Wednesday, 23 August 2017

Teruja Pertama Kali Naik MRT

Tempoh hari aku bawak naik MRT.. Almaklumlah, baru launch kan, nak gak rasa naik MRT kat negara sendiri. Ni lah kali pertama kami naik MRT kat Tanah Air sendiri. Sebelum ni dah naik kat negara orang, FL pulak first time naik MRT masa dia pergi Japan 2 tahun lepas.

Kitaorang naik dari Stesen Stadium Kajang ke Stesen Muzium Negara. Masa ni MRT bagi diskaun 50% lagi, so dapatlah harga tiket murah, hanya RM1.80 jer untuk tiket sehala.


Teruja tunggu train sampai


Ramai orang, berebut nak masuk train. Orang Malaysia ni, tak boleh ke kalau beratur elok-elok.. Eerrrmm




Alhamdulillah, kitaorang dapat seat..



Happy dia naik MRT, sampai siap nyanyi-nyanyi lagi.

Tapi lepas stesen Kajang, seat dah penuh... Sesiapa yang naik lepas stesen Kajang ni, payah dapat seat, kalau ada, Alhamdulillah.



Memang ramai sangat orang naik MRT ni.. Mungkin sebab baru lagi kot, so semua teruja nak rasa naik MRT. Baguslah kalau berterusan mendapat sambutan macam ni..

Sesampai je di Stesen Muzium Negara,kami terus menuju ke Nu Sentral. Kena berjalan lebih kurang 5 minit nak ke KL Sentral. Tak rasa jauh pun sebab berjalan dalam bangunan, cumanya kena banyak naik -turun escalator.





Just follow je signboard ni sampailah tiba di destinasi - KL Sentral.

Lepas makan-makan kat Nu Sentral, kitaorang lepak-lepak kat Dataran Merdeka pulak.




First time FL datang Dataran Merdeka.. Seronok dia.. Lepas ni boleh lah bawak dia datang sini lagi...

13 comments:

  1. seronoknya si kecik tu.

    benda baru best kan. hopefully keselesaan tu kekal lah. bab beratur tu memang. Ya Rabbi, I sakit hati betul orang tak reti beratur tu.

    Syok lepak Dataran malam malam kan. Cuma kekadang tak best banyak budak motor je .hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan mommy.. Geram betul ngn orang malaysia yang tak berdisplin ni. Infrastructure kita kelas pertama dah, tapi mentaliti dan perangai masih di dunia kelas ketiga..Huhu

      Delete
  2. saya masih tak berkesempatan lagi naik MRT. nampak lawa

    helloaiman

    ReplyDelete
  3. kebetulan saya memang dalam perancangan nak try naik MRT sementara masih ada harga promosi. sis naik dr kajang ye? saya pun akan naik dr kajang, sebab rumah saya di bangi

    tq sebab sudi singgah blog saya...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup sy naik dari kajang. Btw, thanks jugak singgah blog saya

      Delete
  4. Wah tak rasa lagi naik mrt. Salam singgah dri sy http://www.lokmanamirul.com/2017/08/rose-face-serum-zeeta-produk-terbaik.html

    ReplyDelete
  5. belum ada peluang lagi nak naik MRT..Huhuhu.. insyaAllah nak jugak naik 1 hari nnti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah. Tq miera sudi drop komen disini

      Delete
  6. sebijik muka mama dia kan si comel ni. pengalaman untuk si kecil, mesti teruja habis dapat naik mrt.

    ReplyDelete
  7. Salam, tumpang tanya ye. If dari kajang dgn MRT , jika nak terus pergi ke dataran merdeka, kita berhenti distesen mana ye? Tq atas jawaoannya nanti.

    ReplyDelete