Telur Penyu... Nyumm! Nyummm!

by - Wednesday, September 18, 2019

Telur Penyu - makanan Orang Terengganu. "Kalau tak makan telur penyu tak sah, bukan Orang Terengganu", kata orang-orang tua...... 

Aku ingat lagi masa aku Darjah 6 dulu. Cikgu tanya "siapa yang makan telur penyu angkat tangan".. So ramailah kawan-kawan dalam kelas aku tu angkat tangan.. Aku? Aku tak angkat sebab tak makan telur penyu. Aku makan telur ayam jer. Pastu Cikgu cakap - "Kita ni orang Terengganu kenalah makan telur penyu, barulah namanya anak jati Terengganu. Kalau tak makan telur penyu tu, ibarat macam derhaka kat negeri sendiri".... "Errrmmmm... Iyolah tu Cikgu", (cakap dalam hati jer.. hehe) aku senyum sumbing je lah... Ada ke istilah 'Derhaka kat Negeri Sendiri??' eerrmm.


Aku memnag tak makan telur penyu. Nama je orang Terengganu, tapi tak pernah makan. Pernah sentuh jer.. Walaupun hari-hari tengok telur ni, tapi memang langsung tak ada rasa nak makan.. Mungkin aku ikut diet pemakanan Arwah Tok Wan dulu.

Arwah Tok Wan dulu tak makan tempoyak - aku tak makan. Arwah dulu tak makan telur penyu - aku pun tak makan. Arwah tak minum air gas - aku tak minum. Arwah tak makan ikan sungai - aku pun tak makan ikan sungai (Sekarang baru berjinak-inak belajar makan ikan sungai).Arwah tak makan budu, aku pun tak makan. Cuma 1 benda yang aku tak ikut - makan ayam. Arwah dulu tak makan ayam, tapi aku makan =)).. 



So, inilah dia Telur Penyu. Boleh beli yang original dalam pasir macam ni, atau yang telah dibersihkan. 



Kalau Telur penyu terengganu harganya RM 60 satu plastik. Kalau Penyu Sabah, harganya RM 30 satu plastik. Kenapa beza harga? Entahlah, mungkin rasa telur penyu terengganu lagi sedap kot. Aku sendiri tak pernah makan.





Telur penyu ni tak susah nak dapatkan kat Terengganu. Pergi je kat Pasar Payang, berlambak orang jual telur penyu. Mana-mana pasar kat Terengganu pun ada jual telur penyu ni. 

Boleh makan macam tu jer - metah-mentah... Kalau nak masak? oleh tanya pakcik google Resipi Telur Penyu... hehe... Sorry ai tak dapat nak nolong... 

You May Also Like

11 comments

  1. Sedap jak telur penyu, RM1 sebiji di tempat saya , tapi nak beli agak susah, kena tanya kawan2 yg tahu pembekal, dan x dijual secara terbuka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh ye ke... tapi sepatutnya memnag tak boleh jual telur penyu ni

      Delete
  2. Patutnya telur penyu tak boleh dijual untuk mengelakkan kepupusan spesis terancam ni

    ReplyDelete
  3. walaupun dh lama jd menantu org terengganu mmg tak pernah makan telur penyu, rasa cam kesian, dhla penyu tu dah banyak yg pupus kita lak makan telurnya... huhuhu banyak lg telur lain yg ada

    bila tanya edy, dia pun kata pernah mkn la dulu2 masa kecik tp dh besar ni tak pernah lak nmpak dia makan, kalau pi pasar payang tak pernah lak beli... tp tulah ramai jgk yg suka mkn telur penyu ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. orang terengganu memang ramai yang suka makan telur penyu ni. Tapi tu lah, saya sendiri pun tak pernah makan. hehe

      Delete
  4. apa rasa telur penyu ya? macam telur biasa ke?

    ReplyDelete
  5. Kesian penyu ehh!
    Mrs. A pun pernah makan telur punya kalau ada nak gak try

    ReplyDelete
    Replies
    1. pergi la ke pasar payang terenggany mrs A, confirm dapat makan kat sana

      Delete
  6. Spesis penyu terancam, so tak sepatutnya makan telur penyu :/

    ReplyDelete