Sarapan apa pagi tadi?

by - Friday, January 25, 2019

Korang sarapan apa pagi tadi?


Aku macam biasa makan benda yang simple jer. Yang senang nak prepare. Zup-zap-zup-zip dah siap dah boleh makan... Yang penting makanan tu mesti berkhasiat.

Aku tak suka sarapan benda yan complicated, contoh nak kena goreng-goreng, nak kena masak-masak. Kalau nak makan benda yang renyah nak masak, pilihan aku ialah makan kat kedai jer. Sebab aku tak suka membazir banyak masa untuk masak. 

Masak-memasak bukan passion aku. Aku suka masak, tapi bukan passion, dan aku masak pun sebab semata-mata untuk makan dan nak bagi suami dan  anak-anak makan. Aku bukan jenis orang yang boleh berdiri 5 jam kat dapur untuk masak itu- ini.

Aku rasa kalau bagi aku 5 jam, lebih baik aku buat something yang lebih produktif untuk aku macam, tulis journal paper ker atau tulis 1 chapter buku.  

Sebab tu aku suka makan makan yang simple dan mudah disediakan. Sebab ada banyak masa lagi kita boleh simpan dan gunakan untuk meningkatkan produktiviti kita. Dan pagi tadi aku bersarapan cereal jer - corn flakes campur susu. 


Aku biasanya tak ambik makanan tengahari. So, cornflakes tu aku makan banyak-banyak supaya cukup tenaga untuk sampai petang. 

You May Also Like

10 comments

  1. makan sampai ptg? hoho patutlah slim aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah kak sampai petang, petang nanti baru ambik dinner. itu salah satu tips saya untuk kurus. hehe

      Delete
  2. alhamdulillah pagi ni saya sarapan ESP protein soya. hehe. bantu kenyang lebih lama ^_^

    ReplyDelete
  3. ehehe CT krup krap je cereal tanpa susu. kalo nak susu gak guna milo =D
    sedap je kadang2 betul kenyang sampai lunch..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh sedap ek milo.. errmm, baru tahu ni. saya tak boleh mimum/makan milo, perut tak serasi

      Delete
  4. aida suka masak.
    cuma lom mahir :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun suka masak tapi tak pro macam chef. hehe

      Delete
  5. Simple pun ok aslkan berkhasiat kan :)

    ReplyDelete