My Milk Booster – PUMP IT!

in , by dorsett pink, March 02, 2019

Bulan depan Leeya dah masuk 1 tahun. Dan sehingga ke hari ni, Leeya masih lagi minum susu mommy. Fully breastfeeding and I am still a nursing mom OK. Hihi. Leeya tak nak langsung minum susu formula. Pernah jugak bagi dia cuba susu Anmum dan Lactogen, tapi dua-dua dia tolak. 

Bila dah reject, malas lah aku nak beli susu-susu lain sebab takut membazir bila dia tak minum. So, nak-tak nak terpaksalah aku berusaha sedaya boleh untuk menyusu dia sepenuhnya.Dan nak maintain milk production tu bukan senang tau. Ada kalanya Leeya meraung sebab susu sikit, dia tak kenyang. Huhu.

So, untuk kekalkan milk production dan buatkan Leeya menangis sebab susu kurang, aku guna minyak PUMP IT. Minyak ni kiranya macam my milk booster lah.





Ini dia Fungsi Pump It :


·         Sebagai ‘Milk booster’ – untuk tambah susu badan.

Bila breastfeed anak ni, bukan setiap masa susu kita banyak. Ada kalanya (selalu jer), susu merudum. Betul tak? Betul tak? Waktu susu drop tu lah, buatkan ibu-ibu stress. Aku pun tak terkecuali, tambah pulak Leeya ni tak nak minum langsung susu formula. Dia nak 100% susu mommy jer. So, Nampak tak yang Mommy Leeya ni kena ‘bekerja kuat’ untuk produce banyak susu? Hehe.

Aku guna pump it ni untuk bagi susu sentiasa ada dan cukup untuk Leeya. Guna ni, sampai hari tu aku bengkak susu, sampai demam. Boleh baca kat entri ni –  'Demam sebab bengkak susu’.

Senang jer nak guna minyak ni. Drop kan 1-2 titik minyak ‘Milk Full’ dan massage breast selepas nursing atau pumping.



·         Sebagai ‘ubat penenang’ – untuk tenangkan ibu-ibu supaya tak stress dan menyebabkan susu dapat keluar dengan lancar. Ala-ala macam essential oil la. Kalau kita stress atau sakit atau nervous, kita guna essential oil Young Living tu kan (aku lah guna),pstu rasa lega sangat bila essential oil dapat membantu calm kan perasaan kita. Macam tu lah jugak dengan PUMP IT ni. Ia bertindak seumpama macam ‘ubat penenang’.



Tapi bukan ubat penenang yang makan-makan tu. Jangan risau, PUMP IT ni Cuma minyak, tak boleh makan dan tidak dibenarkan sama-sekali minum. Hanya untuk external use jer. Main sapu-sapu jer. Drop kan beberapa titik minyak ‘Relaks Mama’ dan sapu kat belakang leher dan kat tulang betul-betul belakang telinga. Ini ialah tempat-tempat ransangan untuk’calm’ diri kita. 





Kenapa aku pilih Pump IT!?

·        1. Organik - Tak ada bahan kimia
Minyak PUMP It ni ialah bahan organik. Langsung taka da bahan kimia kat dalam minyak ni, taka da paraben dan bahan-bahan pewangi dan lain-lain kandungan kimia. Minyak ni diperbuat dari virgin coconut oil, grapeseed oil, pure pant, herbal & floral based essential oil. So, minyak ni sangat selamat kalau apply kat breast dan terkena mulut baby.




·        2. Sebab Senang nak guna

Disebabkan PUMP It ni cuma minyak jer, jadi nak gunakannya sangat-sangat senang. Hanya main drop-drop jer kat tapak tangan, pastu urut jer kat breast.


      3. Sebab senang nak bawak pergi mana-mana
Botol kecik jer, boleh bawak masuk dalam hendbeg dan bawak pergi mana-mana.Langsung tak berat.




Selagi aku masih susukan Leeya, aku akan guna ni lah. Dan aku sangat recommend kat korang yang masih fully breastfeeding. Kalau susu korang drop, try lah guna Pump It ni. Try guna sebotol dulu, tengok macam mana.

Kalau korang nak beli atau nak tahu info lanjut pasal PUMP IT ni, boleh pergi kat laman web ni – www.pumpit.com.my
SHARE 2 comments

Add your comment

  1. Lain dari lain,baguslah.Alternatif kepada ibi-ibu yang takut nak makan segala supplement.Ada juga penyelesaian.. Takpe,nanti bole war-warkan kepada kawan yg menyusu

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE