Cara Paling Mudah Hilangkan Selsema dan Batuk Anak

by - Wednesday, August 01, 2018

Cara Paling Mudah Hilangkan Selsema dan Batuk Anakhttp://www.dorsettpink.com/2018/08/cara-paling-mudah-hilangkan-selsema-batuk.html

Masa Ramadhan hari tu, Kakak FL selsema teruk, sampai berdarah hidung dia sebab hingus sangatlah banyak. Pastu, berjangkit pulak selsema tu kat adik dia. Sebab duk 1 rumah kan, virus berpusing-pusing jer dalam rumah. So, memang senanglah nak berjangkit sakit tu. 

Pastu, baru-baru ni Leeya selsema pulak. Tapi sekejap je lah, Alhamdulillah. Dia selsema sebab sejuk, hari tu hari hujan, jadi cuaca sangat sejuk.

Aku perasan, anak-anak aku ni jenis yang tak-tahan-sejuk. Sama macam mak-ayah dia. Sebab tu rumah kami tak de aircond sebab semua orang dalam rumah ni tak-tahan-sejuk. Kipas yang ada sudah cukup untuk memberi keselesaan buat kami anak-beranak.

Cara aku untuk menghilangkan selsema dan batuk berkahak anak-anak ialah dengan buat kaedah STEAM. Aku kalau boleh elakkan bagi anak-anak ubat selsema atau batuk , tapi kalau keadaan dah teruk sangat, terpaksa lah bagi ubat juga. Tapi sebelum bagi ubat, aku cuba dulu rawatan alami cegini. 

Steam muka dengan wap air panas, supaya wap air panas tu dapat masuk ke rongga pernafasan.. Tapi untuk anak-anak aku sebab diaorang masih kecil, jadi mommy hanya guna air suam jer. Pastu letakkan air suam tu dalam bekas inhaler macam gambar bawah ni. 

 Steam Inhaler ni jenama Euky Bear. Aku beli kat Farmasi dekat dengan UPM beberapa tahun lalu. Aku perasan tak semua Farmasi ada jual 'Steam Inhaler' ni, cuma certain farmasi jer ada. Mungkin dekat Lazada ada kot.

Pastu, dalam air suam tu, aku drop dengan setitik Young Living Essential Oil LEMON ni. Setitik jer. Macam kes Kakak FL yang selsema teruk dulu, aku drop dengan 2 titik EO ni. 


Alhamdulillah, Kakak FL sembuh 2 hari selepas buat 'steaming' ni. Adik Leeya pulak sembuh dalam beberapa jam lepas buat 'steaming' ni. Alhamdulillah, berkesan sangat EO Lemon ni. Kiranya 'Lemon' ni antara EO yang wajib ada dalam rumah aku. Even kalau aku atau en.suami demam atau batuk-batuk pun, kami guna EO ni jugak sapu-sapu kat dada dan belakang leher. 

Alhamdulillah, selsema anak-anak cepat hilang lepas buat 'steaming' ni. 


(P/S : Gambar atas sekali tu hanya sekadar gambar hiasan k, bukan Kakak FL mahupun Leeya. hehe).

You May Also Like

5 comments

  1. steam inhealer ini boleh guna berulang kali ke..first time tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh guna berulang kali.. so , tak rugi kalau beli

      Delete