AEON Mall Shah Alam - Kids Friendly Mall

by - Saturday, February 23, 2019

Hari tu first time aku pergi AEON MALL Shah Alam. Bawak anak-anak bermain kat Rocky Base Camp dan Air On Park. Aku dah share cerita pasal dua tempat tu sebelum ni. Korang klik jer link tu. 

Memandangkan aku ni bukan warganegeri Shah Alam, jadi memang aku tak de kesempatanlah nak pergi ke AEON Mall tu walaupun dah lama tempat tu dibuka. 

Hari tu first time pergi sana, aku rasa kagum. Untung penduduk Shah Alam sebab ada 1 shopping mall yang sangat family friendly a.k.a kids friendly. Sebab apa aku kata gitu? Sebabnya fasiliti yang disediakan di mall ni sangat 'kids-oriented'. So, untuk ibu atau bapak yang selalu keluar dengan anak-anak untuk bonding, aku rasa MALL ni sangat sesuai sebagai lokasi pilihan. 

Sebabnya kat sini, surau yang sangat bersih dan selesa ada disetiap tingkat dan baby room pun ada disetiap tingkat. Nampak tak? Sangat selesa untuk parents macam aku ni yang selalu keluar sorang-sorang bawak anak-anak. Dan yang lagi best, kat AEON Shah Alam ni jugak ada KIDS Washroom. First time aku tengok kids washroom privately untuk kids saja kat Malaysia ni. Kalau kat Jepun dah biasa ada kat mana-mana washroom kids ni. 

 Kat Aeon Shah Alam ni, ada sink khas untuk bersuci, dan ada sink untuk basuh botol jer. Compare to Aeon tempat lain, baby room di Aeon Shah Alam ni jauh lebih selesa.


 Ada tempat untuk kids lepak-lepak / play



Nursing room designated for nursing or pumping




You May Also Like

5 comments

  1. suka tengok toilet utk kids ni. sib baik tak ada anak kecik lagi dah. kalau tak sure ada je kat situ sebab suka ke sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. saya pun suka tempat ni.. comel toilet dia. cute jer

      Delete
  2. Suka tandas dia. Parents boleh sekodeng anak dalam tu. Comel je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. parents skodeng tape, jangan golongan pedo skodeng dah la. tapi i rasa lebih elok kalau toilet tu ditutup kan, so,takde sesiapa boleh skodeng dari atas. walaupun hanya kids yang guna, but for their safety. sekarang ni macam2 benda boleh berlaku..

      Delete
  3. pergh , cantik giler tempat dia ye..nampk sangat slesa untuk mak dengna baby ..bgus la macm ni

    ReplyDelete