Punca Sakit Kepala Selepas Bangun Tidur

in , by dorsett pink, November 26, 2018
Aku ni ada migraine sejak mengandungkan Kakak FL. Selalulah diserang sakit kepala. Tak boleh salah sikit, nanti mestii sakit kepala. Kebiasaanya, aku perasan, aku akan diserang sakit kepala bila tak cukup tidur atau tak cukup rehat, dan juga bila cuaca panas atau terkena air hujan. huhu. Memang sensitif sangat. 

So, selalunya memangs elalu bawak Essential Oil Pepperment pergi mana-mana sebab itulah ubat sakit kepalaku. Boleh baca kat entri ni - 'Ubat sakit Kepala'.


Aku tak suka makan panadol atau makan ubat hospital. Seboleh mungkin, aku akan elakkan untuk makan ubat hospital, tapi kalau dah sakit sangat, makan jugaklah. Pernah aku kena inject dengan pain killer sebab essential oil dan panadol pun tak jalan. 

Sejak ada 2 anak ni, selalu jugak lah bangun tidur jer terus sakit kepala. Tambah parah, kalau sakit kepala tu melarat hingga ke petang. Aduuhh, sakitnya...

Hari tu tertengok kat TV - Channel W, ada share pasal sakit kepala lepas bangun tidur. Ini puncanya ↓.

Apa Punca Sakit kepala Selepas Bangun Tidur?

1. Badan kekurangan air semasa tidur.
So, sebelum tidur kena minum air banyak-banyak. Jadinya, ini bukan punca sakit kepala aku sebab aku memang minum air banyak sebab nak susukan Leeya. 

2. Kurang vitamin B12. 
So, kena banyak makan makanan tenusu macam yogurt, telur, tempe dan susu.

3. Orang yang bertekanan darah rendah. 
Ini memang aku. Aku ni jenis orang tekanan darah rendah. Masa preggy tu setiap kali buat antenatal check-up, bila check darah, tekanan darah aku (yang bacaan bawah tu) biasanya 54, 62, paling tinggi pun 70 jer. Bacaan 50 tu biasalah.

4. Stress sebelum tidur
Aku stress sebab tesis tak siap-siap lagi. hahahha.

5. Bangun tidur secara mengejut
Ini pun selalu jugak. Biasanya bila alarm clock berbunyi lah.

6. Tak cukup tidur
Ini biasa untuk golongan mak-mak especially bila masih menyusukan anak. Bila bergelar ibu ni, mana dapat dah nak cukup tidur 6-8 jam sehari. Kena tunggu anak-anak semua dah besar la, baru dapat tidur 8 jam. hihi.

7. Terlebih tidur.
Ini pun salah satu punca sakit kepala lepas bangun tidur. Tapi jarang lah aku dapat tidur terlebih  sejak ada anak kecik ni. 

8. Minum kafein sebelum tidur.
Aku tak minum coffee malam-malam, nnati susah nak tidur.


So, inilah 8 punca kenapa seseorang tu diserang sakit kepala lepas bangun tidur. Tapi sebenarnya sakit kepala ni terjadi sebab pembuluh arteri menajdi sempit. So, kesannya ialah sakit kepala. huhu..


Aku pun ada seorang makcik yang jenis selalu sakit kepala macam aku jugak. Dah jumpa doktor, doktor pakar, dah buat rawatan alternatif, tapi sakit kepala tetap tak hilang. Last-last sembuh dengan sendirinya selepas berdoa depan Kaabah kat Mekah. Dia berdoa pada Allah suapay Allah sembuhkan sakit kepala dia. Alhamdulillah! Doa dia dimakbulkan Allah swt. 

SHARE 1 comment

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE