Staycation at Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya

in , by dorsett pink, January 11, 2019
Masa New Year (1.1.2019) aku dan keluarga kecilku celebrate New Year kat Putrajaya, alang-alang tu celberate sekali our 6th Wedding Annivesary kat situ. Actually bukan nak sangat celebrate new year, tapi lebih pada nak celebrate kejayaan dapat hantar tesis masa 31 Disember tu. Dia punya rasa happy sebab dapat submit tu, macam rasa menang Oscar Award walaupun tak pernah menjejakkan kaki ke event Oscar Award. hahahha. 

Kami pilih Palm Garden Hotel, IOI Resort Putrajaya, sebab actually nak hotel lain, tapi hotel  tu dah penuh, jadinya kami bertapalah di Putrajaya saja. It's OK. Having fun jugak.




Ni gambar dari pakcik google. Memang cantik waktu malam kat hotel ni. Lighthing dia superb.


Lobby

Alhamdulillah dapat baby cot walaupun book hotel ni last minute. Biasanya cot susah nak dapat kalau booking last minute. 







Kebetulan masa kitaorang check-in kat situ, ramai orang. Hotel pulak fully-booked. Yang ramainya ialah warganegara Malaysia. Ada Melayu, Cina dan India. Maybe sebab semua pun nak pergi tengok new year celebration kat Putrajaya yang gilang gemilang tu kan. 

Hotel ni sangat family-friendly. Swimming pool di sangat besar. Pool untuk dewasa besar dan untuk kanak-kanak pun besar. Siap ada slide lagi. kanak-kanak memang suka mandi-manda kat pool tu. Memang sesuai sangat kalau nak bawak family bercuti kat sini. 

kalau bab makan, tak yah risau, sebab IOI City Mall Putrajaya sebelah jer dengan hotel ni, kalau jalan kaki pun tak sempat berpeluh ketiak. 

Kalau korang nak cari hotel untuk bawa family bercuti, aku sangat recommend hotel ni.

SHARE 0 comments

Add your comment

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE