4 TIPS Menyususu di Tempat Awam

by - Thursday, August 30, 2018

4 TIPS Menyususu di Tempat Awam | Sememangnya korang sangat bertuah jika korang menyusukan anak-anak korang. Walaupun usi penyusuan sangat singkat antara 3 bulan hingga 2 tahun , tapi percayalah 'bonding' antara ibu dan anak tu akan berpanjangan hingga bila-bila. 



Macam dari pengalaman aku sendiri menyusu Kakak FL hingga dia berusia 2 tahun,then exactly bila umur dia 2 tahun 3 bulan (kot) terus 'wean-off'. Tapi ikatan kasih-sayang tu kekal hingga ke hari ini di ketika umur dia 4 tahun. Kalau malam-malam  nak tidur, mesti nak tidur dengan mommy, tak nak tidur dengan daddy. Kalau nak pergi mana-mana, mesti nak mommy ikut sekali, seboleh mungkin akan pujuk mommy untuk ikut sekali. Sampaikan dia tak nak pergi skolah, sebab nak ikut mommy pergi kelas (kalau kebetulan mommy pergi university). 

So, penangan 'breastfeeding' ni memang sangat-sangat hebat. 

Ini, aku nak share 4 TIPS Menyususu di Tempat Awam bila korang keluar pergi jalan-jalan atau atas urusan seharian : 


1. Pakai Baju Nursing-Friendly
 Sekarang ni ada banyak di pasaran baju yang nursing-friendly. Sangat menyenangkan ibu-ibu nak menyusukan anak. Dekat online store banyak ada jual. Selain dari baju yang nursing-friendly. Nursing bra pun penting jugak, sebab nanti tak ada lah susah-susah nak buka bra untuk susukan anak. Boleh baca kat entry aku yang ini - "Penting ke Nursing Bra". 

 
2. Bawa 'Nursing Cover'

 Ini memang sangat penting la. Aku sendiri ada 3 nursing cover kat rumah. In case kalau 1 basuh, ada lagi 2 spare. So, boleh gilir-gilir pakai yang mana available. Boleh baca info lanjut kenapa nursing cover ni penting sangat  kat sini - "Benda Wajib Yang Perlu Ada Dalam Diapers Bag - Nursing Cover.

 
3. Pakai 'Tummy-tube'

'Tummy-tube' ni sangat berguna bila tak pakai baju nursing-friendly, so kita kena selak baju kita tu dari bawah. Bila selak takut nanti ternampak aurat (perut). So, better cover dengan 'tummy-tube' ni.  Tube ni rupanya macam 'tank-top', tapi string tu boleh laras dan dipanjangkan hingga tutup perut kita. Dia ada macam-macam saiz, boleh beli ikut saiz badan kita.




4. Cari Baby Room atau Surau
Kalau yang ketiga-tiga tips di atas, terlupa nak pakai or bawa. Korang cari jer baby room atau surau kat tempat korang pergi tu. Senang, menyusu tanpa batasan. Tapi ada kalanya, nursing room agak crowded dan agak kotor, so, carilah sura sebagai solusinya. Kalau nak lagi senang, sebelum keluar rumah, google dulu 'dimanakah kedudukan baby room atau surau' kat tempat kita nak pergi tu. So , nanti bila sampai sana, dah tahu nak naik aras berapa untuk ke surau atau baby room. 

Baby room di Melawati Mall


After all, thank you for reading this entry. May all the TIPS provided would help you in nursing your baby. May your motherhood journey will be happy and exciting  as i am. hehehhe.

You May Also Like

2 comments

  1. Breastfeeding in public is always difficult for me sebab anak tak suka duduk dalam nursing cover tu. Mulalah tak tentu arah.

    Solution; kena cari juga mother's room/surau atau kalau takde lari lah ke kereta. Menyusu sekejap dalam kereta lepastu sambung jalan-jalan macam biasa :D

    ReplyDelete
  2. nice sharing akak. sngt berguna untuk panduan para ibu.

    ReplyDelete