Persoalan Tentang Mati dan Syurga

by - Monday, November 19, 2018

Aanak sulung aku, Kakak FL , dia memang suka tanya pasal syurga dan neraka. Nampak gayanya sekarang dia macam dah faham apa itu syurga dan apa itu neraka. Orang baik masuk syurga, orang jahat masuk neraka. 

Orang jahat tu termasuklah orang yang tak mengerjakan solat. Dia dah tahu solat tu wajib untuk orang Islam tapi dia sendiri malas nak solat. hahahhaha... baby step... baby step.. baru 4 tahun. 

Dia cakap dia nak sangat masuk syurga sebab nak jumpa Princess (bidadari), pastu nak pergi Legoland. Dalam syurga pun ada Legoland dan yang paling best ialah dalam syurga ada banyak mainan. cakap jer nak mainan apa, terus muncul depan mata. Gitteeeww.. Tak yah susah-susah nak drive pergi Toy'R'Us. hahahaha.


Tapi kan, lately, dia ada bagi 1 soalan 'killer question' kat mommy . Aduss, sakit kepala mommy nak fikir apa jawapan nya... Last-last mommy diam jer, pastu cakap kat dia 'nanti esok k mommy jawab soalan ni'.. hehe.. Cheeky mommy. Sebab malas nak fikir nak jawab soalan susah tu.

Bagi korang mungkin tak susah kot, tapi bagi aku sangatlah susah soalan tu. huhuhu..

Ini soalannya -  'Mommy, kenapa nak masuk syurga kena mati dulu? Sebab Leena tak nak mati'.

Memang killer question. Lebih susah dari soalan SPM. huhu..

Korang rasa apa jawapan terbaik erk untuk soalan ni? eerrmm.. Cer bagi idea untuk mommy jawab soalan STPM ni.. 

You May Also Like

2 comments

  1. Ada syurga ada neraka.Ada hidup ada mati.Berpasang-pasangan.Mati itu perjalanan untuk masuk syurga.Untuk dunia nanti hidup semula.
    Soalan garu kepala sedu-sedu penjuru katil ni.Rasa ingin tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 'Soalan garu kepala sedu-sedu penjuru katil ni.Rasa ingin tahu' - betul tu kak. Curious nak tahu..Thank you Kak PC bagi idea jawapan yang terbaik. Thank you so much. Nanti boleh lah saya bagitau dia kenapa kita kena mati dulu sebelum boleh masuk syurga. hehe

      Delete