Ramadhan tempoh hari, aku berkesempatan untuk menunaikan solat terawih kat surau. Biasanya (lepas ada anak), aku buat solat terawih kat rumah jer. Sebab tak konfiden bawak anak kecik pergi surau. Nanti dia lari-lari / merayap sana-sini / buat bising, aku jugak yang runsing - pastu solat tak kusyuk, sebab duk asyik fikir pasal anak jer. 

Tapi tahun ni aku berjaya solat kat surau, bawa anak kecil ni - Leeya. Leeya sangat behave, tak de lari-lari (dia pun tak boleh berjalan lagi. hehe), tak de buat bising. Dia senyap jer. Dia mudah berkawan dengan orang dan mudah mesra, tapi tak bercakap. Malu! Bila dah lama-lama, dah selesa, baru dia akan bukak mulut nak 'tegur'. hehe.


Aku bawak Leeya sorang jer pergi surau, Kakak FL tak ikut sebab dia pergi ke Kelas Membaca Intensif. So, sementara Kakak FL pergi kelas (8 pm - 10pm), sempatlah mommy solat terawih dulu kat surau. Habis solat, pergi ambil kakak kat kelas.

Kenapa hantar Kakak FL pergi kelas membaca intensif? Sebabnya kami suami-isteri set milestone untuk anak-anak - perlu pandai membaca sebelum usia 6 tahun. Maksudnya, masa umur 5 tahun, anak-anak dah kena pandai membaca sebab nak duduki Ujian Kemasukan Sekolah Rendah (UKS) masa umur 6 tahun nanti. 

Biasanya kalau nak masuk sekolah agama swasta atau Sekolah al-Amin atau SRAI atau mana-mana sekolah swasta, memang perlu ambik UKS dulu masa umur 6 tahun. So, ketika tu, anak-anak memang perlu bersedia dari segi 3M - membaca / menulis / mengira.

So far, Kakak FL dah boleh membaca suku kata terbuka. Tapi suku kata tertutup dia tak pandai lagi. kalau suruh baca buku cerita pendek-pendek pun, dia tak lancar lagi. Sebab buku cerita pendek-pendek tu pun ada macam-macam jenis suku kata. So, that's why, kami antar dia ke kelas tu. Tahun depan dia dah 6 tahun. Hopefully, hujung tahun ni, dia dah boleh membaca dengan lancar la. 

Kelas tu hari-hari - Isnin sampai Khamis jer. Yuran sebulan RM 150.00. Kakak FL enjoy sangat pergi kelas. She is always looking forward nak pergi kelas. Tak pernah dengar dia kata 'penat'. Lagi dia excited ada lah.  Bila dah habis Ramadhan ni, kelas tukar ke hari weekend. Sebab hari weekdays, Kakak FL kena pergi kelas mengaji & Kumon. 


Ini buku-buku yang digunakan kat kelas. Kelas tu guna kaedah 'e-Xra'- Electic Express Reading Approach. 

 Sambung balik cerita Leeya yang ikut mommy pergi solat. Bila mommy solat, dia pandai jaga diri-dia sendiri. Dia pandai 'beramah-mesra' dengan orang dan join the crowd. Boleh jadi geng, walaupun orang tu tak sebaya umur dengan dia. Dia masuk je dengan semua orang. So, tak de lah mommy runsing dan tak kusyuk solat sebab duk pikir pasal Leeya. 

Leeya pulak, sepanjang Ramadhan hari tu pergi mana-mana surau / masjid, langsung tak menangis dan tak buat bising. Syukurnya. Sejuk perut mommy dapat easy-baby macam ni. Senang nak jaga. (Tapi kalau kat rumah... errrmmmmm, mommy selalu jadi singa). 


Lagipun surau yang kitaorang pergi tu (kat area rumah), sangatlah 'kids-friendly'. Ibu-ibu yang bawak anak-anak, kena solat kat atas. Yang takde anak, boleh solat kat bawah. Kat ruang solat atas tu, budak-budak bebas bermain. Nak buat bising pun takpe, takde orang marah. Dan akan ada jemaah yang boleh tolong tengok-tengokan anak-anak kecik ni (yang umur baya Leeya). Biasnaya jemaah yang tak boleh solat, akan datang sini volueenter untuk jaga diaorang. Syukur sangat. Aku duduk dalam kejiranan yang baik-baik macam ni. 

 Ini beg telekung mommy. Ini beg serbaguna sebenarnya. Boleh jadi beg sukan, beg diapers, beg telekung pun boleh. hehe. Dalam beg ni ada telekung, ada botol air untuk mommy & Leeya dan mainan Leeya. Dah lebih 10 tahun pakai beg ni, masih elok dan cantik sampai sekarang. 

 Ini botol air Leeya. Memang wajib bawak pergi mana-mana. Bila mommy solat, botol air ni kena letak kat luar beg, supaya dia senang nak minum bila mommy tengah solat.

 Wajib bawak buku. Sebab buku ialah mainan dia.


Itulah cerita Ramadhan kitaorang .. Semoga Allah panjangkan lagi umur kitaorang untuuk bertemu dengan Ramadhan seterusnya. Amiinn I miss u Ramadhan. =((

SHARE 15 comments

Add your comment

  1. Selamat hari raya sis, insyaallah semoga anak2 menjadi anak2 yg berguna di masa hadapan

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.Moga FL dimudahkn untuk membaca dengan lancar..bagus Leeya..cool je dia..dan sokongan persekitaran surau atau masjid pun sebenarnya sangat-sangat penting.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beetul tu kak PC, persekitaran masjid dan surau sangat penting untuk kita galakkan anak-anak kecil rapat dengan Rumah Allah

      Delete
  3. BAIKNYA LEEYA TEMAN IBU BERTERAWIH FL RJN BELAJAR ANAK2 YG SOLEHAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, nasib baik Leeya ok jer, tak buat bising dalam surau tu

      Delete
  4. in sha allah anak mesti pandai membaca. lebih2 lagi anak perempuan, cepat 'tangkap'. anak buah saya seorang pun sebaya FL,baru start belajar membaca juga. nampak perubahan positif dia sejak hantar ke pra sekolah.

    memang diakui agak mencabar bagi anak untuk menguasai suku kata terbuka. so mommy kena dok study sama2 lah dengan FL. mesti mcm2 gelagat jadi bila belajar sama2. enjoy the moment & semoga dipermudahkan urusan. amiinn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Red Linda bagi semangat kat kita. InshaAllah, hopefully Kakak FL lancar membaca sebelum masuk Darjah 1 nanti

      Delete
  5. Selamat hari raya DP!
    Alhamdulillah seronok berkunjung ke surau/masjid yg kids-friendly ni. Selesa utk kita beribadah di samping expose anak2 dgn suasana ibadah.

    All the best Kakak FL.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, selesa untuk mak-mak nak buat ibadah kalau surau / masjid tu kids-friendly

      Delete
  6. Selamat Hari Raya maaf zahir batin dari mama sekeluarga

    ReplyDelete
  7. bagusnya leeya dan bagus juga kejiranan kat situ, ada yang volunter untuk jagakan anak2 kecik

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, bersyukur sangat dapat kejiranan yang snagat OK

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE