Kos Bersalin di KPJ Ampang Puteri

by - Tuesday, November 13, 2018

Kos Bersalin di Hospital KPJ Ampang Puteri | Hari ni aku nak share pasal kos bersalin Leeya Mac 2018 hari tu kat KPJ Ampang Puteri. Lama peram entry ni, hari ni baru ada kudrat nak publish. hehe. 

Dari awal preggy Leeya, aku dah buat antenatal check-up kat sini dengan gynae Dr Zalina Salleh. Kos bayaran untuk check-up pregnancy berbeza setiap kali check-up sebab bergantung pada ubat yang doktor berikan. Kalau hari tu tak de apa-apa ubat, murah la. Tapi biasanya setiap kali berjumpa gynae, bayaran untuk check-up dalam range RM 200 - RM 400. Pernah juga sampai RM 400++  , itu cuma bila ada banyak ubat.


Boleh baca kat sini : 



Disebabkan memang check-up dengan gynae di KPJ AMpang Puteri ni sejak dari awal lagi, so aku layak dapat harga pakej bersalin yang pihak hospital tawarkan. Kalau tak silap aku, kalau nak dapatkan harga dengan pakej bersalin , kena check-up dengan doktor di KPJ ni 3-4 kali (if i'm not mistaken), baru layak dapat harga pakej. Tapi apa- apa pun, gynae yang akan tentukan kita layak atau tak untuk dapatkan harga pakej tu. 


Ini harga pakej untuk normal delivery di Hospital KPJ Ampang Puteri


Sebelum warded, kita kena bayar deposit dulu, then baru boleh masuk ward atau labour room. Mana-mana hospital pun sama jer. Bayaran Deposit di KPJ Ampang Puteri ni ialah RM 5000. Kalau ada balance, nanti akan dipulangkan semula. 

Kalau tengok pakej ni, harga untuk bilik single ialah RM 3,550. Aku pilih bilik single sebab nak privacy. Kalau Kakak FL datang buat bising, tak lah mengganggu patient lain. 

Ini kali kedua aku bersalin. Biasanya harga yang ditetapkan tu, hanya sebagai guideline jer. Tapi biasanya bayaran yang dikenakan adalah lebih sekali ganda dari harga pakej tu sebab harga pakej tu tak termasuk dengan tax kerajaan dan tak termasuk kos ubat-ubatan. Dan harga pakej tu tak termausk untuk bersalin pada hari minggu. Kalau bersalin masa weekend. Orang bersalin ni macam-macam ubat kita kena ambik, so memang expect bayaran akan lebih dari harga tu. Tambah pulak, aku memang plan nak epidural. So, bayaran untuk epidural dalam lingkungan RM1000. 

Ini labour room KPJ Ampang Puteri. 


So, awal-awal lagi aku dah budget, kalau nak bersalin di hospital swasta, kena sediakan bajet lebih sekali ganda dari harga pakej yang ditetapkan. So, memandangkan harga bilik single yang ditawarkan ialah RM 3,550. Jadinya, aku bajet mungkin kos bersalin aku kali ni dalam RM 7K. 

Masa en.suami buat pembayaran masa nak discharge tu, harga yang kami perlu bayar ialah RM 6000 untuk stay 3 hari 2 malam. Semalam di labour room dan semalam di maternity ward. So, kurang RM 1k dari bajet yang ditetapkan. RM 6,000 tu termasuk dengan bayaran epidural, service charge, bayaran nursery untuk baby, bayaran consultation untuk paed dan ubat-ubatan.

 Sesaat Leeya dilahirkan

Koridor. Labour room. Kat sini rasanya ada 6 bilik kot (labour room).

Ini harga pakej untuk kos bersalin secara cesarean. 


Aku sangat berpuas hati dengan layanan staff di hospital ni, baik masa buat antenatal check-up, staff di cafetaria, staff di labour room mahupun staff di ward, semuanya baik-baik dan friendly. InshaAllah next pregnancy akan repeat bersalin disini lagi dan dengan gynae yang sama - Dr.Zalina. Dr.Zalina ni soft sangat, polite jer dan sangat baik dengan patient-patient. Tanya jer apa-apa soalan, Dr Zalina akan jawab dengan confident. 

Untuk entri-entri lain yang berkaitan dengan pregnancy, labour and birth, bole baca kat sini - 'Pregnancy'.

You May Also Like

4 comments

  1. ohh...menarik pakej kpj tawarkan.. btw,kiter berdebar bila tengok labour room..,walaupun 2 tahun dah berlalu.hhihi..segala ubat masih terbau dalam labour room

    ReplyDelete
  2. Berbaloi menabung bila service bagus kan. Walau mahal janji puas hati. Bagus entri ni utk mereka yg plan nk bersalin di KPJ.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah.. dipermudahkanNYA..

    ReplyDelete
  4. Wah.. tq untuk perkongsian ini.. Bayar lebih sikit demi keselesaan lepas bersalin..

    ReplyDelete