Baby Ikut Mommy Pergi Kelas

by - Wednesday, August 15, 2018

Sejak preggy dan bersalin Mac hari tu, aku pergi ke mana-mana kelas. Hanya duduk rumah melayan diri dan membelai anak-anak. Lagipun Leeya kan exclusive breastfed baby, jadi susah sikit untuk aku tinggalkan dia untuk join mana-mana kelas untuk tempoh yang lama. Kalau ada pun, cuma pergi School jumpa SV, and Leeya aku tinggalkan kejap kat my cousin.

Tapi aku realise yang aku betul-betul perlu recharge balik minda dan otak aku yang dah lama berkarat ni. Dah lama tak jumpa kawan-kawan seperjuangan. Dah lama tak recharge, bateri pun is going out to die.  Bila dapat join mana-main workshop, rasa macam bernyawa semula sebab dapat jumpa dan dengar story kawan-kawan yang sama-sama berjuang siapkan PhD.


Aku nak sangat join mana-mana workshop yang berkaitan dengan study aku ni. Tapi aku sedar bukan mudah nak tinggalkan baby yang baru lahir ni yang mana 24 jam aku bersama dengan dia dan tambah pulak en.suami aku kerja.

Hari Sabtu dia bekerja (atau pergi outstation), kalau Ahad tu free la sikit unless kalau terpaksa buat meeting dengan client, tapi sangat jarang keadaan itu berlaku. Hari-hari aku berdoa agar, Allah swt permudahkan urusan aku. Aku berdoa supaya aku dapat pergi ke workshop Sabtu-Ahad baru-baru ni.

 

Walaupun dengan bermacam-macam cabaran, akhirnya aku tekad untuk pergi jua walapun terpaksa bawa baby sekali (sebab tak ada orang jaga). Sehari sebelum workshop (Hari Jumaat), aku baru registered untuk join kelas tu. Alhamdullah, Allah swt makbulkan doa aku!

Dan Hari Sabtu yang dinantikan, aku hadir ke kelas dengan Baby Leeya dengan jiwa yang membara untuk belajar something. Mula-mula ada rasa malu dan segan sebab orang lain tak bawa anak. Tapi aku pendamkan saja perasaan tu. 

Kalau aku malu, aku tak dapat belajar. Kalau aku duk fikir apa orang nak kata - sampai bila-bila aku tak berjaya. So, biar je lah apa orang nak kata. Bawa anak pun, bawa lah, asalkan mommy dapat learn something hari tu. 


 

Hari pertama je aku bawak Leeya, hari kedua dah tak bawa sebab Daddy dia tak kerja Hari Ahad, so boleh daddy jaga Leeya Hari ahad. Alhamdulillah sepanjang seharian di kelas, Leeya tak meragam dan menangis, cuma ada merengek sikit-sikit sebab nak susu. Bila susu cukup, dia OK jer. 

 Hari kedua Leeya tak datang, so mommy kena pam susu. Sebab tak nak ketinggalkan sekecil ilmu yang disampaikan oleh speaker, jadinya, Mommy pam susu kat dalam kelas jer. Guna nursing cover.

 Diapers bag ni transform jadi pumping bag bila baby tak ada. sangat-sangat multi-function. I likee!


Ini semua rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berjuang menyiapkan Master dan PhD sampai grad. Aku pergi ke workshop Dr.Roket. Mana-mana sahabat yang tengah buat Master & PhD atau baru ada intention nak sambung buat Postgrad, aku recommend sangat-sangat korang datang ke workshop Dr.Roket. 

Sspecially untuk kawan-kawan yang tengah stuck / tengah serabut/yang rasa diri berada dalam kegelapan gua yang sedang buat tesis tu, eloklah korang datang ke kelas-kelas Dr.Roket ni. InshaAllah korang akan nampak sinar cahaya keimanan bila habis kelas ni. Tak kiralah korang bidang apa sekalipun, hatta bidang astronomi atau bidang medic atau bidang pengajian Islam sekalipun, datang je ke workshop ni, InshaAllah Dr Roket boleh bantu korang.

*************
 Untuk Leeya, terima kasih sebab sangat behave hari tu. So, annti bolehlah ikut mommy naik flight. eh!

You May Also Like

7 comments

  1. bagusnya..semoga terus dpermudahkan urusan yer..

    ReplyDelete
  2. wah seronok juga ye bawa baby.. hati pun tenteram bila dia ada depan mata

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. hati tenang bila baby sentiasa ada dengan kita.

      Delete
  3. Kalau aku malu, aku tak dapat belajar. Kalau aku duk fikir apa orang nak kata - sampai bila-bila aku tak berjaya. So, biar je lah apa orang nak kata. Bawa anak pun, bawa lah, asalkan mommy dapat learn something hari tu. <<<---- terbaekkk lah mommyyyy.... semoga dipermudahkan urusan mommy.. amin2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis. Thank you sebab baca entry ini dan thank you untuk doa tersebut. Semoga Sis dirahmati Allah selalu

      Delete
  4. Alhamdulillah.. baby memahami tu mommy nak cari ilmu.. semoga dipermudahkan segala urusan sis..

    ReplyDelete