Friday, 28 October 2016

DIY :: Nappy Bags/Nappy Sacks untuk Buang Pampers

Aku tercari- cari nappy bags (plastic bag) yang dah siap sedia terjual kat kedai.
Tapj malangnya tak jumpa, kebanyakkan kedai baby tak ada jual nappy bags ni.
aku tahu ada jual ialah Motherscare tapi selalu habis jer stok...
Maybe sebab banyak sangat permintaan.

Fungsi nappy bags ni ialah untuk letak nappy yang dah digunakan sebelum dibuang ke dalam tong sampah, jadinya bau-bau harum dari nappy tu terkunci dalam plastic tu. Tak adalah bilik bau semerbak. Especially bila pergi travel stay kat hotel, housekeeping datang kemas dalam masa 24 jam, nak tunggu 24 jam tu alamaknya terapksalah menadah hidung dengan haruman 'DKNY' tu..

And bila pergi umah orang, kalau orang tu bukan jenis yang kerap buang sampah , dah menyusahkan tuan rumah untuk mengirup bau semerbak tu.. and bila pergi jalan-jalan, tak semua tempat ada tong sampah depan mata, so terpaksa kita simpan dulu diapers tu untuk dibuang bila jumpa tong sampah nanti..

And bila dah puas cari nappy bag ni kat merata tempat tapi nan-hado, terpaksalah aku menggunakan idea kreatif aku yang bersarang kat dalam otak ni untuk buat nappy bag..

Aku beli plastik pasar malam biasa jer kat kedai.
 1 paket plastik ni RM 2++ jer

Pastu, aku letak dalam bag lutsinar saiz yang paling kecik ni.
Bag kecik ni ada jer jual kat mana-mana.
Aku beli kat kedai alat tulis

Pastu, bag tu aku balut dengan washi tape supaya nampak lebih meriah..

Pastu, Siap!
Dan bolehlah letak dalam diapers bag..
Jimat duit dari beli nappy bag kat motherscare



14 comments:

  1. Lebih menjimatkan! Kita baru terfikir nak diy acaner. Hahaha kekadang dalam kereta bau semerbak yg amat smpai pening2 dibuatnya hiewhiew

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan.. kan.... saya buat diy ni sebab dah cari merata tempat tak jumpa yang dah siap terjual

      Delete
  2. tu la.. kalau pergi jalan selalu gigih nak cari tong sampah.. huhu

    ReplyDelete
  3. Betul kena lebih kreatif utk berjimat dgn keadaan ekonomi yg menjerat sekarang ni.

    ReplyDelete
  4. isi sanitary pad letak dlm handbag pun cantik mcm ni..good idea..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah la erk, boleh jugak kan letak sanitary pad

      Delete
  5. Great idea,...yg penting bau DKNY yg semerbak tu dapat dibendung hihihi

    ReplyDelete
  6. Betul.. Memang perlu sebenarnya beg plastik kecil untuk bungkus dia baru buang... dulu tak tahu sangat. Tapi bila dah makin selalu travel baru perasan benda ni.

    ReplyDelete