yang ada dalam DRAFT laptop aku ni... Bila aku cakap kat dia, aku tengah buat paper pasal XXX. Dia suruh stop, and buat write-up. Dia tak cakap direct, tapi cara dia tu kite paham lah yang dia tak nak aku buat paper. Aku dah banyak kali cakap kat dia, this is a UPM requirement - to publish at least 1 journal paper in order to graduate... Dia cakap "yes" dan angguk tapi the end. Dia akan balik pada yang asal.. So bila nya aku nak hantar journal paper tu kalau dah selalu duk 'hang' jer..

Keempat (#4),
Dia selalu bandingkan cara penulisan tesis aku dengan cara menulis buku... Mana sama bro!.. Cara tulis buku lain, cara tulis journal lain, cara tulis research lain... Memang sama sekali tak sama.. Tapi, dia duk asyik bandingkan dan suruh aku menulis mengikut gaya menulis buku. Sebabnya - dia tak pernah buat research (PHD pun dia buat masa tahun 70an dulu, and since then, dia tak ada buat research langsung)  and recently, die tulis buku. Thats why, die selalu compare cara aku menulis dengan cara die menulis buku.

Kelima (#5),
Dia selalu pertikaikan format penulisan Tesis oleh universiti... Dia tak setuju aku ikut format tu, dia nak aku ikut cara dia... Welll.. Ni bangang tahap gaban aku boleh katakan . Dah itu yang ditetapkan oleh University Graduate School, aku kene ikutla. Nanti kalau aku tak ikut, aku tak dapatla grad... Dia boleh pulak bergaduh ngan aku pasal format tesis tu... ayooo.... bende simple tu pun nak bergaduh.. Well, korang nampak kan, di asangat keras kepala, apa yang dia kata, kite kene ikut. Padahal, ni tesis aku, ikut suka aku la nak buat lagu mana pun...


Dan ... ada banyak lagi yang buat aku rasa nak hantuk kepala kat dinding...  
Aku rasa nak give-up buat Ph.D ni... 
Kalau macam ni gayanya, harapan aku untuk submit tesis by September next year memang tak kesampaian la.. 
Aku tak nak drag sub,it tesis ni ... 
Sebab aku tak sabar nak merealisasikan impian aku - 
untuk menjadi SURI RUMAH SEPENUH MASA.... + a part time traveller..
Aku dah penat menghadap research ni, plus pulak dengan supervisor yang macam hampeh ni... 
Lagi lah buatkan aku menyampah...
Tension, stress, semua ada...

Dan kebetulan pulak, my husband was being away for about a month... 
He went for outstation in United States. Somehow, for business meeting...  
And that was the ultimate reason for being on vacation besides wanna get away from my stress....

Cadangan aku untuk bercuti ke Japan diluluskan oleh en.suami tanpa ada sebarang bantahan langsung.. Dan ticket flight dibeli boleh en.suami semasa dia di U.S.. En.suami balik je ke Kuala Lumpur, esokannya, kami fly ke Kansai..
Hotel pun kami book beberapa jam sebelum fly..
But Alhamdulilllah, everything was fine even thought with last minute preparation..

16 comments:

  1. Saya yang baca ni pun turut sama terkena tempias stressnya, Intan. Enjoy ur holiday ye. Rehatkan betul2 mind tu sebelum kembali 'beraksi' depan supervisor.

    ReplyDelete
  2. Kepala otak dia!... SS sambung lagi.. Berjambul cakap kat dia... ha ha ha...

    ReplyDelete
  3. Memang payah kalu keje dgn org tua nih... Makin tua makin bodoh plak... Ehh SS plak yg geram...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ss... geram sangat rasa hati ni

      Delete
    2. Betul tau. Memang stress sebab wave length dah tak sama. Saya dulu masa belajar pun banyak kena lecturer yang dah sepatutnya pencen tapi terus mengajar on contract basis. Approach & methods mereka memang boleh buat kita memberontak dalam hati!

      Delete
  4. huihhh....kalau sy pun mesti stress....semua benda tak kena....skg sy paham nape kwn sy tuka Universiti coz xsekepala dgn supervisor....mgkin dia pun mghadapi mslh mcm DP....sy doakan smoga DP cekal dan tabah untuk meneruskan impian menggenggam PHD....aminnnnnnnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks deanna,,, sebab cuba memahami situasi saya

      Delete
  5. Intan, sabar banyak2 ye. Saya faham keseksaan batinmu itew..huhu~ Saya doakan perjalanan PhD Intan akan berjalan lancar dan diberkati. Sama2 kita cuba yang terbaik ye. Saya pun rasa nak meronta jiwa raga dah ni. Dah lama stop tulis blog sebab mengalami mental block hari tu. Haha~ Take care dear :)

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. sama kes dengan kawan CT ni.. tapi SV dia cuba jugak nak faham dia..
    tak adalah ikut kepala dia saja.. syukur walaupun x sama pendapat ke apa..

    sabaq eh kak.. cabaran =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh ye ke.. bagus la kawan ct tu, still boleh cope ngn sv die... saya ni, cuma piker nak tukar sv jer, atau terus berhenti

      Delete
  8. sabo jer la dik.
    dugaan.
    tu yg aida gerun nak sambung.
    stress...
    tapi ok la tu. release stress di jepun :) terbaik!

    ReplyDelete
  9. lahai kesiannya...so rupanya DP sekarang buat PhD
    no wonder dok sebut university tadi
    faham level stress tu...tak apa...put aside bebenda tu ye
    have fun and enjoy your holiday ok =)

    ReplyDelete