Tuesday, 31 October 2017

Pilihan Shopping Pakaian Online | Zalora ke Fashion Valet?

Aku suka shopping baju aku online sebab malas nak drive, malas nak cari parking, malas nak bersesak dalam jem, malas nak bayar tol. Memang dasar pemalas ko ni DP!

Jadinya, kan senang dengan teknologi sekarang, semua main order jer guna jari. Klik-klik, siap! Tunggu je abang posmen ketuk pintu rumah. kan senang!

TAK SUKA SHOPPING GUNA WHATSAPP

Tapi aku tak suka shopping guna whatsapp.. Nak order kena whatsapp dulu. Aduhh!! Leceh la.. Nak pulak kalau admin whatsapp tu jenis reply lambat, memang hangin aku. Sorry lah, tak ada masa aku nak tunggu reply ni. Kalau boleh aku nak setel cepat-cepat. Pilih - order - bayar - siap!

Pastu, aku tak berapa percaya dengan main order guna whatsapp ni. Kalau orang tu scam / tipu macam mana? Kan dah burn duit kita. Even RM 50 je pun, tu kira duit jugak. Dah ramai kawan-kawan aku kena.. Last skali, duit lesap, barang tak dapat. Menangis la bucu katil jawabnya. 

Sebab tu aku suka shopping dengan trusted store jer. kalau company tu aktif buat  marketing and advertising kat radio, kat TV, lagilah aku percaya. Sebab nak buat marketing tu , confirm duit diaorang dah lebur berjuta-juta, so confirm la diaorang tak tipu punya. 

So, pilihan aku ialah Zalora dan Fashion Valet.



Aku dah lama shopping ngan 2 store ni sejak beberapa tahun yang lalu. Aku puas hati lah dengan service dua-dua company ni. Memang boleh dipercayai!

Untuk online OK lah, tapi untuk offline, aku memang tak shopping la ngan FV sebab  diaorang punya customer service kat Butik OFFLINE dah ada bad reputation. Staff kat offline store ni macam pilih bulu la skit, diaorang tak layan kalau pakai selekeh, or tak macam orang kaya. 



Almaklumlah founder diaorang kan orang KAYA. Pastu pulak diaorang tak greet kita pun. kalau tanya pun, jawab macam tak nak jawab je. Tapi dah ramai dah orang komplen kat Vivy, and Vivy pun dah take action pasal benda ni. So, since tu aku dah serik nak masuk Butik FV lagi.. So, skrang aku tak tahu lah macam mana dengan Customer Service FV either kat Pavillion or Bangsar Village. 

Tapi, aku tetap support FV online. Baju-baju kat FV pun cantik.


Kalau nak compare antara Zalora dan FV, mana satu pilihan hati?

Frankly speaking, aku lebih suka shopping kat Zalora. Sebabnya aku rasa website Zalora ni lagi mesra customer kot. And the best part is, Zalora ada apps. Skrang kan, zaman handphone. So semua benda nak buat guna handphone even beli tiket flight pun. So, sebelum tidur tu, atau masa makan, boleh la usha-usha dulu buat window shopping through phone, masukkan dalam wish list dulu. Nanti bila dah confirm nak beli, boleh terus je masukkan order. 


Pastu lagi satu, Zalora ada banyak pilihan pakaian. And banyak jugak baju-baju or accessories yang murah-murah. So, itu satu pilihan kat customer untuk membeli. 

And lagi satu, aku tengok website FV tak standardise measurent baju-baju dia. Hari tu, aku dah confirm nak beli satu baju ni, pastu tengok measurement size dia lain sikit - ada yang guna inchi, ada yang guna cm, ada yang guna meter. So, macam-macam. So, hajat aku nak beli baju tu terus mati kat situ - tak jadi beli... 

Aku ada buat komplen kat customer service FV, diaorang reply - 'size tu designer yang bagi, kami cuma up je kat website'. SO WHAT? Kalau designer bagi pun, tak kan korang tak boleh nak buat SOP atau korang je yang ubah size measurement tu sebelum up kat website? Ingat customer nak terima ke JAWAPAN tu?? Aku tak reply dah lepas tu. Diaorang bijak pandai, tak kan benda simple macam tu pun customer nak bagitau.. hehe.. 

Since then, aku macam tawar hati sikit nak shopping kat FV sebab menyusahkan aku nak buat convertion measurement size tu. Aku lebih senang shopping kat website Zalora.

Tapi aku salute la dengan FV sebab itu company anak melayu. Bangga wooo.. Company anak melayu dapat pergi ke pentas antarabangsa. Aku doakan FV akan ambik kira feedback dari customer dan aku doakan FV terus maju menembusi pasaran antarabangsa kelak. Amiiinn..

10 comments:

  1. sama lah,suka juga shopping dengan zalora. dengan FV xde pengalaman lagi .

    ReplyDelete
  2. Ai tak pernah lagi shopping di fashion valet.. So zalora jadi pilihan..

    ReplyDelete
  3. salah satu website yang sy pun suka shopping on9..zalora best:)

    ReplyDelete
  4. 2 jenama.yg popular sekarang ni cuma mama pernah LG beli kat sini

    ReplyDelete
  5. dua dua best.. tp busyra suka shopping di zalora. best!

    ReplyDelete
  6. beli baju tak pernah lagi kat FV atau Zalora ...
    tapi beli bags tu kat Zalora pernah lah ..
    so far Zalora ok, mmg akan shopping lagi kat Zalora..

    ReplyDelete
  7. FV tuuu CT mampu scroll ja.. hahaha.. belom pernah beli pape. Duck yang sehelai pun anak murid kasi. merasa teacher pakai hehe..

    ReplyDelete
  8. X suka shopping baju online sebab saiz x pernah ngam #petitegirlproblems

    Baru tau FV ada offline boutique. Bangga dengan FV, harap diorang boleh bertambah baik

    ReplyDelete
  9. Aku taubat tak mahu beli kat zalora lagi. Kualiti barang dia teruk. Dah dua kali terkena.

    ReplyDelete