Kat dalam Bukit Gambang Resort ni, ade 3 hotel :
 
Masa kami bercuti kat Bukit Gambang hari tu, kami stay kat Arabian Bay Resort. Actually tiga-tiga hotel ni dekat-dekat jer, jalan kaki pun tak berpeluh, cuma harga jer berbeza-beza. Harga 1 bilik 'Studio Deluxe' yang kami stay tu RM 235 semalaman termasuk breakfast untuk 2 orang. Kalau dekat Caribbean Bay Resort, murah sikit, mungkin dalam RM 190 semalam.  

Ni rupa dari luar Arabian Bay Resort
 
Stay kat hotel ni, ada disediakan shuttle ke theme park setiap 10 minit, free of charge.

Haruslah selfie dengan truck harimau bintang..
Mana nak jumpa truck harimau bintang kat KL ni kan...?

Unta palsu. Dah namanya Arabian Resort, pastilah kene letak unta sekoq..

Palsu pun palsu lah. Janji ku dapat tengok unta mummy!

Reception at lobby area.
Sangat besar lobby area die.
Selesa.
 
Lobby area - Soo luas

Ada pool.
Pool die ada pasir macam kat pantai tu.
So, pada anak-anak yang nak merasa main pasir kat pantai, elok benarlah datang ke sini.
Sourveniour shop pun ada in case kalau tertinggal baju mandi atau pelampung ke atau nak beli apa-apa buah tangan untuk keluarga di kampong..
 
 
Lobby area lagi!

 

Ini tempat makan breakfast.
Bila time cuti sekolah / pubic holiday / weekend memang ramai orang stay sini.
Makanan die tak ada lah best sangat- biasa-biasa jer macam hotel 3 star yang lain

 
Ni rupa bilik die. Abaikan patung berdiri tepi dinding tu.
Bilik 'studio deluxe' ni besar, siap ada balkoni.
So, sesuai la untuk datang bercuti bawak family sekeluarga.
 Kalau nak lagi selesa, korang boleh ambik 'suite' atau 'family room'.

Sorry tangan tak bedung - gambaq gegaq
 
Bilik air nya pun bersih. Cuma tak ada bathtub jer. tapi, tak penting pun..

Mummy & daughter bonding time


having her breakfast before start her day

 
Aku rasa berbaloi tidur kat sini, sebab bilik die besar & staff pun friendly and plus, dekat nak pergi theme park. Instead of theme park, kat sini ada aktiviti lain jugak macam atv , flying fox dan macam-macam lagi, even nak buat team building pun sesuai kat sini.
 
Kalau tido kat sini, tiket masuk ke theme park, ada diskaun. Kite dikira sebagai guest Bukit Gambang Resort ni & kite dapat special rate for guest. Hari tu kami bayar RM 65 seorang untuk masuk dua-dua theme park (Safari & Water park), tapi kene buktikan resit hotel sebagai bukti yang menyatakan kita ni guest Bukit Gambang Resort ni.
 
Hari tu, kami book hotel ni through booking.com jer - our trusted accomodation site.
 
So, aku sangat recommend la pada sesiapa yang nak bercuti kat Bukit Gambang ni, tido di hotel ni..
 
Next entry nanti, aku akan cerite pasal Safari Park pulak k..
 
Stay tune!
SHARE 7 comments

Add your comment

  1. Selfie dengan truck harimau bintang tu WIN! He He He..

    ReplyDelete
  2. Ohh kiranya Bukit Gambang ni macam A Famosa eh kak? Hotel, waterpark, safari apa semua ada kat situ?

    ReplyDelete
  3. Salah satu tempat yg anak-anak suka inilah dia..

    ReplyDelete
  4. teringin lama dah nak ke gambang, tapi sekarang camne tempatnya. tempias bauksit ada tak

    ReplyDelete
  5. Waaa mcm bez tempat nie. Bgus2..


    Assalam jemput join GA saya...

    https://www.biskutsemperit.my/2016/02/giveaway-cash-rm30-feb-2016-by-ahbar.html

    Tarikh tutup 17 feb 2016

    ReplyDelete
  6. besarnya bilik..leh main bola

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE