Anak-Anak Tak Sihat

by - Saturday, February 23, 2019

Dah 2-3 hari aku tak update blog. Alasan biasa - busy. hahahha. Kali ni busy sebab anak-anak tak sihat. Kakak FL selsema teruk sampai bleeding hidung dia sebab tonsil. Leeya pulak demam - viral fever. 

Hari ni Leeya dah demam hari ke-4. Doktor tak bagi antibiotik sebab viral fever jer. Kalau tak sembuh lagi demam, kena pergi klinik lagi, ambik sampel darah pulak, takut penyakit lain pulak. Demam dia tak tinggi sangat. Tapi dia lemah. Cranky jer. Nak berdukung jer dengan mommy. Even masa tidur pun, nak mengempeng jer atau nak mommy tidur sebelah dia jer. Kalau mommy bangun, dia akan terjaga. Kuat betul deria bau dia. 


 'Dapat tidur lama-lama sikit, boleh mommy buat kerja lain'.


So, bila anak nak berkepit je dengan mommy, bila waktu nya nak pegang laptop dan update blog? huhu. Ni nasib baik dapat jugak buat 1 entry, Leeya tengah tidur ngan daddy dia. Naib baik daddy dia ada kat rumah, esok lusa keluar semula pergi outstation ke Event United Nations. huhu.

Walaupun sakit, terpaksa jugak teman mommy hantar-ambik Kakak FL sebab tak ada bibik kat rumah. hehe. (Itu kena panas pagi - sumber original Vitamin D).


Cerita pasal Kakak FL pula, nasib baik dia OK. Tak meragam langsung, nangis pun tak. Maybe sebab dia dah besar kot, kurang sikit manja tu. Dia pergi sekolah macam biasa, pergi Kumon dan mengaji pun OK, tak meragam. Tapi kesianlah tengok hidung dia. Dia tak bagi kita sentuh hidung dia sebab sakit katanya. Doktor kata sebab tonsil. Ada infection pada tekak dan hidung dia.

Tonsil ni boleh buat seseorang demam / batuk teruk / selsema teruk. Either one or can be tiga-tiga sekaligus. So, sekarang Doktor bagi dia antibiotik selama 7 hari. Sekarang nampak hidung dia dah makin OK.

Sentiasa senyum dimana jua berada =))


Semoga cepat sembuh anak-anakku. Mommy dah penat sangat ni. Dah 3 malam tak tidur. huhu... 

You May Also Like

7 comments

  1. Alhamdulillah FL kuat semangat kan..kan..kan.Moga Leeya segera sihat ya.

    ReplyDelete
  2. faham sgt bab tonsil ni.
    aida & anak2 semua tonsil.
    latest is Izzat la. rawatan di doktor pakar.
    now, ok. terkawal.
    if not dulu :( kejap kejap, tonsil bengkak. sian Izzat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke.. kesian budak2 yang ada tonsil ni kan

      Delete
  3. alahai anak-anak.. semoga cepat sembuh. active dan ceria seperti selalu =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq CT for your doa. alhamdulillah diaorang dah sembuh

      Delete
  4. alhai kesian diaorang..semoga cepat sembuh

    ReplyDelete