Betul Ke Kilang Bateri di Johor Bharu BEST?

by - Friday, January 12, 2018

Orang kata, kalau pergi ke Johor Bahru wajib pergi ke Kilang Bateri - tempat yang semakin famous dan mendapat sambutan yang hebat. 


So, aku pun nak tahu la jugak macam mana rupanya Kilang Bateri tu, betul ke happening? Betul ke havoc? Betul ke best? 

Aku bercuti ke Johor Bahru masa cuti krismas yang lalu. Pergi bersama dengan my big family - 3 hari 2 malam.So, salah satu tempat yang kitaorang kunjung ialah of 'coz Kilang Bateri ni. 

First of all, bila sampai sini, kitaorang pergi makan dulu. Memang plannya nak makan kat sini sebab orang kata tempat makan kat sini happening. 

Antara deretan kedai makan yang ada di Kilang Bateri ni



Kat sini konsep dia ialah container / cabin, lebih kurang macam kat Christchurch, New Zealand


So, kitaorang memilih Kedai Makan - Factory Kitchen

 Factory Kitchen
 
 
 Dapat gak la merasa naik mini cooper. hihi
 
 
 
 
Kitaorang order makanan dalam talam macam ni. So boleh makan ramai-ramai
 
Satu talam ni harga RM 50. 
Ada jugak melu ala-carte untuk makan sorang-sorang.
 
 

 


 Selain dari kabin, kat sini jugak ada food court.

 Bagi aku, tempat makan kat memang best , memang happening. Kalau datang JB, wajib datang makan kat sini sebab kat sini ada banyak choice,  pilih je yang mana berkenan.
 
Selain dari tempat makan, Kilang Bateri ni ada jual macam-macam jugak. Diaorang nak buat konsep macam Uptown la. Tapi bagi aku, a little bit upset, sebab kedai-kedai kat sini tak semeriah macam kat Uptown dan barang-barang yang dijual disini kebanyakkannya benda sama jer - tak variety. Dan yang paling banyak for sure ialah baju-baju / pakaian.

 Ada kedai jual gadjet


 Jual pakaian Plus Size
 

  Antara butik pakaian wanita yang ada kat sini. Memang banyak sangat butik pakaian wanita kat sini & kebanyakkan jual fappael yang lebih kurang sama jer. Harga pulak tak lah murah sangat. Lebih kurang jer harga macam kat Butik-butik di Bangi Sentral, Bangi.
 
 Kat sini ada kedai Pets

 
 Syurga kanak-kanak - tempat main.




Ini pun best - Kedai Buku Projek Buku

 Kaki buku sukalah kedai ni.

 Yang paling tak best kat sini ialah TOILET

 
 Antara banyak-banyak pintu ni, hanya beberapa je selesa nak guna. Pastu yang lain tu macam-macam masalah, paip rosak la, pintu rosak tak boleh kunci la, flush rosak la. huhu Aku tak sanggup nak ambik gambar dalam toilet ni - loya tekak korang kalau tengok.huhu 

 Toilet kat sini dia tak modified apa-apa, dibiarkan seperti Kilang Bateri asal. Memang sangat-sangat teruk lah dan busuk. huhu. Kalau nak buat 'bisness' dalam ni, sanggup la menahan pergi ke stesen minyak yang berhampiran. huhu..

+++++++++++++++

Overall, bagi aku, Kilang Bateri ni punya potensi besar untuk lebih maju dan berjaya minat pengunjung di serata dunia. Cuma, penambaikan yang lebih banyak perlu dibuat, contoh macam TOILET yang bersih dan cantik, banyakkan lagi pilihan barang-barang untuk kedai-kedai tu, tempat parking pun buat kena ada flow yang lebih sistematik. 

Aku yakin, kalau beberapa aspek ditambah-baik, confirm boleh tarik lagi ramai pengunjung.

Itu je lah review ikhlas dari aku. 
Yang penting, tempat makan kat sini memang BEST (Thumbs-up).

You May Also Like

11 comments

  1. pernah gak g dua kali camtu..
    http://sinarcintaku.blogspot.my/search?q=kilang+bateri&submit=search

    ReplyDelete
  2. IQ pernah pergi sekali awal tahun lepas, makan dekat foodcourt, choices memang banyak! Best la, bab tandas memang yang tu kurang sikit, dorang masih kekalkan tandas kilang yang lama. Teringat nak tukar pampers Qa'id pun tak ada tempat, last2 pergi dekat bahagian cleaner, ada table top panjang, Qa'id plak tak berenti nangis, macam nampak sesuatu dekat situ...huhu

    ReplyDelete
  3. memang best la tempat ni, menarik...Suatu hari nanti nak pergi sini...

    ReplyDelete
  4. NAMPAK PERLU DIPERBAIKI KEMUDAHANNYA UTK MENARIK LBH RAMAI PENGUNJUNG

    ReplyDelete
  5. paling best..kat sini tudung murah2 boleh dapat.Cantik pula tu.Ina selalu kirim kat kakak ina kat kilang betri ni.

    ReplyDelete
  6. nampak menarik sgt. ni rasa nak pergi ni

    ReplyDelete
  7. Salam owner blog Dorsett Pink. Mohon update Blog List. Saya dah masukkan blog Dorsett Pink kat blog list Rahsia Melancong.

    ReplyDelete
  8. kalau lah toilet bersih dan wangi mesti lagi ramai orang nak datang kan

    ReplyDelete
  9. baru pergi last week.. happening.. tapi tak masuk la toilet haritu. hehe

    ReplyDelete
  10. Kalau dekat maunya mama dtg sini makan. Nampak sedap semuanys

    ReplyDelete
  11. ooo cam ni rupanya ye..
    anak akak sibuk sgt hari tu nak ke sana..
    tapi tak jadi.

    ReplyDelete