Belajar Dan Belajar

in , by dorsett pink, January 07, 2019
Kakak FL tahun ni akan menginjak ke usia 5 tahun pada Jun hadapan. Dah makin petah berbicara. Suka sangat public speaking. Selalu jer buat 'show & tell' kat rumah , cakap sorang-sorang 😄. Dia sangat talkative. Setiap masa mesti dengar suara dia, diam hanya ketika waktu tidur. hihi. 


Dia sangat sukakan buku. Suka membaca dan belajar. Kalau kat rumah tu, pagi-pagi bangun tidur, lepass dah warming up, benda pertama yang dia akan buat ialah ambik workbook dan buat latihan atau ambik buku dan baca atau hanya buat colouring.  Tak perlu disuruh dan dipaksa, dia yang rela hati buat sendiri. So, buku-buku dia bersepah kat rumah ni, ada je kat mana-mana. Kalau pergi shopping, dia akan minta untuk beli buku atau stationery. Kalau pergi grocery shopping, tempat yang dituju ialah rak-rak buku. dapat beli 1 colouring book pun dah happy sangat.

Kalau balik sekolah, dia akan ambik workbook dan start buat latihan. Dalam sehari, macam-macam latihan dia buat. Dia sendiri yang buat dengan rela hati tanpa sebarang paksaan dan suruhan dari mommy atau daddy. Sekarang ni dia dah pandai buat matematik. Belajar kat rumah jer, mommy & daddy yang ajarkan. 


Masa cuti sekolah Disember hari tu, aku antar dia ke school holiday program, sebab nak bagi dia bersosial dan tak nak dia duduk je kat rumah tengok tv. Mula-mula dia seronok sebab boleh belajar sains (join science camp). Bila minggu-minggu terakhir, dia bosan dan tak nak dah pergi situ. Bila ditanya, jawapan yang diberi ialah - boring, sebab tak belajar. So, masa minggu last cuti sekolah tu, dia duduk je kat rumah teman mommy berulang-alik ke UPM uruskan hal-hal thesis submission. 

Minggu pertama 2019, 'back-to-school', dia buat drama tak nak pergi sekolah sebab dia fobia. Fobia sebab masa cuti sekolah hari tu (school holiday program), pergi sekolah tak belajar. Dia tak suka pergi sekolah dan tak belajar. Dia suka pergi sekolah. Tujuan dia pergi sekolah ialah sebab nak belajar. Jumpa kawan-kawan tu jatuh nombor 2. 

Dia sendiri yang cakap - Leena pergi sekolah nak belajar, bukan nak main. Walau pada hakikatnya, memang banyak pun dia main kat sekolah tu. Biasalah budak-budak. First day perg sekolah, adalah drama melayu pagi-pagi kat rumah tu. Menangis tak nak pergi sekolah. Jenuh mommy dan daddy pujuk. Last-last pergi jugak sekolah. Balik sekolah, macam-macam cerita - 'bestlah mommy hari ni, jumpa ramai kawan baru'. 'So esok nak pergi sekolah lagi tak?', mommy tanya. 'Nak!!', jawab dia. 'Tapi, Leena tak suka sekolah petang, mommy datanglah ambik awal'.  

Ni masa umur dia 2 tahun setengah


Lepas habis sesi tadika waktu pagi, dia stay kat school tu sampai petang sebab mommy enroll 'day-care'. Memang sejak dulu-dulu lagi even kat playschool pun, dia stay sampai petang. Nama pun 'day-care'- so memang tak de aktiviti pembelajaran.

Dia cakap dia boring duduk kat school petang-petang sebab tak belajar. Dia siap boleh cakap lagi 'Leena pergi sekolah nak belajar , bukan nak tidur. Kat rumah pun Leena boleh tidur'. Errrrmmm. Hari-hari cakap benda yang sama even Sabtu Ahad semalam pun. 

Pastu mommy pun cakaplah kat dia 'OK mommy ambik lepas lunch, pastu kita balik rumah terus tau, Leena tidur kat rumah'. Dia jawab - dia tak nak balik rumah, dia nak pergi sekolah yang boleh belajar-belajar. Dia cakap dia tak nak tidur. Dia nak terus pergi kelas mengaji. (Sekarang ni kelas mengaji dia kul 5.30 pm, lepas balik sekolah). 'Mana boleh gi kelas mengaji, ustazah tak de lagi'. Pastu dia duk ulang, antarlah dia ke kelas agama (KAFA). errmmm..

Mommy dan daddy pulak yang pening. Mana ada kelas KAFA untuk kids umur 5 tahun. Kelas mengaji banyak la. Kelas KAFA tu kebiasaanya offer untuk pelajar Darjah 1. 

Adalah offer dia pergi kelas baking ke, kelas musik ke, tapi dia tak nak. Dia duk ulang-ulang cakap - nak kelas belajar. Pastu kitaorang tanya lah dia - 'Tak penat ke belajar banyak-banyak?'. Dia cakap 'TAK, Leena suka belajar' - itulah jawapan dia. eeerrrrmmm.. 

Kitaorang yang tengok dia ni penat, tapi dia relaks jer. Boleh jer lompat-lompat lari-lari. 


Rutin Kakak FL Sekarang:

8 am -5 pm - pergi tadika.
5.30 pm - pergi kelas mengaji.
6.00 pm - habis mengaji, balik rumah. Kadang-kadang pergi playground (3 kali seminggu je).
6.15 pm - sampai rumah, terus ambik buku buat latihan atau membaca sampai magrib. 
Masuk magrib - mandi & solat, pastu makan malam. 
Lepas makan malam - membaca atau buat latihan sampai jam 10 malam. 


Dia sendiri yang minat belajar. Dia suka belajar dan belajar. Kami tak pernah paksa dia untuk suruh dia baca buku atau belajar. Rasanya tu penangan masa mommy mengandungkan dia dulu. sebab masa hamilkan Kakak FL, masa tu mommy first year buat PhD. So, masa tu tengah struggle untuk siapkan proposal. 

Plannya tahun ni, cuma nak enroll dia kelas mengaji jer. Tak nak lah dia busy pergi kelas itu ini. Tapi memandangkan dia sendiri yang request nak pergi kelas, so terpaksalah kami kena cari kelas yang bersesuaian untuk dia. Maybe boleh try Kumon lah kot. Sebab Kumon kat area rumah jer. 

SHARE 2 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE