Chocolate Lover

by - Friday, March 01, 2019

Aku ni chocolate lover. Memang suka betul dengan coklat ni. Masa aku preeggy dan dalam pantang masa bersalinkan Leeya tahun lepas, aku mengindam nak makan coklat hari-hari. huh! Teruk kan. 

Dan sekarang bila dah habis pantang, dah tak mengindam tapi keinginan nak makan coklat tu sentiasa ada. Tapi aku sedar yang aku tak boleh mengikut nafsu sangat. Nanti tak pasal-pasal terpaksa survive sebagai pesakit diabetic. huhu. Tak nak aku.

So, atas rasa kesedaran tak nak dapat penyakit kencing manis dan penyakit-penyakit yang seangkatan dengannya, haruslah aku control nafsu aku yang satu ni - menjadi pencinta coklat.

So, aku makan coklat pun bermusim jer. Aku tak beli coklat hari-hari kat kedai. Aku cuma makan coklat bila en.suami aku outstation naik flight jer. Sebabnya dia boleh beli kat airport dan kat airport tu tax-free, murahlah sikit. Kalau pergi Langkawi, confirm berbakul-bakul aku beli coklat kat Kedai Pak Ismail tu.


Inilah coklat kegemaran aku. En.suami wajib beli ni tiap kali dia balik dari outstation. Untung dia dapat isteri yang bukan materialistik - yang tak mintak beli hendbeg, kasut, cosmestic, pinggan-mangkuk, kerusi-meja, karpet, periuk-belangan dan yang lain-lain tu. hihi.




INi pun coklat favourite aku. Aku suka tengok bentuk dia tu. Yang ni pun dia wajib beli. First time aku makan coklat ni masa aku pergi London, masa umur 12 tahun . Dan samapi sekarang aku suka coklat ni. Masa tu coklat ni takde kat Malaysia lagi (rasanya lah). Sekarang dah senang nak cari coklat ni kat Malaysia.

Biasanya setiap bulan aku dapat makan coklat ni sebab en.suami outstation setiap bulan. tapi actually, makan coklat setiap bulan pun tak elok jugak kan? Errrrmmmm...

You May Also Like

2 comments

  1. Hoho sedapnya ferero rocher

    ReplyDelete
  2. Sha pun suka belgian coklat tu.. Tapi kalau salah pilih flavour boleh jadi menyampah.. hahaha.. Tak semua perisa dia sedap..

    ReplyDelete