Orang Sakit Tak Boleh Solat

by - Thursday, October 11, 2018

Kakak FL sekarang kan tengah sakit - kena kuarantin kat rumah sebab 'chicken pox'. 

Semalam , masa waktu Zuhur, mummy suruh dia solat, pastu ini jawapan dia :

Kakak FL : "Orang sakit mana boleh solat la mummy". 

Mummy : "Kenapa pulak tak boleh solat?".

Kakak FL : "Nanti chicken pox tu pecah masa sujud, sakit la Leena".

Mummy : "Ish siapa kata orang sakit tak boleh solat. Kalau tak solat, nanti masuk neraka".

Kakak FL : "Mana ada masuk neraka. Orang JAHAT je masuk neraka".

Mummy : "Orang yang tak solat tu dikira sebagai ORANG JAHAT la, sebab tak dengar cakap Allah. So Orang Jahat memang kena masuk neraka".


(Dia terdiam sebentar. Agaknya mula berfikir-fikir akan kebenaran kata-kata mummy).




Mummy : "Sayang... semua orang kena solat. Tak kira kita duduk kat mana sekalipun atau pun kita sakit ke, kita patah kaki ke, kita buta ke, kita patah tangan ke, kita tak boleh bangun ke (lumpuh), kita kerja ke, kita pergi school ke, kita tetap kena solat. Nanti Allah marah orang yang tak solat. kalau Allah marah, nanti kita masuk neraka. Neraka tu panas sayang... Mummy tak nak duduk dalam neraka. Mummy pun tak nak anak-anak mummy duduk dalam neraka".

Kakak FL : "Kalau patah kaki macam mana nak solat? Kan tak boleh berdiri?"

Mummy : "Solatlah sambil baring macam ni (mummy pun buatlah demo solat sambil baring)."

Kakak FL : "Tapi tak boleh sujud. Macam mana nak sujud kalau solat baring?"

Mummy : " Sujud macam ni ..... (buat demo)". 


Tanpa berkata apa-apa, terus dia ambil telekung dan solat. Tapi dia nak jadi IMAM katanya, mummy  pulak kena jadi MAKMUM dia. hahahhaa.. Iyolah sayang, apa-apa jer, janji awak solat.


Wudhu'?? Dia baru umur 4 tahun. Wudhu' tu kalau dia ingat dia pergi lah ambik, kalau dia lupa dia tak ambik wudhu' . Takpe, it's Ok. Baby step.  Waktu umur macam ni wudhu' tu tak perlu ditekankan sangat. Yang penting, pada ketika ni, dia kena faham dulu kenapa orang Islam kena solat dan solat tu WAJIB tak kira keadaan dan tempat.  

You May Also Like

2 comments

  1. comel je alasannya kelakar pun ada gak ni, tapi bagus sebenarnya bagi latihan kat anak-anak ni

    ReplyDelete