Friday, 6 October 2017

Singgah Bermain Kat McKenzie Town, New Zealand


McKenzie ni tempat yang wajib pergi kalau pergi ke South Island, New Zealand sebab daerah McKenzie ni lah terletak spot pelancongan yang wajib korang pergi, macam Lake Tekapo, Lake Pukaki, Mount Cook / Aoraki , Tasman Glacier, Twizel. 

So, lepas pulang dari Lake Tekapo dan Lake Pukaki, kitaorang terus menuju ke rumah sewa kitaorang (airbnb) kat Twizel sebba nak kejar waktu solat. So, tak sempat nak pergi Mount Cook. On the way ke Twizel, kitaorang singgah jap kat Pekan McKenzie - nak beli groceries untuk masak.

Pekan kat New Zealand ni tak macam pekan-pekan kat Malaysia. Kat sini kecik jer.. Dan aman sangat. Tak ramai orang.. Rupa dia lupa kurang macam community park je. Tapi lengkap lah dengan kemudahan. Mostly pekan-pekan kecik di NZ ni rupa macam tu. Tak crowded macam kita kat Malaysia.


Kat sini ada restoren (tak ada restoren halal), ada klinik, ada kedai runcit and even ada hypermarket.

 Kat sini pun ada playground, so masa en.suami aku gi beli barang makanan, aku bawak FL main kat sini jap.. 

 Kat sini pun ada gak court basketball and space untuk xtreme game macam skateboard.

 Jadinya, orang NZ kat sini, memang akan bawak family petang-petang lepak sini.



 Nak jadi farmer??


Dapat kawan baru. Ni sesi beramah mesra.hehehe

Kitaorang lepak sini dalam 30 minit jer, pastu terus balik ke rumah sewa kat Twizel.
 Dari sini ke rumah tu lebih kurang dalam 5 minit jer. 

Nak tengok macam mana rupa rumah sewa kitaorang kat Twizel?? Stay tune k. hehe

12 comments:

  1. cantiknya.. teringin nak jejak NZ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah miera. Impian tu akan terlaksana jua satu hari nanti

      Delete
  2. rasa mcm tenang jer kan kat NZ tu,
    tak crowded , lepas tu nampak bersih ...

    ReplyDelete
  3. Kalau Hana berada kat tempat ni.macam dalam filem plak.. cam tak sangka gitu

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. teringat dulu belajar geografi PMR, NZ negara kurang warganegara berbanding dengan keluasan dan hasil bumi.. sbb tu la kot x crowded.. hehehe

      Delete
  5. huhuu impian mama dari sekolah, nak gi NZ. tak dpt pergi dapat baca pengalaman org lain pun best gak

    ReplyDelete
  6. hahah ini mesti gara2 geng KBBA g Nz aritu kan.... ni termasuk wish list jugak nih

    ReplyDelete
  7. bestnye !!!!!!!!!!!!! bila la rezeki ktie nak pegi agaknye.. hahaha~

    ReplyDelete
  8. suka tengok gambar last tu. kanak-kanak hati suci, takde racist pun.

    ReplyDelete