Tuesday, 18 July 2017

Weekend Getaway at PNB Perdana Hotel & Suites On The Park

Sejak ada anak ni,telah menjadirutin rumah tangga aku untuk pergi bercuti at least sebulan sekali. Saja nak rehatkan badan dari rutin kehidupan biasa dan untuk meluangkan sepenuh masa dengan anak kesayangan sorang ni, FL. 

Buat masa sekarang, sorang lagi. Nanti-nanti tambah lagi sorang demi sorang. hihihi. Masih belum ada rezeki lagi untuk tambah tu. InshaAllah rezeki akan datang nanti bila tepat masa, keadaan dan ketika. Allah swt Maha Mengetahui. Usaha?? Memang ada usaha, just doa je skrang. Nanti Allah akan hadirkan permata tersebut.

Last month, kitaorang bercuti kat PNB Perdana Hotel & Suites On The Park yang terletak ditengah-tengah Kota Metropolitan Kuala Lumpur. 

Rumah aku pun di KL ni jer, pastu bercuti pun di KL jugak?? Ya.. Tak kisah di mana-mana, janji  "bercuti"!. Even though hotel ni hanya sekangkang monyet je dari rumah. hahahha..

Kenapa tak pergi jauh skit? Sebab last month bulan Ramadhan. So penat nak drive jauh-jauh. Nanti lepas Syawal ni kita keluar jauh sikit. Dalam KL pun banyak je tempat yang best. Cumanya aku jarang share percutian aku (hotel hopping) disekitar KL ni, sebab aku rasa orang dah biasa dengan KL, so tak ada apa yang best sangat la.

Takpelah, mungkin lepas ni aku share la kot kalau aku rajin sebab readers yang baca blog ni pun bukan semua dari KL kan? kan..kan? So, mana tahu korang akan berminat untuk stay kat tempat yang aku share nanti.

So, kali ni aku nak share cerita pasal bilik hotel di  PNB Perdana Hotel & Suites On The Park. 

Dah lama aku duk eyeing kat hotel ni. Ni baru ada peluang untuk menginap di sini.  













Macam biasa, en.suami book hotel ni melalui booking.com. Kitaorang selesa guna buooking.com so far. Nak bertukar ke website lain tu, so far belum lagi lah. Cumanya skrang airbnb pun dah menjadi pilihan kitaorang jugak kalau nak cari guest house. 

Aku suka bilik kat PNB Perdana Hotel ni sebab dia ada kitchenette . Siap ada microwave dan dapur lagi. Pastu ada sedia rice cooker dan periuk. So, senang lah nak main masak-masak kat sini. Pinggan cawan semua cukup. Cuma sudu garfu je kurang. Maybe diaorang nak kita makan guna tangan kot. Almaklumlah orang timur kan. 

Kat hotel ni ada swimming pool (salt water). Ada gymnasium dan ada kids club jugak. Sesuai la untuk percutian keluarga. Yang penting makanan dia best, boleh baca kat SINI. 

PNB Perdana Hotel ni terletak betul-betul di tengah KL, dekat sangat nak pergi KLCC dan Avenue K. Sebelah je dengan Menara Tabung Haji. So tak susah la nak cari makan kat area sini. 

Kalau korang nak cari services apartment di Kuala Lumpur ni, hotel ni pilihan terbaik. Highly recommended!!

10 comments:

  1. suke sangat nengok orang buat review bilik hotel ni

    ReplyDelete
  2. Terus rasa nak lepak sini plak..lama x lepak ngan anak dara meneroka panorama KL waktu malam

    ReplyDelete
  3. I know that hotel. Tapi tak pernah tidur kat situ.

    ReplyDelete
  4. bestnyaa

    I pun suka staycation di KL lagi lagi waktu cuti panjang. jimat masa dan tenaga. tak payah hadap jem bagai

    ReplyDelete
  5. besar and selesa bilik die ek.. e'in tak penah pulak gune booking.com selalu agoda aje.. maybe boleh cube untuk next holiday..

    psstt, jom kite usaha same-same jom untuk second baby.. hihi

    ReplyDelete
  6. Tak kisah dekat pun...yang penting bercuti....and with family...kan kan..=)

    ReplyDelete
  7. Cantik bilik hotelnya. Ada pool lagi.. mmg pakej laa

    ReplyDelete
  8. Bestnya boleh masak2 di hotel tu 😄

    ReplyDelete
  9. Wowww sgt! julia mmg suka menginap di hotel...wpun tinggal di KL tetap survey short vacay sekitar KL hehehe...siap ada kitchen haaaaaa syok ni tukar angin sekali sekala

    ReplyDelete
  10. Wah..mcm best ja...duk berkira2 jgk nak bawak anak jalan2 tapi tak tau ke mana

    ReplyDelete