Fuhh! LION KING... Terbaiklah!

in , by dorsett pink, July 21, 2019
Semalam aku, suami dan anak-anak beserta dengan beberapa lagi ahli keluarga lain pergi tengok movie The Lion King kat AEON AU2. Kitaorang pergi tengok malam sebab siang tu busy ngan aktiviti lain. 

First time aku tengok wayang kat Aeon Au2 tu. Diaorang belikan tiket, aku follow jer la. 

Masuk-masuk hall jer, Fuhh! Penuh dah panggung. Dari atas sampai bawah penuh. Kitaorang duduk row tengah-tengah.

Leeya pun tengok Lion King ni sampai habis sambil makan pop-corn 😃😃.. Tak meragam. Good girl Leeya!

Aku yang pujuk en.suami pergi tengok jugak Lion King ni. Sebab kalau ikutkan dia tak nak join mula-mula, sebab tak minat dengan cerita-cerita Disney.Tapi bila dah tengok, dia kata BEST - tak rugi beli tiket. hahahhaa...

Yang terpegun dengan Lion King ni ialah sebab CGI dia tu - Fuhh! memang betul-betul nampak real giler. Langsung tak nampak macam guna komputer. Pastu ,grafik dia sangat precise. Ulat dan anai-anai yang ada dalam cerita tu nampak clear dan cantik sangat. Sampaikan urat-urat kat ulat tu pun boleh nampak jelas. Memang hebat. 


Kalau orang-orang yang minat animation atau minat pada seni grafik memang patut datang tengok cerita ni. 

Andai kata kalau Producer Malaysia boleh buat cerita macam ni 1 hari nanti, memang power lah, aku tabik spring la...

Usah kata budak-budak terhibur, orang dewasa pun enjoy tengok The Lion King ni. Banyak mesej yang disampaikan dalam cerita ni, epecially bab kasih sayang antara Ayah dan Anak - Simba dengan Ayahnya, Mufasa. 

Sedih sangat bila ayah Simba mati masa tengah nak selamatkan Simba dari kena makan dengan binatang lain. Last-last ayah dia mati sebab pakcik Simba, Scar buat dajal kat ayah dia. Scar tu nak jadi Raja sebenarnya. Tu sebab dia pergi bunuh Mufasa tu. Pastu dia sendiri yang isytiharkan diri dia sebagai Raja Rimba dan dia jadi raja yang jahat la of course. 

Aku percaya ramai yang menangis masa scene Mufasa mati tu. Masa tu Simba kecik lagi. Pastu Scar duk peralatkan Simba kata Simba lah yang menjadi penyebab kepada kematian Raja Rimba tu. So, Scar suruh Simba lari jauh-jauh, jangan balik-balik dah. Tapi sebenarnya, dia suruh Dubuk pergi kejar dan bunuh Simba tu. Fuhh! Jahat betul Scar tu!. 

Ini Scar


Dan part sedih lagi ialah masa scene last skali - masa Simba dah berjaya kalahkan Scar dan naik takhta menjadi Raja. Raja yang betul-betul Raja - Raja yang baik. Aku sampai menangis tengok scene tu. Fuhh! Terkesan betul jalan cerita dia. 

Aku rasa macam tak puas je tengok Lion King semalam. Rasa nak pergi tengok lagi. 

Mengikut firasat aku (cewwaahh! macam ahli nujum pulak), cerita The Lion King boleh jadi box-office, boleh beat Aladdin. Sebab apa? sebab mungkin ramai yang pergi tengok dua kali. hahahhaha.. 

Terbaiklah!! Syabas Disney.. Tahun 2019 ni adalah tahun terbaik bagi Walt Disney (thumbs-up).... 


Ini Simba masa kecik
SHARE 6 comments

Add your comment

  1. aduh.
    x dpt layan lah citer ni di panggung.
    timetable ketat! sebulan lagi Syuhada nak upsr.
    so memang now is study dgn dia cara aman.
    touch sana.
    touch sini.
    pe yg kelam, aida jelaskan.
    pe yg gelap, aida terangkan.
    weekend jer la dpt bersama dia.
    weekdays, dia penat skola kan. seharian.

    aduh. best nyer citer ni!

    ReplyDelete
  2. Syoknya, dari hari tu nak bawa Abg Qi tonton tp ada je alasan sibuk hahahha nanti one day fine nak pi...baca summary pun dah terbayang muka simba comeyyy!

    ReplyDelete
  3. alaa.. tak sempat lagi tgkkkkk........

    ReplyDelete
  4. Great movie. We were watching this interesting story. The shooting is just awesome. This is a good and instructive story that you need to see the whole family. Wonderful movie.

    ReplyDelete
  5. Lion King is a wonderful story. But I still don't understand why they should do this remake, the original cartoon is way better and more unique than that.

    ReplyDelete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE