Kepala Panas, Badan Sejuk - Demam Ker?

by - Thursday, October 11, 2018

Kan aku ada cerita Leeya demam hari tu , kat entri ini - "Mommy Menjadi 'SUPERMOM' Bila Anak-Anak Demam". 

Masa hari Sabtu hari tu, kepala Leeya panas, tapi badan dia tak panas pulak. Aku dan en.suami dah risau. Kenapa ni erk? Adakah ni kira demam ke tak? Kalau demam, senang, kita boleh ON ubat demam. Kalau tak bagi ubat demam, takut nanti jadi lagi worst. SO, masing-masing serba salah, tak tahu nak buat apa.


En.suami pun start la google. Thank you Uncle Gugel.

Zaman sekarang ni mujurlah ada internet hujung jari jer - apa-apa pun google jer. 

Hasil carian di google, jawapannya ialah - TAK DEMAM. 

Ini jawapan Pakcik Gugel :
Bila badan panas, itu confirm demam. Tapi kalau kepala je panas, badan sejuk, itu bukan demam.
Kepala panas ialah sebab faktor sekeliling. Contoh macam suhu hari tu panas atau keadaan dalam rumah panas.

Esokkannya (Hari Ahad), badan Leeya panas, kepala Leeya pun panas. Check suhu - 38 darjah celcius. Confirm Demam. So  terus bawak dia pergi klinik.
 
 

You May Also Like

2 comments