Powered by Blogger.
  • Log In
  • Home
    • About Me
    • Email
    • Instagram
  • Motherhood
    • Pregnancy
    • Baby's Food
    • Breastfeeding
    • Children Story
    • Motherhoood Story
    • Tips
  • Travel
    • Malaysia
      • Kuala Lumpur
      • Selangor
      • Pahang
      • Johor
      • Port Dickson
    • Asia
      • Jepun
      • China
      • Hong Kong
      • Indonesia
      • Singapore
    • New Zealand/Australia
      • New Zealand
      • Sydney
      • Melbourne
    • Europe
      • Amsterdam
      • Henna

dorsett pink

Weeekend baru-baru ni kitaorang sekeluarga ke Ipoh. Tujuan ke Ipoh tak lain tak bukan hanya untuk bercuti dengan anak-anak setelah beberapa bulan duk sibuk dengan urusan harian. Kesian Kakak FL dah banyak kali tanya bila nak pergi holiday. 

So, kebetulan, aku pun dah selesai urusan 'Correction Tesis Lepas Viva', jadi ada lah masa free untuk tenangkan kembali fikiran ni. Dan kali ni kitaorang pilih Ipoh, sebab dah lama sangat tak jejakkan kaki kat Ipoh dan kitaorang memilih hotel Tower Regency Hotel & Apartments sebagai penginapan kitaorang hari tu.

Duku-dulu masa belajar kat UITM Sri Iskandar, aku pernah duk hotel ni tapi nama dia dulu lain. Sekarang dah tukar nama jadi Tower Regency Hotel & Apartments. Hotel ni macam service apartment. Ada unit yang ada 2 bilik, 1 bilik. Dan ada juga unit yang macam hotel iaitu ada katil dan TV dan kitchenette. 

Lobby Hotel

Tempat makan. Kat Tingkat 6


Tempat makan ni luas. Boleh accomodate crowd yang ramai at one time


Buffet breakfast ada macam-macam pilihan. Tak boring. Dan makanan dia pun semua sedap-sedap. 

Ni makanan breakfast aku. Diet?? Sila abaikan perkataan diet bila bercuti. hehe

Ini Health centre. Kat sini ada sauna, swimming pool. Dibuka awal pagi sehingga jam 10 malam.

Tempat makan menghadap swimming pool . Sambl makan bolehlah tengok anak-anak mandi. Tapi hari tu FL tak swim sebab Leeya baru sembuh dari demam.

Swimming poolnya tak besar sangat. Tapi sesuailah untuk anak-anak nak bersuka-ria


Ini bilik-bilik. Ada apartment, dan ada bilik jer 


Iron tak disediakan untuk setiap bilik. So kalau nak iron, kena iron kat luar. Dan ada juga disediakan bilik iron khas. 

FL Sisters having fun kat Tower Regency Hotel  ni

Ini contoh bilik kat hotel ni. Gambar ni aku ambik kat Google

Kitaorang stay sini semalam jer. Esokkannya dah check-out dan pergi berjimba kat MAPS, Ipoh (Movie Animation Park Studio). Nanti aku buat entri pasal MAPS tu. 

Kitaorang ambik bilik hotel, ada 2 katil single, ada peti ais, TV dan kitchenette. Tapi biliknya amatlah besar. Sesuai untuk ahli keluarga yang besar. Tapi kena mintak extra bed la kalau nak bawak masuk ramai orang. 

Alhamdulillah, hotel ni selesa. Makanan pun sedap. Hari tu kitaorang book hotel ni through booking.com
Tuesday, July 30, 2019 16 comments
Semalam aku, suami dan anak-anak beserta dengan beberapa lagi ahli keluarga lain pergi tengok movie The Lion King kat AEON AU2. Kitaorang pergi tengok malam sebab siang tu busy ngan aktiviti lain. 

First time aku tengok wayang kat Aeon Au2 tu. Diaorang belikan tiket, aku follow jer la. 

Masuk-masuk hall jer, Fuhh! Penuh dah panggung. Dari atas sampai bawah penuh. Kitaorang duduk row tengah-tengah.

Leeya pun tengok Lion King ni sampai habis sambil makan pop-corn 😃😃.. Tak meragam. Good girl Leeya!

Aku yang pujuk en.suami pergi tengok jugak Lion King ni. Sebab kalau ikutkan dia tak nak join mula-mula, sebab tak minat dengan cerita-cerita Disney.Tapi bila dah tengok, dia kata BEST - tak rugi beli tiket. hahahhaa...

Yang terpegun dengan Lion King ni ialah sebab CGI dia tu - Fuhh! memang betul-betul nampak real giler. Langsung tak nampak macam guna komputer. Pastu ,grafik dia sangat precise. Ulat dan anai-anai yang ada dalam cerita tu nampak clear dan cantik sangat. Sampaikan urat-urat kat ulat tu pun boleh nampak jelas. Memang hebat. 


Kalau orang-orang yang minat animation atau minat pada seni grafik memang patut datang tengok cerita ni. 

Andai kata kalau Producer Malaysia boleh buat cerita macam ni 1 hari nanti, memang power lah, aku tabik spring la...

Usah kata budak-budak terhibur, orang dewasa pun enjoy tengok The Lion King ni. Banyak mesej yang disampaikan dalam cerita ni, epecially bab kasih sayang antara Ayah dan Anak - Simba dengan Ayahnya, Mufasa. 

Sedih sangat bila ayah Simba mati masa tengah nak selamatkan Simba dari kena makan dengan binatang lain. Last-last ayah dia mati sebab pakcik Simba, Scar buat dajal kat ayah dia. Scar tu nak jadi Raja sebenarnya. Tu sebab dia pergi bunuh Mufasa tu. Pastu dia sendiri yang isytiharkan diri dia sebagai Raja Rimba dan dia jadi raja yang jahat la of course. 

Aku percaya ramai yang menangis masa scene Mufasa mati tu. Masa tu Simba kecik lagi. Pastu Scar duk peralatkan Simba kata Simba lah yang menjadi penyebab kepada kematian Raja Rimba tu. So, Scar suruh Simba lari jauh-jauh, jangan balik-balik dah. Tapi sebenarnya, dia suruh Dubuk pergi kejar dan bunuh Simba tu. Fuhh! Jahat betul Scar tu!. 

Ini Scar


Dan part sedih lagi ialah masa scene last skali - masa Simba dah berjaya kalahkan Scar dan naik takhta menjadi Raja. Raja yang betul-betul Raja - Raja yang baik. Aku sampai menangis tengok scene tu. Fuhh! Terkesan betul jalan cerita dia. 

Aku rasa macam tak puas je tengok Lion King semalam. Rasa nak pergi tengok lagi. 

Mengikut firasat aku (cewwaahh! macam ahli nujum pulak), cerita The Lion King boleh jadi box-office, boleh beat Aladdin. Sebab apa? sebab mungkin ramai yang pergi tengok dua kali. hahahhaha.. 

Terbaiklah!! Syabas Disney.. Tahun 2019 ni adalah tahun terbaik bagi Walt Disney (thumbs-up).... 


Ini Simba masa kecik
Sunday, July 21, 2019 6 comments
Hari Jumaat petang, 12 Julai 2019, aku mendapat panggilan dari Pejabat Dekan Fakulti Ekologi Manusia. Panggilan dari PA Dekan bagitau yang Dekan (my examiner) nak berjumpa dengan aku Hari Isnin (15 Julai 2019). Lalu appoinment di set pada jam 9 pagi.

Letak jer telifon, macam biasa aku akan report pada en.suami, bagitau yang examiner nak jumpa Hari Isnin nanti, so aku minta dia OFF kerja jap untuk jaga Leeya. Dia tak perlu apply cuti sebab tu company dia sendiri. So, agak senang kalau nak keluar ofis (kalau tak de meeting). Dia tengok kalendar, pastu terus reply kata tak dapat OFF sebab Hari Isnin pagi hingga petang ada meeting penting. Kalau dia kata meeting penting, so aku faham yang dia memang tak boleh nak skip langsung meeting tu. Kalau skip nanti duit tak masuk pulak.. 

So, aku pun pun risau macam mana dengan Leeya nanti. Siapa nak jaga dia?? Nak bawak masuk dalam bilik lecturer? Errrmm, tak mungkin, nanti aku pulak dk kena berkejar-kejar dengan Leeya, bukannya nak dengar apa lecturer cakap. hahahha...

So en.suami suruh aku cari part time babysitter , untuk jaga Leeya kejap. 

Aku dah lama eyeing kat Kiddocare ni. Terjumpa kat Instagram. Dah lama simpan nombor diaorang, cuma tak pernah guna khidmat diaorang lagi.  Kiddocare ni company yang provide part time babysitter. Baca review semua tulis bagus-bagus. Untuk semua bangsa dan agama diaorang boleh cater. So, kita boleh request nak babysitter yang macam mana, nak umur berapa, bangsa apa, agama apa, semua kita boleh cakap. 





Lalu aku pun book la babysitter. Mula-mula kena register dulu, register as a customer. Lepas register, isi borang kat dalam sistem diaorang. Then, lepas tu tunggu jer whatsapp dari diaorang. Cepat giler diaorang respond. Within 24 hour, aku dah dapat babysitter , sebijk macam preference yang aku nak. 

Mulanya aku takut jugak nak guna perkhidmatan ni, sebab isu TRUST. Takut nak percaya pada stranger. Tapi sebab aku ada bersama dengan Leeya sepanjang masa (sepanjang Leeya dengan bs tu), so aku confident la. Kalau suruh tinggalkan anak aku dengan BS berdua jer kat rumah, memang aku tak buat lah, takut!.

So, masa aku jumpa lecturer tu, Leeya duduk luar ofis Dekan dengan BS tu, sambil makan-makan. Leeya baru bangun tidur, so lapar la nak breakfast. Alhamdulillah Leeya tak menangis dan nampak Leeya serasi sangat dengan dia (BS). 


Dia datang awal dari masa yang ditetapkan. Aku set untuk jumpa di Masjid UPM, dan dia follow jer aku naik kereta pergi ke Fakulti. Sepanjang dalam kereta, memang nampak Leeya selesa dengan dia dan dia pun baik orangnya. Background agama, dulu belajar kat sekolah agama, pastu ambik Form 6 - Sijil Tinggi Agama Malaysia. Alhamdulillah! Aku dipertemukan dengan orang yang baik-baik. 

InshaAllah, lepas ni bolehlah aku book BS yang sama lagi dari Kiddocare ni. 

Tahniah Kiddocare sebab buat bisness macam ni yang boleh bantu ramai ibu-ibu yang macam aku ni - yang tak ada maid dan tak ada helper =))..

Kalau korang nak cari part time BS macam aku ni, korang pergi je kat IG, search nama - kiddocare.

Atau whatsapp jer - 019-883 0175 . Atau layari website - http://kiddocare.my . 
Tuesday, July 16, 2019 13 comments
Last week aku bawak anak-anak pergi jalan-jalan kat IOI City Mall, Putrajaya. Rupanya kat situ baru tahu ada Kidzooona dan Molly Fantasy. Sebelum ni tak tahu pulak ada indoor playground kat situ. Nampak sangat aku dah lama giler tak jejak IOI City Mall ni. Dulu, masa hari-hari pergi UPM, memang selalu sangat singgah IOI ni, tapi sekarang hamppehh.. 

At least bila ada indoor playground kat IOI ni, parents rasa lega la jugak, sebab ada tempat untuk anak-anak jugak kat situ. Kalau tak, duk jalan-jalan tengok kedai-kedai je lah.. Ice-skating?? Belum masanya lagi  untuk FL sisters. Tunggu Kakak FL besar sikit dulu, baru boleh main ice-skating. 

Tiket masuk ke Kidzoona ni RM 12.70 (weekdays), kalau weekend mahal sikit la. Leeya pun kena bayar jugak, sebab dia dah lebih setahun umurnya. Umur bawah setahun FREE jer tapi kena bawak Mykid atau suarat beranak atau passport (takut kes orang tipu umur =))). Dan seperti biasa, memang wajib pakai stokin.  


Kena pegang elok-elok baby ni, takut dia jatuh dalam balls tu =))

 Nak pilih yang mana paling elok =))


 Sayur-sayur ni semua busuk, tak boleh nak jual =))


 Dapat makan ice-cream banyak-banyak ni sedappp .. Yummy


 Syok sangat main, sampai stokin terbalik pun tak sedar. Apa de hal? #whybother? =))

 
 'Nak kena jual ni, asyik menangis jer'


 FL sisters teruja dapat main sticky sand ni


 Baby dah lapar, so nak kena masak dulu =))


Kidzoona ni kat dalam Molly Fantasy. Kat Level 1, sebelah Ice-Skating. 
InshaAllah ada masa nanti, kami datang lagi sana =)). 

Hari tu kami datang masa weekday, so orang tak ramai. Enjoy la diaorang main-main macam tempat tu diaorang yang punya. Kalau weekend, rasanya ramai orang. 
Sunday, July 14, 2019 4 comments
Pagi tadi aku dengar radio IKIM.FM. Biasa pagi-pagi memang aku dengar IKIM.FM kat dalam kereta. Aku suka dengar ikim ni pagi-pagi sebab dia ada slot 'perkongsian ilmu' setiap pagi. Tu yang best dengar tu. 

Macam pagi tadi, IKIM jemput Prof Dr Muhaya, sembang pasal tajuk 'KOMUNIKASI' - Komunikasi  berkesan dengan anak-anak untuk menjadi parents yang terbaik dunia akhirat. 

So, aku nak share la kat sini apa yang Prof kongsikan pagi tadi. 


Komunikasi ni ada banyak jenis. Renungan mata atau eye contact pun dikira sebagai 1 bentuk komunikasi walaupun tak cakap apa-apa. 

Sepanjang perkongsian pasal tajuk komunikasi ni, Prof banyak bagi contoh pasal buat PHD. Sebab Pian (DJ IKIM) kata dia nak sambung buat PhD nanti (InshaAllah). 

Terinspirasi pulak aku mendengar sharing tu. Almaklumlah, apa yang disampaikan sangat dekat dengan apa yang aku tengah buat kini. Dan apa yang diperkatakan oleh Prof tu memang 100% betul, sebab Prof pun dulu pernah buat Phd. So dia tahu real-picture macam mana rasa bila buat phd tu.


So, ini antara apa yang Prof share pasal PhD pagi tadi (Phd Motivation) : 


1. Set niat betul-betul 
Niatkan buat phd adalah kerana Allah. Kerana nak tambah ilmu, kerana nak gunakan ilmu tu untuk berbakti pada ummah di dunia dan di akhirat. Semoga, bila kita dah mati kelak, orang lain yang masih hidup atas dunia ni boleh gunakan ilmu yang kita discover tu (buat phd kan banyak discover new knowledge) untuk kembangkan lagi bidang ilmu /research. Semoga ilmu-ilmu yang kita share sepanjang kita buat phd / lepas buat phd tu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Kalau niat nak dapat tittle "D & R", maka itu namanya niat kerana DUNIA. Dan bila kita pasang niat sebab DUNIA, bukan sebab Allah atau Akhirat, maka kita akan tempoh banyak kesakitan masa buat phd ni. 

Eh! Jangan salah faham tau. Niat kerana Allah pun akan tempoh pelbagai kesakitan dan dugaan juga masa buat phd tu, tapi kita akan rasa tenang jer sepanjang dugaan tersebut dan kita akan rasa enjoy buat phd ni biarpun ada macam-macam masalah. 


2. Visualize
Bila dah pasang niat, sentiasalah visualize atau gambarkan akan kejayaan kita bila kita dah GRAD nanti. Bila kita buat teknik visualisation ni, InshaAllah impian dan matlamat tu akan menjadi realiti. 

Caranya ialah, selalu gambarkan kat kepala, kita sarung jubah Phd, kita pergi konvo ambil scroll atas stage. Pastu ambik photo (photoshoot), pakai topi phd tu, print dan tampal kat wall, kat desktop, hari-hari tengok, supaya kita dapat rasa nak cepat konvo.

Pastu, buat business card, kat atas kad tu tulis siap-siap "DR.XXXX, Phd in  XXXXXX". Tapi jangan pulak bagi pada orang kad tu. Simpan sendiri dah la. Kalau nak frame lagi bagus, letak atas meja kerja, hari-hari tengok. 

So, bila ada visualization macam ni, InshaAllah kita tak mudah patah semangat dan give-up sebab kita tahu visi kita ialah - destinasi akhir kita iaitu KONVO. 



Gambar ni aku tampal kat wall kerja aku, kat wallpaper laptop dan kat screen handphone. Supaya aku tak give-up dan teruskan perjuangan hingga habis. 


Pastu, sebelum tidur dan bangun pagi-pagi buat 'affirmation' kata - aku nak grad phd waktu sekian-sekian.  


3. Komunikasi

Bila buat Phd, kita kena banyak berkomunikasi dengan orang. Jangan duduk dalam bilik sorang-sorang, buat je tesis tu tanpa tengok dunia luar. Jangan jadi macam tu, sebab tanpa komunikasi, otak kita akan STUCK. 

Masa buat phd memang selalu stuck. So, nak keluar dari STUCK tu, ialah dengan cara kita berkomunikasi. Keluar lah bersosial dan bercakap dengan sesiapa saja samaada dengan supervisor, dengan kawan-kawan, dengan pasangan atau dengan sesiapa saja.

Sebelum sambung PHD pun, komunikasi (discuss betul-betul) dengan pasangan pasal tujuan kita nak sambung belajar ni. Supaya pasangan beri restu dan dia faham akan kesulitan yang kita bakal hadapi sepanjang buat PHD nanti. Kalau pasangan tak restu buat phd, aku suggest janganlah buat lagi. Tunggu sampai dapat green light dari pasangan dulu (samada isteri atau suami), barulah sambung. Sebab nanti, takut bila waktu 'susah / kritikal', pasangan kita akan menyalahkan kita sambung belajar. And the end, berlaku penceraian. Tak nak sampai macam tu. So, sebab tu restu dan persefahaman pasangan ni sangat-sangat penting masa sambung belajar either buat Master ataupun PhD. 

P/S : Dr.Roket pernah cerita yang dia dulu masa buat phd selalu bercerita dengan cleaner kat ofis. Bila dah habis cerita, dia rasa lega.  


Hari-hari aku cakap pada anak-anak - aku sayangkan diaorang sangat-sangat. sayang kerana Allah. Aku busy buat tesis hari-hari adalah sebab diaorang. Aku selalu bagitau anak-anak yang aku buat tesis ni untuk diaorang. Sebab aku nak diaorang pun ikut jejak mommy 1 hari nanti, belajar sampai phd. 


3. Tindakan

Tindakan - buatlah phd betul-betul. Jangan main-main atau plagiat. Susun strategi betul-betul. Uruskan masa, urusakan stress dan uruskan bahan kajian betul-betul. Selalulah pergi hadiri mana-mana kelas dan seminar-seminar untuk belajar skill-skill yang diperlukan sepanjang buat PHD nanti. Contoh macam skill belajar software Mendeley atau Atlas.ti atau Mathlab, atau apa-apa sahaja yang penting untuk kajian kita. 

Ini antara kenangan terindah. Sekarang wall-of-idea ni dah tak ada =))


4. Doa

Doa ialah 1 bentuk komunikasi - komunikasi kita dengan Allah. Dari Allah kita datang, kepada Allah jua kita kembali. So, selalulah berdoa pada Allah supaya urusan kita buat Phd ni dipermudahkan. Dan selalu buat solat tahajud, buat solat hajat (solat wajib jangan tinggal tau). Dan selalu baca al-quran, at least 1 muka surat 1 hari. Bila kita banyak mendekatkan diri kita dengan Tuhan, InshaAllah Tuhan akan bantu kit bagi ilham-ilham / idea-idea untuk kita tulis tesis kita tu. IshaAllah. 

P/S : Tips aku - Bila aku stuck buat tesis. Aku akan rest 2-3 hari dulu, dan aku fokus untuk baca quran. Kalau sebelum tu aku mungkin baca quran 1-2 pages sehari, tapi bila waktu stuck, aku baca 5-10 pages sehari. Tapi at the same time, aku akan keluar dengan kawan-kawan atau dengan family pergi mana-mana. 


P/S : Apa yang aku tulis ni ialah aku olah balik apa yang dikongsikan oleh Prof Muhaya. So, banyak point-point yang aku tulis ni adalah dari aku sendiri. Tapi keywords nya adalah dari Prof Dr Muhaya. Aku tulis ni based on my experience sepanjang 6 tahun buat phd ni (tahun ni tahun ke-6). 
Thursday, July 11, 2019 12 comments
Sabtu hari tu, kami sekeluarga (termasuk en.suami) ke Klinik Homeopati Dr Hashimee kat Kampung Pandan, Ampang. 


Sebenarnya nak rawat Kakak FL. Sebab dia kerap sangat demam. Walaupun demam nya sekejap-sekejap jer, tapi risau jugak. Ni kali ke2 Kakak FL dirawat disini. Kali pertama 4 tahun lepas, masa dia kena cirit-birit teruk. 

Alang-alang datang, jadi ketiga-tiga kami (Mommy, Leeya & Kakak FL), jumpa Dr. Sebab kami bertiga ni turut sama sakit =)). Hari tu Dr Hashimee tak de,so yang merawatnya ialah Ustaz Ibrahim. 

Kakak FL
Dia kerap kena demam. Sepatutnya dia kena rujuk pada Pakar ENT tapi kerna kekangan masa (sebab pakar ada hari weekdays jer), jadi postpone dulu nak jumpa ENT tu. Masa Sabtu hari tu dia tak demam. So, Ustaz Ibrahim yang rawat tu kata antibody kakak Fl lemah. So, dia bagi vitamin untuk Kakak untuk tingkatkan imunisasi dia.

Leeya
Leeya ni sekarang selsema. Dah lama dia selsema. Rasanya dah sebulan lebih kot. Kat klinik biasa tak de ubat untuk kanak-kanak usia bawah 2 tahun. Semua kaedah mommy dah buat kat rumah tapi tak menjadi. Kaedah spongy ke, guna EO ker, lemon bath ker, atau apa jer la, selsema Leeya masih tak sembuh-sembuh. 

Bila check, ustaz kata lendir kat hidung dia banyak sangat, 30 %. So, dia bagi ubat untuk sebulan. Lepas habis ubat (lepas sebulan), kena datang lagi nak tengok macam mana keadaan dia. 

Mommy
Aku pulak kerap kena sakit kepala. Maybe stress dan penat buat tesis (kot la). Bila Ustaz check, dia kata masalah aku ialah masalah pada saraf kepala. So dia bagi ubat untuk sebulan. 

Ini ubat untuk Leeya dan Kakak FL

Klinik Homeopati Dr Hashimee


Lepas sebulan nanti, kita tengok macam mana kesan ubat ni. Hopefully kami semua sembuh dengan jayanya =))
Monday, July 08, 2019 6 comments
OK, ni aku nak share lotion yang Leeya guna - Aqua Cream. Sebab Leeya ada eczema. Dan Aqua cream ni ialah cream atau lotion untuk pesakit-pesakit Eczema. 


Sebelum ni Kakak FL pun guna cream yang sama masa dia kecik-kecik dulu. Bila dia (kakak) dah sembuh dari eczema tu, dia tak lagi gunakan Aqua Cream ni. So sekarang giliran Leeya pulak. Aku harap Leeya pun akan sembuh dari eczema juga someday macam Kakak dia. 

Kesian tengok Leeya duk mengaru-garu. huhu. Result dia tu lambat sikit (Kalau nak eczema tu betul-betul sembuh). So mommy and daddy kena sabar kalau nak tengok kulit anak-anak cantik. Bukan pakai hari ni esok dah sembuh, TAK GITU. 

Masa Kakak FL dulu-dulu ambik masa berbulan jugak nak sembuh. So, setiap bulan wajib beli 1 bekas Aqua Cream ni. 

Aqua cream ni kalau beli kat farmasi hospital atau klinik agak mahal, diaorang charge dalam RM 50 sebekas (500 gm). Tapi kalau beli kat farmasi kat luar murah. Hanya RM 17.50 jer untuk 500gm macm ni. 

Aqua cream ni berbeza tau dari Aqueous Cream. Kalau nak tahu apa perbezaannya, boleh baca kat entri ni - "ECZEMA :: AQUEOUS CREAM VS AQUA CREAM". 


Sunday, July 07, 2019 3 comments
25 jun 2019 hari tu, kami berkesempatan untuk celebrate birthday Kakak FL yang ke-5. Birthday dia 11 Jun, tapi celebrate lambat sebab masalah-masalah yang tak dapat dielakkan. Ini celebration kali ke-2, kali pertama dah buat kat rumah kecik-kecik jer ngan kami 4 beranak (ada cerita kat entry sebelum ni). 

Kali ni celebrate dengan big family pulak. Celebrate kat Restoren NAT Thailand Steam & Grill, kat Setapak. Sebelah Setapak Mall. 



Kali ni pilihan kek ialah cupcake jer. Sebab biasanya kalau kek besar-besar tu tak habis pun. So, cukuplah dengan cupcake jer, itupun tak habis cupcake tu. 

Sambutan secara sederhana jer. Yang penting dapat tiup lilin tu. Bila ada kek dan tiup lilin, dah cukup happy dah buat budak-budak ni =)). 


 Budak-budak lah happy. Tapi ada jugak yang bad-mood. hahahaha 


Ni makanan kegemaran aku. hehe 


 Restoren steamboat not bad la. Murah jugak harga dia. Dalam kategori harga mampu-beli lah. Macam-macam pilihan ada. 


**************************
Lepas habis makan-makan kat restoren tu, kitaorang sambung celebrate kat Tasik Danau Kota, kat sebelah tempat tu jer. Celebrate main bunga api.

Happy giler budak-budak ni. Mak bapak budak pun turut happy, tumpang sekaki main bunga api =))



 Ni first time Kakak FL main bunga api. Excited dia. 


 Leeya happy sebab first time tengok tetiba api keluar dari tangan mommy. hahaha..

 Bila lagi mommy nak dapat chance main bunga api kan? hehe



Habis main-main ni jam 12 malam. Lepas tu kami semua balik rumah family, sambung lepak-lepak borak-borak kat rumah sambil habiskan kuih raya. Jam 2 pagi baru masing-masing gerak balik rumah masing-masing.. hahahha.. lebam mata.. Budak-budak pun turut sama stay up sampai jam 2 pagi tu, dapat jumpa geng, tak ingat tidur dah...Tapi takpe, really having fun malam tu.. =))
Wednesday, July 03, 2019 12 comments
Newer Posts
Older Posts

Search by Yourself


EMAIL

dorsett.pink14@gmail.com

Kelab Blogger Ben Ashaari

Kelab Blogger Ben Ashaari

Followers

INSTAGRAM

@dorsett.pink

My Popular Posts

  • Kos Bersalin di KPJ Ampang Puteri
  • My Breakfast - Tortilla Wrap + Chicken Slice
  • Dinner Bersama Keluarga di Cozy House Restaurant
  • Resolusi Ramadhan 2017 #3 dan Telur Masin
  • Petua Ustazah Asma Harun Menjadi!
  • Mee Goreng Kanak-Kanak
  • Resipi Nasi Goreng Kanak-Kanak
  • Cuti Sekolah Ni Kami Ke LEGOLAND
  • Kakak FL Masuk Darjah 1 - Mommy Dah Download Microsoft Teams
  • Tidur Dalam Kelas

Blog archive

  • ►  2021 (11)
    • ►  January (11)
  • ►  2020 (153)
    • ►  December (3)
    • ►  November (10)
    • ►  October (15)
    • ►  September (9)
    • ►  August (11)
    • ►  July (18)
    • ►  June (27)
    • ►  May (18)
    • ►  April (10)
    • ►  March (7)
    • ►  February (8)
    • ►  January (17)
  • ▼  2019 (145)
    • ►  December (13)
    • ►  November (12)
    • ►  October (13)
    • ►  September (12)
    • ►  August (6)
    • ▼  July (10)
      • Weekend Getaway - Tower Regency Hotel & Apartments...
      • Fuhh! LION KING... Terbaiklah!
      • Mujur Ada Part Time Babysitter
      • Bergembira Di Kidzooona IOI City Mall
      • PhD Motivation
      • Kami Dirawat di Klinik Homeopati Dr Hashimee
      • ECZEMA Lotion For Leeya
      • 5th Birthday Celebration
      • Beg Angpau
      • Sehelai Tudung Merah
    • ►  June (12)
    • ►  May (8)
    • ►  April (5)
    • ►  March (14)
    • ►  February (17)
    • ►  January (23)
  • ►  2018 (192)
    • ►  December (20)
    • ►  November (21)
    • ►  October (25)
    • ►  September (16)
    • ►  August (21)
    • ►  July (31)
    • ►  June (13)
    • ►  May (5)
    • ►  April (10)
    • ►  March (5)
    • ►  February (7)
    • ►  January (18)
  • ►  2017 (184)
    • ►  December (6)
    • ►  November (18)
    • ►  October (18)
    • ►  September (2)
    • ►  August (14)
    • ►  July (34)
    • ►  June (19)
    • ►  May (15)
    • ►  April (13)
    • ►  March (16)
    • ►  February (17)
    • ►  January (12)
  • ►  2016 (76)
    • ►  December (5)
    • ►  November (18)
    • ►  October (6)
    • ►  September (5)
    • ►  August (8)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (6)
    • ►  April (2)
    • ►  March (7)
    • ►  February (6)
    • ►  January (9)
  • ►  2015 (114)
    • ►  December (8)
    • ►  November (7)
    • ►  October (4)
    • ►  September (11)
    • ►  August (10)
    • ►  July (9)
    • ►  June (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (15)
    • ►  February (16)
    • ►  January (17)
  • ►  2014 (12)
    • ►  December (4)
    • ►  November (3)
    • ►  September (5)

Travel TIps

Tips Roadtrip To New Zealand
Travel Guide Foods Bring Newzealand
Tips for Groceries Shopping
Tips Masuk ke Universal Studio Japan
How to Sterilize Baby's Bottles During Travel
Perlu tak Bawak Stroller?
Kat Mana Nak Beli Baju Sejuk / Winter Coat Murah-Murah
Tawar - Menawar Bila Shopping di China
Kat Mana Nak Beli Thermal Wear / Long John Murah?

MOTHERHOOD

Keperluan Semasa Berpantang : Maternity Pad Vs Overnight Pad?
Misi Mencari Tadika
Pengalaman Bersalin Anak Ke2 Part 1
Pengalaman Bersalin Anak Ke2 Part 2
Benda Wajib Yang Perlu Ada Dalam Diapers Bag - Nursing Cover
Penting ke Nursing Bra?
Cara Merangsang Perkembangan Otak Si Manja Untuk Menjadi Genius Matematik

BREASTFEEDING

Tips untuk simpan EBM bila travel
BreaastFeeding::Tips Berpuasa untuk Ibu Menyusu
BreaastFeeding::Doa untuk banyakkan susu
BreastFeeding :: Penangan Salmon
BreastFeeding :: ONE YEAR Journey

KBBA's Members

  • Modern Mum's Thingy
    SINOPSIS MELASTIK KE HATIMU TV3
    5 hours ago
  • ❤ Akif Imtiyaz
    Hargai Apa Yang Di Miliki
    7 hours ago
  • Ceritera Si Gadis Biru
    CARA UPLOAD VIDEO LANDSKAP MODE 16.9 DI INSTAGRAM
    9 hours ago
  • BEN ASHAARI
    Sapa nak jaga adik kalau daddy dah takda ?
    9 hours ago
  • SAIDILADOTCOM
    DALAM ISLAM TIADA ISTILAH MULUT JAHAT HATI BAIK
    12 hours ago
  • Julia Johari
    Misi makeover Mini Study Room Ohsem 2021
    1 day ago
  • cikza.com
    Drama Takdir Yang Tertulis Episod 1 Hingga 15 ( AKHIR ) TV3 Slot Samarinda
    1 day ago
  • Catatan Sue Izza
    Tahun Baru 2021,Covid19,Banjir dan PKP 2.0
    3 days ago
  • Dapur Tanpa Sempadan...
    RESIPI SUP IKAN MERAH
    4 days ago
  • Nina Mirza
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
    6 days ago
  • UmmiNani
    TRAUMA ; rasa sakit yang orang tak faham
    1 week ago
  • Cerita Budak Sepet
    Kenapa Kasut Pallas Pilihan Kembali ke Sekolah Setiap Tahun ?
    1 week ago
  • YanieYusuf
    Daun Sirih Banyak Khasiat Untuk Wanita
    1 week ago
  • Qaseh Dalia
    RMHC Sumbang RM100,000 kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    1 week ago
  • Shazillah Sani | Malaysia Lifestyle Blogger
    Cara Mengatasi Kulit Megelupas Akibat Sunburn Dan Kulit Kering | Hansaegee Nature
    2 weeks ago
  • Hafiz Rahim
    RMHC Malaysia Sumbang RM100,000 Kepada 50 Rumah Anak Yatim Di Seluruh Negara
    2 weeks ago
  • Mama Kembar Tiga
    Kelas Tuisyen Online Untuk Si Kembar Tiga
    2 weeks ago
  • Mommy's Diary of Life
    MY VISION OF NORWEX CAREER – VISION BOARD 2021
    2 weeks ago
  • Dunia Blog IQ
    Cara Dapatkan Handphone Yang Tertinggal Dalam Grab
    3 weeks ago
  • Que Achmad Dot Com
    Tunaikan Zakat Pendapatan Untuk Rezeki Berganda
    4 weeks ago
  • sohoque.com
    Dah Bayar Zakat Perniagaan Ke Tu? Jangan terlepas Info ni..!
    1 month ago
  • ERAZ FADLI
    Bila TADIKA Dan TASKA Tutup Masa PKPB
    2 months ago
  • Best Lifestyle Blog Malaysia
    Garis Panduan Majlis Akad Nikah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor
    8 months ago
  • Miera Hassan
    Girl Talk 1: Calon Jodoh Bukan Pilihan
    9 months ago
  • Erti Kehidupan
    SAPS Ibu Bapa 2020 - Semak Result Exam Anak Korang!
    1 year ago
  • Dkna Abza
    Puasa Pertama Addin Mikhail
    1 year ago
  • Fazrol Dot Com
    Dah start sekolah
    2 years ago
  • athirahassin
    Review Kayu Manis Spa - tempat urut yang best
    2 years ago
  • www.ayujean.com/
Show 10 Show All

Bloggers

  • INILAH REALITI
    Sedap dan Kaw! Berbaloi beli Teh Tarik Old Town White Coffee
  • SURIA AMANDA
    Dah Ada Unifi...
  • Hari hari yang ku lalui...
    Melawat Kilang Kicap Tamin & Kraftangan Perak
  • karya ku : paridah ishak
    TEAM BERSIH BANJIR
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Soalan Bocor Di Padang Mahsyar
  • CORETAN HIDUP
    Masak kicap ikan tanpa goreng
  • Ceritera Si Gadis Biru
    CARA UPLOAD VIDEO LANDSKAP MODE 16.9 DI INSTAGRAM
  • Cerita Cinta Surirumah
    Guna 5 Cara Ini Untuk Selesaikan Masalah Sinki Tersumbat
  • Janggeltrekker's Life
    Roadtrip Ke Bangkok (Part 1): Kuala Lumpur - Alor Setar - Hatyai
  • TINY ㋡ NA ㋛ SWEET
    Memperkenalkan Cetaphil Bright Healthy Radiance, rangkaian penjagaan kulit direka khas untuk kulit orang Asia
  • DANA
    RESEPI DORAYAKI
  • //Perdu Cinta
    Moga Yang Terang Dan Putih Kita Dapat
  • Farhana Jafri
    Movie Review | M.S. Dhoni : The Untold Story
  • Warisan Petani
    Joe Biden
  • SITI.YANG.MENAIP
    Sumbangan Barang - Barang Keperluan Kepada Mangsa Banjir Di Pahang
  • Azwar Syuhada
    Pengalaman Buat Pemeriksaan Gigi di Klinik Pergigian Bangsar
  • anajingga
    Bila tiba-tiba black-out
  • From FAMF Tower
    Beli Kertas Pelekat untuk Projek Kraf
  • Yan's Family, Frens, Travel, And Food Journal
    Banana Nutella Spring Rolls.
  • VANILLA FREAK
    How to Remain Calm During MCO?
  • Lullabyssz
    Jenis dan Cara Hilangkan Parut Jerawat
  • CAHAYA HIDUPKU
    Yati... Sakit ke buat swab test Covid 19 PCR🤪
  • MamaJue Story
    TIARA SENDAYAN | Menawarkan Gaya Hidup Moden Dalam Taman Hijau
  • BLOG MUMMY IDA
    HEALTH QUOTES 33#
  • sayidahnapisahdotcom
    PERMAI - Pakej Bantuan Khas Perlindungan Ekonomi & Rakyat Malaysia [22 inisiatif]
  • www.atiehilmi.com
    NIXODERM MERAWAT MASALAH JERAWAT DEGIL
  • ♥SYANI♥
    HANDPHONE LEBIH 2 TAHUN DAH KIRA OUTDATED RUPANYA😅
  • Jalan-Jalan
    Jalan-jalan PKPB - Sekinchan
  • Ana Suhana
    Produk Mi Segera VIT’S di pasaran Sah Halal sejak 1980
  • CoratCoret Nina
    Komedi Thriller! Sinopsis Drama THE MAID Astro BEST
  • Nour Adieb
    Sanam Teri Kasam
  • nanyfadhly
    It's all paid off
  • Lady In Red Planner
    Aktiviti Cuti Hujung Minggu Makan Steamboat
  • Beauty dan lifestyle
    Orang Lain BUAT MENJADI, tapi kalian buat TAK MENJADI. Ini 7 Tips Buat Sampai Jadi!
  • MRS.A my blog my stori
    Sepetang Bersama In-Laws
  • Nota dan Kopi
    10 Perubahan Kecil Untuk Tahun 2021 Yang Lebih Bermakna
  • A box of Crayon
    Ultralight Anti-bacterial Seamless Maternity & Nursing Bra Mamaway Malaysia
  • The Kasihs
    SUU BALM FOR ECZEMA AND SENSITIVE SKIN
  • awesomeness by afifahaddnan
    Hannan Medispa Review (Part Two)
  • Nadhie Wueen
    Resepi Mudah Scones Untuk Bayi
  • aku bukan bidadari
    Pengalaman/Kenangan/hikmah mengandung-beranak time PKP
  • Fairuz Aqilah
    MENJEMPUT 2021
  • Penselduabee
    Akhiri tahun pandemik Covid-19 dengan bawa anak-anak ke KL Bird Park
  • Umai vs Sagu
    TUDUNG IKAN BAWAL
  • Yuyu Zulaikha
    Hello Blog!
  • Noor Maizan
    Terliur tengok Sup Jolo Alif Syukri
  • Hans
    ADAM Series Axtension Untuk Kaum Adam Yang Sihat
  • EnyAbdullah.Com
    Mudahnya Booking Hotel Lexis guna Traveloka
  • Blog Anamizu™
    Dah Habis 'Iddah'
  • Hikayat Budak Pening
    Suci dari haidh pada waktu asar dan isyak.
  • ♥ leyla nurjatiey ♥
    SEGMEN PENCARIAN BLOGLIST LETOPSS BY EZA BOOM BOOM
  • masturadin.com
    GIGI SEMAKIN PUTIH DENGAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL
  • Chapters
    Chapter 117: Rant by Rant!
  • A Traveller's Note
    Pagi yang cerah
  • ERAZ FADLI
    Bila TADIKA Dan TASKA Tutup Masa PKPB
  • Sabrina Tajudin | Malaysia Beauty & Lifestyle Blog
    Good Night Sleep with Signature Market Plant Origins aromatherapy range
  • The Untold Story by Scha Nazri
    D CHEF ROOM SHABU DIMSUM - PILIHAN DIMSUM DI BANDAR SEREMBAN
  • BUSYRA TAKIYUDIN
    SEA SALT MCFLURRY MCD! MASIN KE?
  • HANIS AMANINA
    Pasar Presint 8
  • Aeinna Musa
  • NajahMustapa
    Mister Coffee Pilihan Kopi Terbaik Untuk Kopi Harian!
  • AMERZING
    Top Air-Conditioner Servicing by ACDINGIN
  • Dialog Uda
    Laksa Sempoi Tapi Sedap 😋
  • Elly in Wonderland
    Madah berhelah
  • Mila Ahmad
    CAMPUR-CAMPUR KITCHEN MASAKAN GABUNGAN TIGA NEGARA
  • PROUDDUCK
    Year 1 books
  • BEEHA AZMAN
    Nak Harga Sale Coach, Kate Spade, Portmeirion dan Corelle?
  • Bidadari Superb
    Berehlah di Jeram Ngaji
  • Hanie Azura
    Dapatkan ubat buasir di kedai cik hanie di aplikasi shopee
  • I Am Me : Love, Life & Inspirations
    Travel : Melbourne, Australia 2019 Day 2 : Snow Time @ Mt Buller
  • Best Lifestyle Blog Malaysia
    Garis Panduan Majlis Akad Nikah Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Johor
  • Dya Mohamad
    Teringin bubur berlauk masa bulan puasa?
  • Catatan Seorang Syed
    DAPUR BUJANG : RESIPI DONAT GEBU DAN LEMBUT SAMPAI KE PAGI
  • ~SiNar CinTaKu~
    Resipi Peria Goreng Ranggup
  • Miera Hassan
    Girl Talk 1: Calon Jodoh Bukan Pilihan
  • Tautan Hati NabilaHasyim
    ALMARI : Laci Baju Anak-anak cum Meja Solek
  • Moon punyer blog
    Jalan Jalan Pulau Pangkor
  • Farikica's World
    OVERNIGHT AT THE BERBER DESERT CAMP
  • KakikuSukaBerjalan
    Selepas 4 tahun...
  • .:: my thought ~ my life ~ my family ::.
    Unimate Reunion at Rumah Sungai, Bonda Valley - Part 1
  • umifuzy™dotcom
    Game On: Highest Number of Repost Wins RM1,000 Shopee Cash Voucher
  • * ......Bicara Hati Ini...... *
    Pulmonary Hypertension - Sakit Apa Tuh?
  • Siti Aisya Ibrahim
    I am back into this business!
  • SIQAHIQA
    Review Buku | Nefertiti by Lily Haslina Nasir
  • Life is beautiful...don't waste it.
    Padah / takdir - komuniti antivaksin?
  • Susun Atur Sioca
    Cara Kemas Rumah Jika Terlalu Bersepah
  • Mumbling Mommy
    Susah Senang Hidup Lepas Kahwin| Personal
  • ::..IBU DAMIA & DARWISH::..
    puteri harbour johor : fun family weekend
  • Journey of Life
    Belitung Island
  • Bicara Kak Noor
    Dapur Kak Noor sudah Berpindah
  • BARELY SUPERMOMMY
    I Need BF Advice
  • athirahassin
    Review Kayu Manis Spa - tempat urut yang best
  • Syira Lokman
    10 Cara Tingkatkan Keyakinan Diri.
  • Chenta #ZB
    Salam Aidilfitri 2018
  • ♥♥Puan mah♥♥
    labor room kit EO
  • saya nur anis
    SHOPBACK - shopping shopping, dapat rebate
  • Ala Woo
    Im Not A Robot
  • Hidayu Ayumie
    Justberrys Dessert House - Dessert terbaik
  • Nursaila Norman
    18 Hari Sebelum Masuk Tahun 2018
  • Beauty In Darkness
    Morocco Cookbook
  • Ainul Mustafa
    Peluang berjumpa Pemenang MasterChef Australia Diana Chan Sabtu ini
  • Elsaalicious
    Bean Boozled Challenge: Berani Ke?
  • ADANI AKIKO SHOP
    Update
  • IshamIzu & Co.
    A NEW RESOLUTION
  • We Tell Sweet Stories
    Bits Of Random
  • QaSeH ElyaNas
    Anybody home??? Yuhuuuuu
  • Amer Jaya Blog
    Awas! Inilah Punca Traffic/Visitor Blog Menurun.
  • The CEO Momma
    3 cara untuk jadi gembira sentiasa
  • Hanis Nina
    A Survivor in Czech
  • ashikin's blog
    MeRdEKa !!!
Show 10 Show All

Labels

Art & Craft Artis Australia Baby's Food Blogwalking Breast Feeding Cambodia Children China Eczema Entrepreneurship Europe Fashion Food Lover Get organized Hotel Indonesia Islam Istanbul Japan Johor Kedah Kuala Lumpur Kyoto Life Lombok luvKiddo luvsusun Malaysia Melaka Melbourne Motherhood Myself Netherlands New Zealand Osaka Outdoors Pahang Parenting TIPS Penang Perak PHD Planner Addicts Port Dickson Pregnancy Products Quote Sabah Selangor Sewing Project Singapore Terengganu Thailand Tips Travel Vienna Vietnam

Created with by ThemeXpose | Distributed By Gooyaabi Templates