Dulu dan Kini

by - Wednesday, June 20, 2018

Semalam aku pergi JPJ renew lesen kereta. Lesen dah mati. Tak sangka, ramai giler orang. Aku ingatkan musim raya-raya ni tak ramai sangat orang sebab andaian aku ramai orang balik kampung. Tapi sangkaan aku meleset sama sekali. 

Jam 4 petang, JPJ dah tak bagi ambi nombor giliran sebab orang terlampau ramai. Aku punya turn lagi 20 orang. huhu.. Lamanya... Nasib baik aku datang ngan Kakak FL jer. Adik Leeya stay kat rumah dengan daddy dia. Kalau bawak Leeya, aku rasa macam agak tak selesa sebab ramai orang.

Nak tunggu lagi 20 nombor tu lamanya... Ya Allah! Punyalah bosan. Masa tu aku duk salahkan diri sendiri 'apsal lah ko tak bawak buku, at least tak lah bosan sangat'. huhu. Kalau dulu (zaman sebelum ada smart phone), aku gi mana-mana aku akan bawak 1 bahan bacaan samaada buku atau novel atau majalah. So sementara menunggu tu, at least boleh habiskan senaskah majalah. 

 Ini antara majalah favourite aku dulu (even sampai sekarang pun)

Dulu aku ni hantu novel. So setiap masa memang ada je bawak novel kemana saja . Ini antara novel-novel yang pernah menjadi koleksi peribadi suatu ketika dulu. Aku ada cerita kat entri ini - 'Spring Cleaning 201'. 


Tapi sekarang, dah tak bawak bahan bacaan ke hulu hilir masuk dalam hendbeg. Aku bawak handphone jer pergi amna-mana. Kalau andai kata nak membaca pun, aku akan baca through phone. Zaman pakcik gugel ni, tanya jer apa-apa kat pakcik gugel, semuanya ada je tersedia kat skrin handphone.

Itulah bezanya zaman dulu dan kini kan. You all pun mesti selalu layan smart phone jugak kan pergi mana-mana, KE TAK?

Tapi semalam aku tak boleh layan handphone sebab hp aku habis bateri. huhuhu. Biasanya kalau aku keluar ngan FL, aku tak charge bateri hp penuh sebab aku tak nak FL layan hp. hahahahha..

You May Also Like

0 comments