Kerongsang Oh! Kerongsang

by - Sunday, July 29, 2018

Wanita oh! Wanita. Tak habis-habis beli kerongsang. Lepas tudung, kerongsang pulak jadi isu. Ye lah, mana tak nya, dah kerongsang asyik hilang jer. Tension aku! Siapa ada masalah macam aku ni - kerongsang asyik hilang? Angkat tangan. 

Entah mana pergi pun tak tahu. Asyik-asyik hilang. addusss.. Pening kepala. Rumah aku ni ada toyol ke arr?Hari ni jumpa, esok hilang balik. Lusa jumpa, pastu hilang balik. huhuhu..

Tambah pulak bila ada anak dara yang sangatlah ' anak mummy'. Apa yang mummy pakai, semua dia nak pakai. Mummy pakai tudung, dia nak pakai tudung (baguslah tu), even mumy pakai tudung masa swim pun, dia nak pakai tudung jugak. Mummy pakai brooch pink, dia pun sama nak brooch pink. errmm. So lepas ni aku ingat nak beli brooch warna hitam je. Senang, hari-hari pakai hitam dua-dua orang. 

Suruh pakai swimming cap tak nak. Agaknya lepas ni mummy kena cari swim cap yang ala-ala tudung tu.

Tapi masalah jugak. Sebab pasti akan hilang jugak kan? hahahahhaa

Nasib baiklah brooch ni murah-murah jer. Boleh lah selalu beli. Kalau mahal macam harga beg LV, hahahhaa, jawabnya aku pakai tudung sarung je lah hari-hari..



Tudung ni senang, tak yah susah-susah nak pakai kerongsang.  Hehe.. 

You May Also Like

4 comments

  1. beli box jenis tin tu. kompem x ilang hehe

    ReplyDelete
  2. Hehehe....PC pulak bila nak pakai tudung,cari kerongsang semua batunya dan rompong2...agaknya kerja toyol juga nih...adoi la..hehehe..

    ReplyDelete
  3. sejak dah kahwin ni jarang hilang sebab kita sorang pakai.. dulu share gn adik hahaha asik ilang je pastu salahkan adik sama >-<

    ReplyDelete
  4. hehehe.. kalau yui pakai sorang je pun selalu lesap. cari2 tak ada. time tak cari berlambak keluar.


    salam kenal ^^

    https://epilogismesky.blogspot.com/

    ReplyDelete