KPI Kakak FL - Kena Hafaz Surah AL-Mulk

by - Friday, August 30, 2019

Last week, Cikgu tadika Kakak FL ada jumpa aku, lalu bertanya :

Cikgu : 'Puan, Leena ada baca tak Surah AL-Mulk kat rumah?'

Mommy : 'Tak.. Dia baca surah al-fatihah dan 3 Qul je'..

Cikgu : 'Errmmm...'

Mommy : 'Kenapa Cikgu?'

Cikgu : 'Kat tadika ni, cikgu pun tak tahu dia dapat baca ke tak Surah Al-Mulk tu, sebab bila suruh dia baca, dia kemam mulut'..

Mommy : (Senyumm... sebab dah agak Kakak FL memang macam tu.. Kalau dia tak nak baca, dia tak kan baca, kalau dia nak baca, tanpa disuruh pun dia akan baca).

Cikgu : 'Kalau boleh Puan suruh la dia baca Surah Al-Mulk tu kat rumah. Sebab KPI kat sini (tadika) pelajar 5 tahun dah boleh Hafaz Surah Al-Mulk Ayat 1 -15. Nanti bila masuk 6 tahun, diaorang kena hafaz Surah Al-Mulk tu sampai ayat 30'.

Mommy : 'OK, baiklah Cikgu, nanti saya cuba usahakan'.


Lepas jumpa Cikgu tu, mommy terus rasa nak pitam.. Aduuss.. Surah Al-Mulk tu. Susah nya . Eh! Bukan susah..tapi panjang sangat surah tu.Mommy sendiri pun tak ingat surah tu dalam kepala. Kalau nak baca mesti kena tengok al-quran. 

Tapi takpelah. Elok jugak Tadika Kakak FL (Tadika PASTI) letakkan KPI cegitu untuk budak-budak 5 tahun. At least, masa kecik-kecik ni lah boleh hafaz surah-surah al-quran banyak-banyak sebab masih suci murni dari sebarang dosa. Lagi pulak, budak-budak bawah umur 7 tahunni cepat tangkap, otak dioarang macam span, senang nak absorb ilmu baru. 

So , kini, bermulalah latih tubi untuk Kakak FL hafaz Surah Al-Mulk kat rumah. Waktu yang wajib menghafaz ialah ketika sebelum tidur dan masa keluar rumah pagi-pagi on the way pergi sekolah. 1 minggu suruh dia hafaz 2 ayat jer. Nanti cukup 3 bulan (September - Oktober - November), dapatlah hafaz 15 ayat Surah al-Mulk tu. Hopefully gitulah hendaknya. InshaAllah, semoga Allah membantu.

Dan semoga Kakak FL berjaya menjadi Hafizah 1 hari nanti. Aminn.  

You May Also Like

11 comments

  1. Acik PC pun tak hafal..Allahu..malu la macam ni..hikhikhik..inshaAllah Kak FL boleh..boleh..boleh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak hafal kak. huhu.. malu jugak dengan anak sendiri.. huhu

      Delete
  2. amiin.. wahh.. siap ada kpi lagi ye.. tp memang bagus kalau anak-anak kita dari tadika lagi dah boleh menghafal surah-surah pendek ni kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah, ada KPI. Tadika yang tetapkan macam tu. Tapi bagus lah, at least dia hafaz Kalam Al-quran

      Delete
  3. Dulu2 I pun rasa macam bagusnyaaaa budak 5 tahun pun dah kena hafal surah itu dan ini. But, lepas anak2 dah besar , observed, buat bacaan sana sini. Layan youtube ustaz Nouman Ali Khan and Ustaz Hasrizal. Persepsi I dah berubah pasal benda ni. But, I tak kata salah pun. Cuma kalau nak paksa...I wouldn't do that anymore. Apa pun..All the best! Semua parents pun nak yang TERBAIK untuk anak-anak mereka. Doa yang baik-baik. :)

    ReplyDelete
  4. terus terasa malu, sbb diri sendiri pun tak hafal surah al mulk nih,takat ayat awal tu ingatla lepas tu mmg kene tengok al Quran jgk... insyallah kak FL boleh punya

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak hafal surah tu. huhu. Lepas ni kena hafaz la jawabnya, kalau tak malu kat anak pulak. hehe

      Delete
  5. bagus nya.
    alhamdulillah...
    izzat masih surah2 lazim.
    belum masuk surah2 panjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak FL tak pandai lagi hafl surah-surah panjang tu..

      Delete
  6. Semoga kakak FL berjaya.. mama sendiri pun x berapa nk hafal surah Al mulk

    ReplyDelete