Macam biasa setiap bulan, aku dan keluarga kecilku akan pergi bercuti mana-mana. Just to bond ourselves together. Al-maklumlah, sebab aku baru je bersalin dan tambahan pulak en.suami terlalu sibuk dengan kerja dia - pergi outstation sana-sini. Jadinya, kami masih belum kesempatan untuk kemana-mana lagi epas bersalin hari tu. Takpelah, bagi diri aku rehat cukup-cukup dulu. 

And finally, bila usia baby FL dah genap 2 bulan & en.suami pun dah balik dari outstation, kitaorang memilih Kuantan sebagai destinasi percutian pertama untuk Baby FL.  Sebab apa Kuantan? Sebab dekat ngan KL, dan sebab dekat ngan kampung halaman aku - Terengganu. Alang-alang boleh balik kampung sekali.

First time aku ke Swiss Garden Beach Resort, Kuantan. Terletak di persisiran Pantai Balok. First time datang ke Balok. Kiranya tempat ni macam Port Dickson jugaklah - destinasi percutian. Kiri kanan penuh dengan hotel-hotel dan resort. So, kalau nak datang sini, ada banyak pilihan hotel yang korang boleh pilih. Tempat makan pun banyak.

 

Macam biasa, kKitaorang book hotel through booking.com. kalau dah jadi loyal customer, boleh dapat diskaun banyak. Sebab tu kitaorang suka ngan booking.com .

Hotel dia sangat selesa. Bilik dia pun luas. Yang penting swimming pool dia besar. Hotel ni tepi pantai, so kalau nak buat team building ke atau acara pantai, sesuai sangat lah . 

Facilities dia pun lengkap, sesuai sangat untuk bercuti seisi keluarga - ada kids room, ada playground, ada tennis court, nak sewa basikal pun boleh. Memang sangat-sangat kids friendly.
 
 






Berlalu pergi je, tinggal mummy sorang-sorang..huhu.. Katanya tak suka main pasir sebab kotor (Diva sangat anak aku ni .. kalah Diva AA😔😔😔)


Pendek kata, aku memang recommend la untuk korang bercuti kat sini.. Worth every single penny.
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. nampak selesa, dari kecik IQ nampak swiss garden ni tapi tak pernah menginap sana sebab kampung IQ pun ada di kuantan, mak orang pahang, ayah terengganu. cuma sekarang klu nk menginap hotel, lebih suka yang betul2 dalam bandar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo best la IQ selalu boleh tengok pantai. hihi... Saya pun suka gak hotel di bandar tapi itu kalau terdesak dek kerana masa suntuk je lah. Kalau ada masa lebih, kalau boleh saya nak bercuti kat tempat yang kaya dengan alam semulajadi. giteew

      Delete
  2. Thanks for sharing this, DP! Gambar pun banyak... hehe. Kolam dia cantik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. welcome Bash. Cuma kolam orang dewasa dalam sangat. semput nak mandi. hehe

      Delete
  3. Besnya bercuti setiap bulan.. I might spend hours kat situ berendam mcm badak air.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. bercuti untuk recharge energy mr.doktor.. nak rehatkan badan.hihi

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE