Masa Untuk Manicure

by - Wednesday, February 20, 2019

Dah lama Kakak FL request nak buat manicure. Last sekali buat hujung tahun lepas kot. Tahun ni mommy tak sempat lagi nak bawak dia pergi buat kuku. Dia duk mintak-mintak, katanya sebab nak kuku dia cantik. Pastu nak colour-colour. Memang selalu kalau dia buat manicure, buat nail colouring sekali. Tapi sabar lah ya sayang.. 

Budak-budak. Kita layankan aje. Nanti bila dah akil baligh, dah tak boleh nak warnakan kuku. 

So, hari tu hari Sabtu, kebetulan ikut en.suami pergi Sri Petaling. Dia ada appoinment dengan Pakar Chiropractic kat situ. So, nak habiskan masa sementara tunggu En.Suami settle urusan dia, aku pun bawaklah anak dara kesayangan ni pergi buat manicure.

Manicure untuk budak-budak simple jer, tak complicated macam orang dewasa dan tak ada buffing. Budak-budak tak sesuai buat buffing, nanti kuku dia menipis. Dah siap manicure, pastu warnakan kuku pulak. Pakej lengkap ni hanya RM 10 jer, murah kan? 




Rambang mata nak pilih color


Last-last dia pilih color ni. Nak merah ala-ala pink.




Bila dah siap warna, mestilah kena keringkan. 


Lepas dah kering, hati girang gembira sebab katanya kuku dia dah cantik.. errrrmmm.. 
#momenterindah

You May Also Like

4 comments

  1. Hehehehe..nasib tak minta lukis-lukis kat kuku tu..kak FL tetap comel walau tak warnakan kuku pun.

    ReplyDelete
  2. alahai comel :)
    girl & kuku. dedolu anak2 dara aida sgt suka berinai.
    now, da skola, di larang berinai kan.
    end of the year la diorang berinai.

    ReplyDelete
  3. amboi kemain diaaaa gegurl sangat tau ni.. pink gituu eehe..
    layan je nanti beso xleh da kan..

    ReplyDelete
  4. bestnya dia..nak bagi fariza rasa juga..nad pun tak pernah buat..hahaa

    ReplyDelete