Tuesday, 7 November 2017

Ragam Si Pemandu Teksi

Aku ni pengguna tegar pengangkutan awam, tak kira kat Malaysia atau kat negara lain. Aku memang suka naik public transport. Tak ada kereta sendiri ke?? ADA. Tapi aku jenis spesis malas nak drive. Kalau hari-hari pergi kerja, pergi sekolah, pergi antar anak ke school, memang aku akan drive kereta. Tapi selain dari tu, aku lebih suka naik public transport. 

Kalau en.suami ada, dia boleh jadi driver. Tapi kalau en.suami tak ada terpaksalah aku bergantung pada public transport. Kalau tempat tu ada akses train, aku naik train. Tapi kalau tempat tu tak ada train, aku akan naik teksi / uber.. Aku tak suka naik bas. Sebab aku rasa bas lambat. 

 Ini hanya sekadar gambar hiasan - teksi di Jepun

BENGANG DENGAN PEMANDU TEKSI DI MALAYSIA!
Dulu, masa zaman tak ada UBER, aku selalu naik teksi lah.. Yang aku bengang dengan teksi ni ialah - diaorang tak pakai METER. Meter ada, tapi tutup dengan topi. Bukan semua pemandu teksi yang macam tu, segelintir jer. Tapi nasib aku dapat yang macam tu, aku rasa sangat-sangat-sangat-MARAH!! 

Kalau ikut meter, hanya charge RM 10 jer, tapi dia charge aku RM 15.. Aku tanya kenapa, alasan dia ialah - sebab masa pagi (8 am), susah nak dapat customer pagi-pagi macam ni... Aduhh! 

Aku bayar je lah, tapi dalam hati aku tobat dah tak nak naik teksi. Since lepas tu, aku dah tak naik dah teksi. DAH SERIK, FOBIA DAN YANG SEANGKATAN DENGANNYA! Aku drive walaupun terpaksa redah jem. Walaupun tengah sarat pregnant, aku drive jugak.

Then, sampailah UBER masuk Malaysia. Aku happy sangat, sebab kita boleh book guna handphone je walau di mana saja kita berada. 

Mula-mula dulu, aku nak try je pakai UBER. Tapi since then , aku jadi loyal customer UBER. Aku tak pernah kena tipu lagi dengan UBER. Alhamdulillah. Sebabkan aku ni loyal customer, jadi selalulah bagi aku free ride.. Thanks Uber!

Tapi hari tu (minggu lepas), aku saja nak try naik teksi. Tempat yang aku nak pergi tu ada LRT. So, mula-mula naik LRT, then, sampai situ aku kena berjalan untuk ke destinasi yang dituju. Tak jauh pun jalan sebenarnya , hanya 10 minit jer. Aku tak nak penat. Dari aku berjalan, better aku naik Uber. Disebabkan kat bus stop tu ada banyak teksi, aku just grab teksi jer. Lagipun dah lama kan tak naik teksi, apa salahnya kali ni naik teksi pulak. 

Tapikan..... masa aku naik teksi tu, aku bagitau kat driver tu yang aku nak pergi tempat ABCD tu. (Dekat je sebenarnya). Then driver tu kata - "sorrylah dik, saya tak tahu tempat tu, adik naik teksi belakang la". What???????????????????

Mana mungkin pakcik tu tak tahu tempat tu, sebab ni kan area dia. Lagipun tempat ABCD tu memang dalam area tu jer. Kalau naik teksi tu tak sampai RM5 la... 
Sebenarnya, pakcik tu tak nak ambik customer yang nak pergi dekat-dekat je.. Buat penat dia jer.

See! Kalau betul dia nak kerja, dia tak kisah pun dekat or jauh, janji ada customer, dapat la jugak duit poket tu... 

https://northcoastcourier.co.za/wp-content/uploads/sites/73/2016/11/uber-calle1-960x623.jpg
Sumber gambar - google image


KENAPA UBER MENJADI PILIHAN?
So, kerana sebab tu lah, aku rasa ramai yang pilih UBER / Grab. Sebab tak perlu nak berdepan dengan pemandu teksi yang macam-macam ragam tu..... Tapi bila UBER / Grab makin berkembang, driver TEKSI pulak marah-marah, buat mogok bagai.. hurrrmmm..

Even kat oversea pun, senang pakai Uber. Download je apps dia.. Sebagai penutup entry ni, hari tu aku sampai ke tempat ABCD tu hanya dengan berjalan kaki... Mujur hari tu tak panas terik... huhuhu

4 comments:

  1. dulu mama pun ada naik teksi gak. ramai juga yg ambil kesempatan tipu meter etc. tapi ramai juga yg jujur

    ReplyDelete
  2. Setakat sekarang, Siqah tak jumpa lagi pemandu teksi camtu. Mintak dijauhkan. Pernah sekali naik Uber. OKay gak. Layankan je asalkan selamat dan tak payah drive :D

    ReplyDelete
  3. Itulah..bila irg kita ramai pilih grab/uber pemandu teksi marah. Alasan tak boleh cari makan tapi disebabkan sikap kebanyakan pemandu teksi mcm nihlah org kita lebih suka pilih grab/uber

    ReplyDelete
  4. Masa di Jb dulu, Rose pun selalu naik teksi. Tapi, ok sebab ikut meter. Tak pernah lagi di cas dengan harga yang melampau. Cuma ada cas untuk kita panggil, sebab Rose akan call syarikat teksi, bukan tahan tu.

    ReplyDelete