Family Vacation at Genting Midhill, Genting Highlands

by - Monday, March 18, 2019

Awal Mac hari tu, aku dan keluarga bercuti kat Genting Highlands. Tak lah bercuti lama pun, hanya 2 hari semalam jer. Aku ada cerita kat entri ni - 'NAIK GENTING HIGHLAND GUNA CABLE CAR BARU'. 

Kami sewa apartment kat Genting Midhill. Apartment 3 bilik, 2 bilik air, ada kitchenette, ada dapur elektrik, ada microwave, ada playground, ada gymnasium dan wajib ada swimming pool. Cukuplah untuk kami 3 keluarga, dalam 10 orang berhappy-happy disini. 

Kami stay sini semaam jer, dan esokkannya kami pergi menjamu mata kat Genting Premium Outlet (GPO) dan naik Genting Highlands guna cable car.

Apartment ni baru lagi.. Ada lagi beberapa blok yang masih dalam pembinaan. Rumah yang kami stay ni, kami lah orang first masuk situ. Masih ada bau kedai. Fresh from oven gitu.hehe. 



 Tema bilik-bilik kat sini ialah - kids friendly.




Tempat untuk BBQ pun ada disediakan. Pool dia besar,so tak crowded kalau guest ramai-ramai mandi kat sini. 

 Bantal, selimut dan tilam disediakan. Ada banyak. So korang tak perlu bawak extra comforter. hehe


 Ini blok yang masih dalam pembinaan

 Pinggan, mangkuk, pisau, sudu garfu, cawan, kettle, sabun basuh pinggan semuanya disediakan






Kami book apartment ni kat booking.com . Harga sewa untuk 1 unit apartment ni dalam RM 700-RM 800 semalam.

Parking kereta disediakan dengan secukupnya. Tak kisah berapa biji kereta nak bawa, semuanya boleh masuk dan dapat parking FREE. 

Tapi yang tak best nya ialah - banyak nyamuk. So, kalau nak datang bercuti kat sini, silalah bawak mosquito repellent dan ubat nyamuk sendiri. hehe.

Highly recommended la tempat ni kalau korang nak cari tempat percutian untuk keluarga besar. Ruang tamu pun luas, boleh tidur kat ruang tamu kalau bilik semua dah penuh. Tempat makan pun dekat, and plus korang boleh masak sendiri kat apartment tu. 

Kami hari tu, masak kat rumah siap-siap, pastu datang sana, panaskan jer guna microwave. Masak banyak terus sampai breakfast pun boleh makan lagi. Simpan dalam fridge, dan panaskan dalam microwave. 

P/S : Kalau malam kat sini sejuk tau, better bawak sweater skali =)). 

You May Also Like

5 comments

  1. cantiknya bilik yang ada tema segini.. anak-anak mesti suka..

    ReplyDelete
  2. comel btol decoration bilik2 tu

    ReplyDelete
  3. canti bilik tema2 cartoon anak2 mst suka

    ReplyDelete
  4. rasanya kite pun excited tengok bilik katun2 tu =D

    ReplyDelete