Sabtu lepas, aku bawak Kakak FL pergi tengok wayang - Upin Ipin The Movie : Keris Siamang Tunggal. Sejak keluar iklan Upin Ipin ni, hari-hari dia duk ajak pergi wayang. Al-maklumlah, dia kan peminat setia Upin-Ipin, for sure tak kan lepas peluang nak tengok movie Upin Ipin ni.

Sebabkan Khamis dan Jumaat hari sekolah, jadi hanya Hari Sabtu masa yang ada untuk dia tengok cerita ni. 

Kakak FL pergi tengok movie ni dengan mommy dan cousin dia yang lain. Semua sekali 5 orang. Leeya dan daddy tak pergi, diaorang tunggu kat rumah. Lepas movie habis, diaorang datang dan kami pergi makan-makan bersama dengan family members yang lain. 

Kami tengok Kat Melawati Mall. Kebetulan masa pergi y, adik sekali maskot Upin Ipin +Mail datang. Bukan main seronok la budak-budak tu dapat jumpa 'Upin Ipin Real'.




Dapat jumpa mail, dia tanya pulak mana kawan-kawan Upin Ipin yang lain =))


Tak puas tengok katanya. Nak tengok lagi. hahahha. Tengok la dulu kakak mommy ada masa tak nak pergi tengok lagi. hehe.. 


Best cerita ni. Ye lah mana tak best nya kalau modal nak buat filem ni RM 20 juta. Dia punya animation tu nampak clear lah. Jalan cerita pun best, senang budak-budak nak faham. Scene lawak pun banyak, budak-budak duk pakat gelak. Mommy ni terpinga 'apsal lah diaorang gelak?' (sebab rasanya tak lah lawak pun. Takperlah, kita layankan jer diaorang. 

Bila balik rumah, macam-macam lah cerita keluar pasal Upin Ipin tadi..Dia cerita balik kat daddy dia. Cute jer dengar cerita dia. 

After all, aku rate movie ni 9/10. Rugi kalau ada anak tak bawak pergi tengok. Pergilah bawak diaorang tengok Upin Ipin The Movie ni, mesti diaorang dan korang pun teruja.

Leeya - 1 Year Old

in , by dorsett pink, March 27, 2019
Leeya dah genap berumur 1 tahun pada 10 Mac yang lalu, macam yang aku cerita pada entri lepas - 'Leeya Turns 1 year Old'.. 

Umur 1 tahun ni, berat dia 8.2 kg. Tak naik berat banyak sangat, sebab banyak demam sejak 2-3 bulan yang lalu. Bia demam, tak de selera makan. Pastu ada balik selera dia, pastu tak de semula. Macam chipsmore.. huhu.. Ni baru selera makan dia datang balik sebab tak demam lagi bulan ni. hehe. So apa jer yang disuap, semua dimakan (kecuali bubur).



Perkembangan Leeya

Berjalan
Umur 1 tahun ni, perkembangan dia biasa-biasa je, OK jer, lebih kurang macam Kakak FL dulu.

Leeya belum boleh berjalan lagi, cuma mampu berdiri jer, dan boleh berjalan sikit-sikit sambil pegang-pegang furniture atau apa-apa objek sekeliling dia.

Bercakap
Dah boleh bercakap sikit-sikit. Dah tahu panggil Kakak, mama (mommy). Even bercakap ni lagi awal dah nampak dia ringan mulut. Sejak umur 6 bulan dah boleh panggil kakak (dia sebut tatak-tatatk). Sama macam kakak FL dulu, sejak 6 bulan dah boleh mula bercakap dan pronounce simple words. Sangat suka bercakap di telefon kalau daddy dia call. Atau sesiapa saja yang call, dia la paling sibuk nak pegang phone dan bercakap.

Makanan Kegemaran
Dia suka makan benda yang orang lain makan. Kalau makanan dia sendiri, agak memilih la jugak. Tapi dia paling suka makan buah-buahan. Apa jenis buah semua dia nak makan.Tapi yang paling dia suka ialah jagung (walaupun jagung ni masuk dalam kategori sayur). Dia boleh habiskan sebatang jagung tu, nak pegang sendiri, tak nak mommy suapkan. errrmm. Biasanya mommy masak jagung rebus jer bagi dia makan. Tapi jagung ni hanya sebagai snack jer. Waktu makan biasa , dia makan nasi/mee/pasta. Dia langsung tak suka makan bubur.

Banyak Ragam?
Leeya ni easy baby. Senang nak jaga. Tak banyak ragam. Menangis pun bila nak susu atau lapar atau bila keadaan tak selesa (poo-poo). Tapi tak boleh lawan kakak FL. Kakak FL lagi tak de ragam langsung masa kecik-kecik dulu. Even kalau dia lapar pun, dia tak menangis, sebab tu kakak FL boleh travel pergi oversea seawal usia 4 bulan. Dengan Leeya ni..errmm, nantilah dulu nak travel oversea, takut dia bising pulak dalam flight. hehe.

Hobi
1. Memanjat - Paling suka panjat tangga. Kerusi , sofa pun dah boleh panjat dah sekarang.

2. Membaca - Sangat suka membaca compare than bermain. Kalau bagi dia pilihan antara toy dan buku, dia akan pilih buku, toy tu dia pandang sipi-sipi jer, ataupun kalau pegang pun, pegang sekejap jer pastu campak. Kalau kakak dia buat homework atau buat colouring, dia akan duduk kat sebelah kakak dia nak buat benda yang sama, kalau tak dapat menangis. hahahha. 

3. 'Mengemas' a.k.a suka-punggah-barang - Ini paling win. Dia tak suka main toys, tapi suka 'kemas-basket toys'. Errmm. Benda yang paling dia suka 'kemas' ialah almari baju dan semua kabinet dalam rumah ni.. Aduussss.. Nanti tak lama lagi 'berkemas' peti ais pulak macam kakak dia dulu-dulu. Tunggu masa jer tu.


Cheeky girl


Farah ALeeya - kesayangan mommy, daddy dan Kakak FL. Dia ni BFF Kakak FL. Apa je yang kakak buat, pasti dia nak buat jugak, even bila Kakak masuk toilet pun, dia turut sama nak masuk juga. Apa yang kakak makan, dia nak semua. Malam-malam diaorang tidur sama-sama. Diaorang jarang bergaduh. Rasanya tak pernah kot. Mungkin belum masanya lagi. Selalu mommy pesan kat kakak - adik kecik lagi, dia tak faham apa-apa lagi, so kakak jangan marah atau buli dia. Alhamdulillah, kakak dengar pesanan mommy.

Baguslah tak gaduh-gaduh, semoga berterusan begini sampai bila-bila. Semoga ikatan kasih-sayang adik-beradik ni kekal utuh sampai ke Jannah.

Leeya, mommy, daddy dan kakak sayang Leeya sangat-sangat. Semoga Leeya pun sayang kami jugak. Mommy doakan semoga Leeya membesar menjadi anak solehah, taat pada Allah, sayang pada Rasulullah saw, hormat pada orang tua, cintakan pada alQuran, menjadi anak yang berjaya dunia dan akhirat dan boleh jaga mommy & daddy bila kami dah tua nanti. We love you till Jannah my dear!

Leeya Turns 1 Year Old

in , by dorsett pink, March 22, 2019
Errmm.. susah betul nak update blog sekarang, tapi cuba juga la update sikit-sikit. Kalau tak, nanti bersawang pula blog ni...

OK, ni nak cerita.. yang 10 Mac 2019 yang lalu, genaplah 1 tahun umur Leeya. Alhamdulillah dia membesar dengan sihat. Berat dia sekarang 8.2 kg. Sejak 2-3 bulan yang lalu, dia asyik demam jer, pastu bila demam tu, hilanglah selera makan. Nak dapatkan balik selera makan tu, makan masa jugak. Tapi sekarang, Alhamdulillah dia dah berselera nak makan. Apa saja yang orang makan semua dia nak. Ok lah tu. 

Sabtu lepas, baru kami ada kesempatan nak celebrate birthday dia. Celebrate kecik-kecik jer, dengan my closed family, buat cukup syarat jer. hehe. Nanti at least ada la jugak kenangan dalam photo album. Kami celebrate kat Restoren Rebung By Chef Ismail, kat Bukit Aman.






Aku suka Restoren Rebung ni. Sebab dia offer masakan melayu yang sangat-sangat sedap. Al-maklumlah, chef kan masak, mestilah sedap. 


*******
Semoga Farah Aleeya membesar menjadi anak solehah. Anak yang berbakti pada agama dan negara, dan taat pada Perintah Tuhan. Mommy & daddy & Kakak Leena sayang Leeya sangat-sangat, dunia dan akhirat. Semoga kita berepat sentiasa bersama dalam susah dan senang sampai bila-bila.. We love our family.. MMuuah!

Polisi Baru - Tiada Lagi TV di Hari Sekolah

in , , by dorsett pink, March 19, 2019
Polisi Baru - Tiada Lagi TV di Hari Sekolah | Salah satu resolusi aku tahun ni ialah - tak nak buka Televisyen a.k.a TV di waktu hari sekolah atau hari weekdays. Hanya hari minggu atau hari cuti sekolah (termasuk public holiday) jer yang dibenarkan buka dan tengok TV.

Mula-mula nak kuat kuasakan polisi tu amatlah susah. Walaupun aku ni bukan jenis Kaki TV, sejak sekolah sampailah ke alam pekerjaan, aku memang aku tak layan TV sangat. Rumah aku pun tak de TV dulu (masa zaman bujang). Tapi lepas dah berkahwin, en.suami belikan TV. Almaklumlah, aku kn suri rumah, sepanjang masa kat rumah, at least nak lah jugak tengok 'dunia luar' melalui kaca televisyen. 

Sejak dapat TV, hari-hari aku bukak TV walaupun tak tengok. Dapat dengar suara TV atau dengar musik pun jadilah, janji rumah tak sunyi sangat. So, macam dah biasa buka dan tengok TV hari-hari. 

So, bila nak kuat-kuasakan peraturan baru - tak boleh tengok TV bila hari weekdays, aku jadi Boring. Aku macam 'tak biasa' bila tak dengar suara dari kaca televisyen. huhu. 


Kalau tak tengok TV, ada handphone, ada tab kan? Masalahnya aku dah lama kuat-kuasakan Larangan tengok hp bagi anak-anak kat rumah. Kalau anak aku, Kakak FL nak tengok HP, dia cuma boleh tengok kat luar rumah jer - kat kedai makan atau kat dalam kereta. Itu pun kalau keluar, kalau tak keluar rumah, memang tak dapat langsung pegang HP atau apa-apa gajet. So, bila anak tak boleh main hp, mommy pun turut sama tak boleh peganag HP di rumah. Sebab nanti, automatik anak akan minta. Anak-anak kan belajar melalui pemerhatian. 

So, bila HP, gajet, TV tak de kat rumah Hidup memang bosan lah. Sebab tu , polisi nak kuat-kuasakan undang-undang larangan tengok TV tu asyik GAGAL jer.

Sampailah suatu hari tu, kebetulan TV rumah aku rosak. Entah macam-mana boleh rosak , aku pun tak tahu. Leeya main-main kat TV tu, pastu terus rosak, entah apa yang ditekan pun aku tak tahu. Sejak tu, bermulalah kisah kami anak-beranak langsung tak boleh tengok TV. Pergi hantar kedai untuk repair, alahai 2 minggu kedai tu ambik masa untuk repair. Katanya, spare part lambat sampai. errm. Takpelah, ada hikmahnya. 


Mula-mula, masa TV rosak, aku bosan giler. Macam cacing kepanasan. Hari-hari aku keluar pergi jalan-jalan hirup angin sepoi-sepoi bahasa sambil mencuci mata. Kakak FL pun bosan,hari pertama dia mengamuk mintak nak tengok HP atau Tab. Aku tak bagi. Sebab memang dah cakap 'kat rumah tak boleh tengok HP / TAB'. Pastu, dia kata dia bosan sebab TV tak ada. Then, aku suruh dia main colour-colour dan buat latihan kat buku.

Hari pertama jer mengamuk, hari kedua dan seterusnya, dah tak mengamuk. Da dah OK dengan suasana baru - tak de TV. Mommy pun skrang dah OK tak de TV. Mula-mula jer bosan, lepas tu dah OK.

Sekarang TV dah OK, dah selamat dibaiki. Dah bawak balik rumah. Cumanya, tak boleh buka waktu hari sekolah, hanya buka bila hari weekend dan cuti sekolah jer. Alhamdulillah, dah sebulan kami hidup dengan peraturan baru ni. Masing-masing dah tak bosan dan dah biasa dengan polisi 'tak adaTV bila hari sekolah'.


Alhamdulillah, aku tengok Kakak FL pun dah biasa dengan rutin baru ni. Masa dia banyak habis dengan aktiviti yang berfaedah - membaca, mewarna, buat latihan, buat homework kumon, even dia dah banyak tolong mommy kat dapur, basuh pinggan pun dia dah boleh skrang. Good job Kakak. Mommy happy sangat. 'Tuhan kata, kalau banyak tolong mommy, nanti banyak dapat pahala, nanti boleh kumpul pahala nak masuk syurga'.. =))


Hari-hari dia melukis kat whiteboard sekarang. Melukis kat white board, senang nak padam katanya.
Awal Mac hari tu, aku dan keluarga bercuti kat Genting Highlands. Tak lah bercuti lama pun, hanya 2 hari semalam jer. Aku ada cerita kat entri ni - 'NAIK GENTING HIGHLAND GUNA CABLE CAR BARU'. 

Kami sewa apartment kat Genting Midhill. Apartment 3 bilik, 2 bilik air, ada kitchenette, ada dapur elektrik, ada microwave, ada playground, ada gymnasium dan wajib ada swimming pool. Cukuplah untuk kami 3 keluarga, dalam 10 orang berhappy-happy disini. 

Kami stay sini semaam jer, dan esokkannya kami pergi menjamu mata kat Genting Premium Outlet (GPO) dan naik Genting Highlands guna cable car.

Apartment ni baru lagi.. Ada lagi beberapa blok yang masih dalam pembinaan. Rumah yang kami stay ni, kami lah orang first masuk situ. Masih ada bau kedai. Fresh from oven gitu.hehe. 



 Tema bilik-bilik kat sini ialah - kids friendly.




Tempat untuk BBQ pun ada disediakan. Pool dia besar,so tak crowded kalau guest ramai-ramai mandi kat sini. 

 Bantal, selimut dan tilam disediakan. Ada banyak. So korang tak perlu bawak extra comforter. hehe


 Ini blok yang masih dalam pembinaan

 Pinggan, mangkuk, pisau, sudu garfu, cawan, kettle, sabun basuh pinggan semuanya disediakan






Kami book apartment ni kat booking.com . Harga sewa untuk 1 unit apartment ni dalam RM 700-RM 800 semalam.

Parking kereta disediakan dengan secukupnya. Tak kisah berapa biji kereta nak bawa, semuanya boleh masuk dan dapat parking FREE. 

Tapi yang tak best nya ialah - banyak nyamuk. So, kalau nak datang bercuti kat sini, silalah bawak mosquito repellent dan ubat nyamuk sendiri. hehe.

Highly recommended la tempat ni kalau korang nak cari tempat percutian untuk keluarga besar. Ruang tamu pun luas, boleh tidur kat ruang tamu kalau bilik semua dah penuh. Tempat makan pun dekat, and plus korang boleh masak sendiri kat apartment tu. 

Kami hari tu, masak kat rumah siap-siap, pastu datang sana, panaskan jer guna microwave. Masak banyak terus sampai breakfast pun boleh makan lagi. Simpan dalam fridge, dan panaskan dalam microwave. 

P/S : Kalau malam kat sini sejuk tau, better bawak sweater skali =)). 
Hari tu aku ada tulis yang aku guna Vitamin C Annona kat entri ni - 'RAHSIA AWET MUDAKU- VITAMIN C SERUM ANNONA'. 

Aku memang suka giler produk tu - Vitamin C Serum Annona. Hari-hari aku tak miss pakai Serum ni lepas aku cuci muka pagi dan malam. Bila pakai tu, aku rasa muka aku fresh walaupun sebelum tu berpeluh dan kusam dek seharian berkejaran ke sana-sini (penat).

http://www.dorsettpink.com/2019/03/bebas-jerawat-jeragat-annona-serum-vitaminc.html

Muka aku tak ada jerawat, apatah lagi jeragat. Alhamdulillah, happy sangat. Orang kata, kalau dah masuk umur 30-an ni, kita kena jaga kulit kita lebih sikit dari biasa. Sebab bila dah masuk umur 30-an ni, jerawat dan jeragat senang nak lekat kat kulit. So, rutin aku hari-hari kini (untuk kekalkan kulit supaya bebas jerawat dan jeragat) ialah dengan pakai SERUM Vitamin C Annona ni. 

Aku suka produk ni sebab dia tak perlu makan-makan dan suntuk-suntik, cuma hanya pakai kat muka jer. Drop kan beberapa titik , pastu apply kat seluruh wajah. Pastu pulak, serum ni tak ada campuran pewangi, pengawet, bahan kimia yang merbahaya dan yang penting tak ada campuran alkohol. Senang! Serum ni pun HALAL dan ada kelulusan dari KKM (NOT161004544K).

http://www.dorsettpink.com/2019/03/bebas-jerawat-jeragat-annona-serum-vitaminc.html



Kalau korang nak beli, contact jer nombor kat bawah ni :

LAMAN SESAWANG : https://vitamincseries.com



HOTLINE : 010-8424243 

Leeya's Favourite Cartoon

in , by dorsett pink, March 14, 2019
Leeya ni aku tengok berbeza sikit dari Kakak dia. Aku baru perasan sikit jer. Maybe ada banyak lagi differences dan similarities , tapi tak nampak banyak lagi. Ye lah, Leeya pun baru umur setahun, tak banyak benda lagi yang dia boleh buat.

Tapi satu yang aku perasan ni. Dia ni orang yang 'auditory people' - suka pada musik. So, dia suka pada alat musik dan toys yang ada bunyi. Dia suka dengar lagu - nursery rhymes. Berbeza dengan Kakak FL yang jenis 'Kinesthetic people'. Kakak FL tak suka dengar lagu (dia cuma suka lagu Frozen jer.hahaha), tak suka pada alat musik. Dia tak kisah main toys apa pun, dia main jer, even toys tu tak ada buny, dia suka bergerak - suka lari-lari, suka panjat-panjat. Tapi Leeya nak toys yang ada bunyi. Kalau toys tu tak ada bunyi, dia boleh main sekejap je. Leeya suka dengar lagu - suka dengar nursery rhymes. 


Macam Kakak FL dulu tak suka tengok TV, even gajet pun dia tak suka tengok. Dia start suka tengok gajet ni masa umur dia 2 tahun lebih. Itu pun boleh tengok sekejap-sekejap jer, sebab fokus dia ialah lagi suka pada benda sekeliling rather than fokus pada gajet dan handphone. Tapi sekarang, dia memang suka kat gajet, pantang offer dia tengok handphone / tab, pasti dia akan terima offer tu. hahaha. 

Tapi Leeya ni jenis suka tengok cerita TV dan kartun. Tapi dia suka tengok cerita kartun LARVA jer. So far LARVA je lah dulu yang dia interested, yang lain-lain tu tak pandang lagi. Belum sampai waktunya lagi. hehehe. 


Kalau pagi-pagi tu , bila mommy bukak TV, bila ada LARVA kat kaca TV, diam jer dia duduk kat depan tu. Sambil dia tengok LARVA tu, mommy suapkanlah breakfast kat dia. Sebab kadang-kadang dia pun tal nak makan. Tapi bila ada LARVA depan mata, automatik pulak mulut boleh terbukak. hehe..

PhD Talk | Persediaan Untuk VIVA

in , by dorsett pink, March 11, 2019
Lately, aku tak sempat nak bagi tumpuan pada blog. 2-3 hari blog tak terupdate. Bukan setakat tak sempat nak update blog, nak blogwalking pun tak sempat. huhu..

Ingatkan lepas dah subit tesis, dah free. Dah boleh bersenang-lenang. Rupanya TAK jugak... =((

Lepas dah submit tesis, ada lagi kerja yang nak dibuat. Betullah kata orang-orang yang dah grad (phd), "selagi ko tak submit hard-bind, jangan ingat boeh bergoyang kaki".. errrmm.. sadis sungguh.

Selagi tak viva, tak buat correction, memang tak boleh duduk diam. So, life pun busy macam sedia kala, tambah pulak ada anak kecik yang perlu diberi perhatian. Lagi lah bertambah-tambah ke-bizi-an tu.. 

Currently, aku yang jaga Leeya sendiri, tak ada bibik, tak ada babysitter, Leeya pun tak pergi playschool lagi . So, bolehlah korang bayangkan bila jer waktu lapang aku. Mestilah bila Leeya tidur jer. Memandangkan Leeya pun sekarang masih fully breastfeeding, (mommy penat) ada masanya aku pun turut tertidur sekali dengan Leeya. huhu.

Soal makan pun ada kalanya boleh ter-miss. Makan pun nak kena curi-curi masa. Apatah lagi nak cari masa untuk study. errrmm..



Aku buat apa sekarang (lepas submit tesis)?
Currently, aku tengah study (buat revision) tesis aku untuk persediaan menghadapi hari VIVA kelak. Tarikh Viva tak dapat lagi, but better prepare awal-awal ,takut nanti tak sempat prepare apa pun. So, bila study tu, wajiblah buat nota dan buat sekali slide presentation untuk VIVA nanti. Slide presentation tu aku buat 2. 1 untuk diri aku sendiri (more than 100 slides - including self notes), dan 1 lagi untuk digunakan untuk presentation kelak (maybe around 30 slides only). 

Pastu, kena baca sebanyak mungkn reviewed paper (journal). Supaya kita betul-betul mahir dengan bidang kajian yang kita buat tu.

Pastu sekarang jugak, aku tengah siapkan journal paper. Requirement UPM nak kan 2 journal paper. 1 dah OK. Tinggal 1 lagi yang tak penuhi requirement. So, terpaksalah pulun buat jugak, walaupun langsung tak de hati nak buat. Kalau tak, nanti tak dapat pulak sijil, tak dapat pulak konvo. huhu.

Dan nanti bila dah dapat tarikh VIVA, kena arrange jadual SV dan Co-SV untuk buat Mock-Viva. itupun 1 hal jugak. Mahu kecut perut aku nak buat mock viva. dah la sv committee aku orang strict, mahunya nanti diaorang tanya soalan 'diluar kotak jawapan' aku, mengaggau aku nak jawab. huhu.. 

Apa-apa pun, yang penting nanti Allah akan bantu - aku percaya sangat pada benda ni. So, yang penting sekarang, kena buat solat hajat hari-hari dan solat tahajaud dan solat dhuha. Minta pada Allah banyak-banyak kali supaya Allah bantu aku nanti di hari VIVA ku kelak. InshaAllah. 

Nanti nak pakai topi ni betul-betul =))

Siapa Ajar Aku Berenang?

in , , , by dorsett pink, March 09, 2019
My hobby is swimming. Aku memang sangat suka berenang. Pantang nampak air - swimming pool ke, air terjun ke, sungai ke atau laut, kaki aku mesti rasa gatal je nak terjun. Aku ni hantu air. 

Kalau masa tengah pregnant pun, aku kerap pergi swimming. Sebab bagi aku, swimming lagi fun dari jogging, walaupun swimming lagi penat, tapi kita dapat belajar teknik pernafasan dengan betul melalui aktiviti renang ni.

So, tak hairanlah, anak-anak aku pun sukakan air dan jadi hantu air sebab sejak dari dalam perut lagi dah 'teman mommy' masuk kolam renang.


Sejak bila aku mula berenang?
Sejak umur aku 4 tahun. Masa tu parents aku bawak aku dan adik-beradik yang lain pergi public swimming pool. Siap pakaikan swimming attire dan pelampung. Tapi kan.... end up, aku menangis je kat tepi kolam sebab aku takut nak masuk pool. Takut lemas. Sebab sebelum tu, selalu tengok TV ada orang lemas dalam kolam. Tambah pulak, masa tu aku tak tahu berenang langsung. 

Tapi sejak tu, aku mula-mula berjinak dengan kolam renang. My dad selalu bawak anak-anak pergi swimming kat swimming pool. So, masa tu lah, minat nak berenang tu dapat sikit demi sikit dan bila nampak pool, terus kaki rasa gatal nak terjun. hihi.


Siapa ajar aku berenang?
Aku tak pernah masuk mana-mana kelas renang. Kat rumah pun tak de swimming pool. So, aku selalu swimming kat swimming pool hotel atau public swimming pool atau private pool kat golf club.

Ayah yang ajar aku berenang. Bila ayah tak ada, abang aku yang ajarkan. Abang aku lagi expert berenang. Diapun belajar dari ayah. Aku belajar sikit-sikit, lama-lama jadi pandai. Aku pun ada jugak belajar sendiri daripada pemerhatian sendiri. Contoh macam pergi public swimming pool atau swimming pool kat golf club, kebetulan ada swimming class kat situ, aku suka tengok swimming coach tu ajar student-student dia. Dan dari situ, aku buat sendiri macam mana coach tu cakap. hahahha. *curi ilmu.

Ayah aku ialah profesional diver, diver laut dalam. So, dia nak semua anak-anak dia pandai berenang, dan kalau boleh dia nak anak-anak dia turut sama pandai menyelam. So, ayah selalu encourage kitaorang untuk berenang. Semua peralatan renang dibelikan. Even 'kaki itik' yang guna untuk diving tu pun ada dibeli tapi aku tak pernah pakai pun.


Sampai sekarang aku masih lagi tak ambil lesen diving. Impian nak ada lesen diving dah lama, tapi dari sehari ke sehari asyik bertangguh jer. Kalau sekarang nak ambil, memang TAK lah. Sebab sekarang busy jaga anak-anak. Tunggulah bila semua anak-anak dah besar, dah boleh berdikari sendiri baru aku ada peluang nak gi ambil lesen menyelam.

Sebabnya bila dah dapat lesen tu, ko kena aktif menyelam, dalam setahun adalah beberapa kali kena pergi diving, kalau tak, lesen tu expired / tak valid. Pendek kata, once bila ko dah ada lesen menyelam, ko dah kena start aktif menyelam. Kalau setakat berangan-angan nak ambik lesen menyelam, pastu tak pergi dive, lupakan je la. Buat membazir duit jer ambik lesen mahal-mahal.


Leeya pun dah start suka 'berenang'


Kakak FL tak pergi class swimming lagi. Entahla, nak antar ke tak dia ke kelas renang. Sebab aku dulu tak pergi kelas pun pandai swim, so aku macam ragu-ragu nak masukkan dia ke kelas tak. Tapi of course lah bila pergi kelas, profesional akan ajar. And sudah tentu dia akan belajar teknik yang betul compare to mommy yang ajar. Mommy ajar ikut kepala mommy la. hahaha. 

Sekarang Kakak FL dah pandai control breathing bila di dalam air. Dia pun dah boleh berenang sikit-sikit. Kalau dia ke kelas, for sure lagi banyak dia akan belajar. So, currently, kami punya rutin, setiap Sabtu/Ahad , aku bawak anak-anak pergi swimming. Lama-lama nanti, Kakak FL makin pandai lah swim. hehe.

***********************************

http://www.dorsettpink.com/2019/12/beli-baju-kurung-blouse-murah-murah-di.html


Naik Genting Highland Guna Cable Car Baru

in , , by dorsett pink, March 06, 2019
Merasai Cable Car Baru ke Genting Highland | Weeekend hari tu aku dan my big family (from my hubby's side), staycation kat Genting Highland. Kitaorang stay kat service apartment di Genting Midhill (tempat baru) hari Sabtu , then hari Ahad kitaorang naik Genting Highland. Sebelum ke Genting Highland, kitaorang berjimba dulu kat Genting Premium Outlet (GPO). 

Lepas dah puas menjamu mata kat GPO, then terus ke Genting Highland naik cable car / kereta kabel. 


Nak naik cable car ni senang jer. Kat GPO tu, terus naik ke aras atas sekali, then jalan kaki sikit ke Awana Sky Central Station. Ini kereta kabel baru. Bestt ooo. besar kereta ni. 1 kereta kabel ni boleh masuk 10 orang dan yang lagi best, dia terus stop kat Hotel First World. Dah tak perlu nak jalan kaki jauh-jauh dari Hotel Genting nak ke Hotel First World tu.

Sebab apa Hotel First World? Sebab kat situlah ada indoor themepark Genting ni yang baru siap tu.. Bessttt giler. Tapi nnti aku share kat entri lain. 


Genting Premium Outlet


Awana Sky Central



Inilah stesen kereta kabel - Awana Sky Central


Harga tiket - RM 8 (one-way), Return ticket - RM 16 - ini untuk kareta kabel yang biasa tu (standard). kalau nak yang premium (yang berkaca lutsinar, boleh nampak bawah), harga tiketnya RM 30 one-way.

Update Tahun 2022 : Harga Tiket Return RM 18 seorang.


Weekend memang ramai orang. beratur pun lama


Excited dia





Kereta kabel ni berhenti kat Hotel First World


Taman tema outdoor yang belum siap lagi.


Kalau nak beli tiket Cable Car via ONLINE, boleh klik link ni : https://invol.co/cl7mzoz

Tiket ke Indoor Theme Park Genting Highlands https://invol.co/cl8v47y

 Best la pergi gentng hari tu.  Hari tu kitaorang parking kereta kat GPO tu. 

Harga Parking di GPO : 

RM 3 sejam (weekday), weekend- RM 4 sejam. Maksimum 6 jam. Hari tu, kitaorang turun dari Genting Highland jam 10 malam. So, kena lah bayar parking kereta RM 24.

Indoor themepark Genting tu best giler babe. 

********************



© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE