Tuesday, 31 October 2017

Mothercare | Year End Sale 2017

Sejak FL lahir lagi aku merupakan loyal customer Mothercare. Kenapa aku minat sangat ngan Mothercare? Sebabnya kualiti kainnya tahan lama.


KENAPA AKU SUKA BARANGAN MOTHERCARE?

Budak-budak kan pakai baju sekejap jer, sebab diaorang cepat besar, tapi kalau pakaian dari Mothercare ni, FL boleh pakai sampai setahun, walaupun dah setahun pakai, kualiti masih lagi OK dan tip-top, so boleh simpan untuk adik FL yang akan datang. Ada tu, aku ada bagi jugak sedekah kat orang sebab baju dia masih nampak OK dan baru lagi. Jadi tak malu la kalau nak sedekah kat orang. Separuh lagi aku simpan. 

Sebabkan kerana kualiti tu lah, aku sanggup shopping kat Mothercare. Lagipun butik Mothercare ni macam pit-stop, semua barang kelengkapan baby dan mummy ada jual kat sini. Even kalau mummy nak cari nursing bra pun, ada jual kat Mothercare ni. Kelekapan nak pam susu pun ada dari ice block sampailah ke pam tu sendiri. Diapers bag pun ada. Pendek kata, semuanya ada dalam butik Mothercare ni.

Pakaian dari newborn sampai kids umur 10 tahun ada kat sini

KENAPA AKU SUKA SHOPPING KAT MOTHERCARE?

Sebab tu aku suka shopping sini. Sebab aku tak perlu bersusah payah nak pergi banyak-banyak kedai. Dasar pemalas! Mana-mana ibu yang spesis pemalas nak berjalan sesuai la shopping kat sini.

And lagi satu sebab most Butik Mothercare ni terletak kat dalam shopping mall, so senanglah untuk parents nak shop. Senang nak cari parking, nak cari makan, nak solat, nak pergi toilet, nak gi tengok wayang, so semua boleh buat sekali harung je. Tak perlu nak bazirkan masa drive kesana-kemari.


BETUL KE BARANG KAT MOTHERCARE MAHAL??

Ramai orang cakap barang-barang kat Mothercare mahal. Aku pun rasa barang kat situ mahal sebab dia jual barang yang ada 'nama' je. Tapi TIPS nya ialah kalau korang nak shopping kat sini, korang tunggulah masa musim SALE.. Yess... A big 4 letters - S.A.L.E.

Rambang mata nak pilih, semua cantik.

Kalau masa SALE tu, harga barang kat Mothercare semua ada promotion. Ada tu sampai 70% diskaun. And, kalau VIP member (Mothercare's member), dapat lagi diskaun extra another 10%. Untung kan kalau jadi member?

So, sebab tu, MOTHERCARE SALE ni sentiasa ditunggu-tunggu oleh para peminat Mothercare. Kalau korang tengok butik dia ni, hari biasa macam tak ada orang sangat, ada lah customer sorang dua. Tapi korang tengok masa musim SALE, penuh gile orang!.

Sekarang ni tengah berlangsung YES kat Mothercare - YEAR END SALE 2017. Start Jumaat hari tu sampai 1 Januari 2018 nanti. Untuk VIP member pulak 3 hari jer - 27 - 29 Oktober hari tu.  So, masa VIP day tu, aku ambiklah kesempatan tuk shopping. Dapat banyak less la.. 

 Biasanya, masa SALE ni lah, aku ambik kesempatan shopping banyak sekaligus. Pastu berehat. Pastu bila ada Sale pulak baru aku shopping lagi..

Kalau korang nak beli barang kat Mothercare ni, pergilah sekarang. Kalau tak, nanti menyesal. Lambat lagi nak tunggu sale akan datang.

Ni gambar FL masa kat Kyoto, Jepun 2 tahun lepas. 
Baju dan seluar dia dari Mothercare, even baju sejuk, winter coat, pants and legging pun dari Mothercare. Cuma boot u from H&M. kalau nak cari baju untuk vacation, sesuailah shopping kat Mothercare ni. 


P/S : Baju-baju dan seluar kat Mothercare ni nipis dan lembut jer, tapi kualiti dia confirm tahan lama dan tak mudah koyak

5 comments:

  1. pernah juga singgah kat mothercare Kota Kinabalu ...
    tapi time singgah tu, barang baby semua dah siap ...
    kena tunggu 3rd baby (kalau ada rezeki), baru terjah semula mothercare ni...

    ReplyDelete
  2. BARANG BERKUALITI BIASANYA TAHAN LAMA

    ReplyDelete
  3. betsnya ada sale.. mmg rambang mata. hehe

    ReplyDelete
  4. tak penah shopping sini.. tadak baby lagi ngeh3..

    ReplyDelete
  5. Alah membeli menang memakai orang kata

    ReplyDelete