Sehari di MAPS, Ipoh

by - Thursday, August 15, 2019

Hari tu kitaorang pergi ke MAPS (Movie Animation Parks Studio) kat Ipoh. Ada aku cerita kat entri ni - 'WEEKEND GETAWAY - TOWER REGENCY HOTEL & APARTMENTS, IPOH'. 

Pergi Ipoh sehari jer. Habis dah bergembira kat MAPS ni, kitaorang terus shoot balik KL.  
Disebabkan tak pernah masuk MAPS ni, tu sebab MAPS menjadi pilihan kitaorang untuk bercuti hari tu. 

Tambah pulak, MAPS sekarang dah tak perlu tiket masuk, so tak terasa sangat nak kena bayar mahal-mahal nak masuk MAPS tu. 

MAPS sekarang guna kaedah kupon kalau nak main apa-apa game atau nak tengok apa-apa show. 1 kupon harga RM 3. Ada tempat yang nak kan 1 kupon jer seorang, ada tempat yang nak kan 3 kupon seorang. Harga kupon tu sama jer untuk kanak-kanak dan dewasa. 


 








 Boleh jumpa Didi & Friends =)). Nak masuk tempat Didi ni kena bayar 3 kupon seorang termasuk lah baby.


Si kecik ni happy boleh bermain dengan bebas dalam ni.. 

 Buat face painting

 Cantik sangat katanya =)). Sampai tak mandi takut lukisan ni hilang.hahahha.. Untuk lukisan muka macam ni harga dia RM 14 seorang.


Masa kitaorang pergi tu tak ramai pun orang even hari weekend.Yang bestnya tak perlu beratur panjang nak tengok apa-apa show.

 Ni kupon nya
Inilah show yang paling best bagi aku. 6D. Lagi best dari kat Universal Studio Singapore (USS) sebab kat sini seat yang kita duduk tu pun bergerak sekali. Ala-ala macam naik roller coaster sambil tengok wayang, tapi tak lah sehebat macam 'Transformaers' kat USS. 

Tengok drift. Nak tengok show ni perlukan 3 kupon seorang (kanak-kanak atau baby pun 3 kupon jugak).  

 Nak main ni perlukan kupon. Pendek kata semua benda dalam MAPS ni nak kan kupon. Nothing Free. hehe


Bagi aku MAPS ni OK, sesuai dan berbaloi bawak anak-anak bercuti kat sini. Tapi boring sikit sebab tak ramai orang walaupun hari hujung minggu. So, tak rasa macam kita pergi theme park. hehe. Kalau nak datang, datanglah petang-petang sebab teduh dan tak panas. Kat Maps tu parking FREE. So tak perlu risau pasal parking. Tempat makan, surau, baby room semua ada. 


You May Also Like

7 comments

  1. WAH SERONOKNYA DUA BERADIK TU KAT SITU

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah seronok betul diaorang kak, especially bila dapat jumpa Didi. hhehe

      Delete
  2. Guna kupon ye skrg.. budak2 sure suka Kalau Bawa ke sini kan

    ReplyDelete
  3. bestnya... menarik betul tempatnya kak...
    bukan budak2 je seronok tgk, kita yg tua pun teruja tgk mcm2 ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, orang tua pun seronok, seronok ambik gambar. hehe

      Delete
  4. menarik.
    lom dpt singgah.
    kena amik seharian ni kan. releks, jalan2 dgn anak2.

    ReplyDelete