Bawa Bantal Bila Keluar Jalan-Jalan

by - Saturday, July 21, 2018

Sejak ada anak ni, salah satu benda yang aku bawak bila keluar ialah BANTAL. Sebenarnya bawak bantal ni ialah sebab nak menyusukan anak. 

Senang nak nursing kalau ada bantal, nanti tangan kita tak lah lenguh pegang baby. Tapi aku bawak bantal ni bila keluar lama-lama jer. Lama tu ialah lebih dari 2 jam.


 Ini bantal yang aku bawak gi jalan-jalan. Tak besar pun. 
Ngam-ngam jer untuk letak dalam basket stroller.

 Letak jer dalam stroller

bantal ni selain mommy yang guna untuk nursing, Kakak FL pun guna juga bila dia nak tidur. Either tidur dalam surau atau tidur dalam baby room.


Blanket tu ialah nursing cover mommy.. Hehhehe. Kiranya benda-benda yang mommy bawak, ia boleh guna untuk macam-macam fungsi lah. 2-in-1 gitu.


Tapi dalam kereta, memang tersedia ada 2 bijik bantal. Satu untuk Kakak FL , satu lagi untuk Adik Leeya.  Senang untuk diaorang tidur. Leeya tidur atas riba mommy je biasanya, Kakak FL tidur sendiri.

You May Also Like

2 comments

  1. Kan, Syaza pun kalau keluar memana, pakej tilam kecik pun angkut sekali. nursing cover pun buat jadi selimut juga ehe senang kan

    ReplyDelete
  2. comelnya bantal, nampak macam renyah tapi membantu sangat

    ReplyDelete