Jatuh Cinta Dengan Essential Oil

by - Monday, February 04, 2019

Dulu-dulu aku ni sangat skeptikal dengan essential oil ni. First time dengar pasal essential oil (kebetulan masa dengar tu , dengar jenama young Living) masa pergi parenting class. Speaker yang mengajar tu merupakan therapist bagi kanak-kanak istimewa, a.k.a kanak-kanak autism & other disabilities. Dia cakap, kanak-kanak istimewa ni banyak guna essential oil, dan memang nampak sangat peningkatan pada diaorang especially dari segi motor skill improvement.

Dulu Kata-kata speaker tu sangat menyakinkan, tapi aku masih lagi skeptikal - 'betul ke minyak ni boleh jadi ubat/supplement? Minyak je kot, main sapu-sapu jer, bukannya makan pun'. So, bila kawan-kawan duk promote essential oil ni kat aku, aku pandang sebelah mata jer, tak pernah pun beli Cuma mampu tengok orang lain membeli. hehe.

Sampailah pada waktu aku mengandungkan Leeya. Masa aku hamilkan Leeya, Kakak FL start buat perangai mengamuk-ngamuk. Sebelum ni dia tak pernah pun mengamuk/tantrum. Mungkin kerna faktor 'sindrom nak dapat adik' kot. Sebabkan aku dan en.suami dia tak pernah experience anak mengamuk sebelum ni, jadinya aku rasa aku nak cuba guna Essential Oil. Cuba jer dulu, mana tahu jalan. 

So, aku pun order lah EO pertama aku - 'JOY'. Joy ni guna untuk tenangkan anak-anak. Sebelum tidur, aku urut-urut Kakak FL dengan Joy. Dia suka sangat. And amazingly, Joy ni boleh buat dia tidur lena sepanjang malam, dan dia pun dah kurang mengamuk-ngamuk tu. 


Sejak tu aku memang percayakan EO ni. Tapi aku cuma yakin dengan brand Young Living je. Brand lain tak berani nak try. Sejak dari tu jugalah, aku menjadi pengguna setia EO. Setiap bulan aku cuba beli 1 botol EO. Beli 1 jer lah sebab EO ni pun mahal. Beli dan beli sampailah terbeli diffuser. Memang sangat-sangat best.

Bila anak-anak atau mommy daddy demam/tak sihat, aku akan urut diaorang dan diffuse 'Lemon'. So, 'lemon' wajib ada dalam stok simpanan aku. Sekejap jer demam tu akan hilang. 

Dan yang paling aku suka ialah EO ni dapat buatkan aku lebih fokus untuk study dan tulis tesis. Memang sebelum start menulis hari-hari, benda pertama aku buat ialah diffuse dulu EO ni. Untuk fokus menulis, aku biasnya diffuse 'focus blend - cedarwood, vertiver, lavender'. Ataupun hanya guna 'En-R-Gee' - untuk boost mood/energy aku hari tu. Kalau rasa badan lemau-lemau, malas-malas, aku diffuse la 'En-R-Gee' tu. Macam yang aku cerita kat entri ni - 'BERHUJUNG MINGGU DI FLORIA 2018'.


'Vertiver' ni wajib ada dalam hendbeg / beg laptop aku. Pergi mana-mana aku bawak 'Vertiver' ni sebab aku suka bau dia. 'Vertiver' ni aku guna u tuk fokus juga. Fokus untuk buat tesis atau apa-apa kerja yang menuntut konsentrasi. 


Alhamdulillah, sejka guna EO ni, anak aku Kaka FL dah jarang sakit-sakit (walaupun batuk-batuk). So, kos perubatan kami anak-beranak dah makin berkurang sejak guna EO ni. Dan yang paling best, Kakak FL sekarang dah tak tantrum lagi. Tapi, pasal tantrum tu , banyak faktor juga yang influence, bukan EO semata-mata. Inshaallah lepas ni, aku akan cuba tambah lagi koleksi EO aku. hahahha. 

P/S : Kalau nak beli EO, boleh try contact sahabat aku - Widy : 013-3934148. Selama ni aku beli EO ni semua dengan dia lah. 

You May Also Like

1 comments