My Childhood Memory - Kampung Cina, Kuala Terengganu

by - Sunday, September 29, 2019

Kampung Cina, Kuala Terengganu - kenangan indah untuk aku kenang buat selama-lamanya. My childhood memory were built here. Disinilah tempat aku bermain ketika zaman kanak-kanakku. Dan  disinilah tempat aku lepak-lepak dengan Umie aku di zaman kanak-kanakku. Dan disinilah tempat aku sering menemani Arwah Tok Wanku untuk pergi mengaji setiap minggu. Dan disinilah tempat aku menemani Umie aku untuk menempah baju. Cukup banyak kenangan disini yang mampu aku kenang. Aku ada cerita dalam entri terdahulu, boleh baca sini - "KENANGAN LAMA :: SAMBUTAN TAHUN BARU CINA MASA ZAMAN KANAK-KANAK". 

Dan hari ini, aku datang ke sini bersama dengan anak-anak untuk mereka melihat tempat aku dibesarkan =)). Supaya mereka juga mampu menjadi saksi untuk memori kanak-kanakku =)) dan supaya mereka tahu inilah kampung ibu mereka. 

Kini, Kampung Cina, Kuala Terengganu sudah berubah wajah. Dan kini ia telah menjadi destinasi pelancongan utama di Kuala Terengganu. kalau berkunjung ke Kuala Terengganu, tak sah kalau tak ke Kampung Cina. 

Kalau dulu kat Kampung Cina ni meriah.. Segala perayaan Orang Cina, semua aku tengok. Best sangat. Dapat tengok Pesta Tang lung, dapat tengok tarian singa, daat tengok diaorang sambut Cap Goh Meh dan macam-macam lagi lah. Aku pun dapat belajar cakap mandarin sikit-sikit, belajar dengan jiran-jiran. Aku dulu duduk kat sini. Aku rasa bertuah dan bersyukur sangat sebab Allah bagi aku membesar di Perkampungan Cina, perkampungan berbilang-bangsa. Orang Cina dan Orang Melayu kat sini saling bersatu-padu dan sentiasa tolong-menolong. 

Aku tak tahu either sekarang ni semua perayaan tu masih diraikan semeriah dulu atau tak kat sini. Kalau ada, baguslah, boleh tourist atau pengunjung datang tengok. 

Hari ni Kampung Cina dah totally berubah wajah. So, ni aku nak share gambar-gambar kat kampung Cina sekarang =)).. 



                                     


Kat sini ada banyak lorong-lorong  kecil macam ni . Masa aku kecik-kecik dulu, aku main-main kat lorong-lorong ni lah.



 Sekarang kat sini pun dah ada 7-Eleven dan ada hotel. So, kalau korang nak cari hotel yang dekat dengan Pasar Payang, bolehlah consider untuk stay kat boutique hotel ni. Harga confirm murah.


 Dulu kalau nak cari barang apa-apa especially barang untuk baking dan sewing, mesti cari kat kampung Cina ni.. Even kelambu pun ada jual kat sini.. 



 Dulu beca sangat famous kat Kuala Terengganu, pergi mana-mana kami naik beca. Masa aku kecik-kecik masa sekolah rendah, aku ke sekolah pun naik beca macam ni..


 Dulu masa kecik-kecik selalu berjalan berdua dengan Arwah Tok Wan kat sini =((

 Ini adalah laluan pergi ke tempat mengaji Arwah Tok Wan.. So sad.. huhu

Banyak kenangan betul lorong ni 


Kampung Cina ni betul-betul kat sebelah Pasar Payang


Kat waterfront, Kampung Cina


Kalau korang datang Kuala Terengganu, jangan lupa masukkan Kampung Cina ni dalam itinerary korang tau.. 

You May Also Like

5 comments

  1. dh byk berubah kg cina skrg..
    dh menarik.. rmai org dtg utk bergmbr.. =)

    ReplyDelete
  2. cantik tempatnya. mesti rasa bangga dengan kampung kan.

    ReplyDelete
  3. teringin nk jalan-jalan situ lagi, penah lalu selalunya time malam je... tak perasan pun ada lukisan mural tu
    biasa kalau lalu situ time malam suka dengan lampu-lampu kt situ

    ReplyDelete
  4. suasana unik dan agak retro... tengok gambar pon nice, kalau malam2 mesti meriah tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah malam-malam meriah kat situ.. Happening, ramai pengunjung

      Delete