Kopi Vietnam dan Vietnam Roll

by - Sunday, November 10, 2019

Kat Vietnam ni, memang sangat terkenal dengan kelazatan Kopi Vietnam. Kalau datang Vietnam, tak rasa kopi dia memang tak sah. Salah satu matlatmat aku sebelum sampai Vietnam, aku memang aim sangat nak minum kopi Vietnam ni. Kalau boleh hari-hari nak minum.

Dan Alhamdulillah, aim aku tercapai. Sepanjang di Ho Chi Minh, hari-hari aku dapat minum kopi Vietnam. Aku minum yang sejuk sebab kat sana panas. Nak sejukkan tekak, wajiblah ambik yang sejuk kan. 


1 cawan ni harga dia RM 3


Kopi Vietnam ni ada jual kat depan hotel yang kitaorang duduk jer - Kat Malaysia Street.




Beli kopi kat motor ni. HALAL. Pastikan sebelum membeli kopi Vietnam, pastikan ada Tanda Halal terpapar. Kalau tak de Halal, takut dicampur arak. Tapi motor-motor penjual KOPI di Malaysia Street ni semuanya HALAL.

Selain dari air kopi, ada macam-macam air lagi yang diaorang jual. Tapi yang paling sedap ialah air kopi. Nak beli kopi serbuk untuk dibawa pulang ke Malaysia pun ada dijual - RM 9 untuk 1 paket. 

Kalau nak beli kopi serbuk tu, make sure cari yang ada Logo HALAL, sebab kalau tak de LOGO HALAL - itu bermakna kopi tu tak Halal - ia dicampur dengan ARAK. 


Selain dari kopi Vietnam, tak sah kalau tak makan Vietnam Roll atau Popia Vietnam. Kat Malaysia banyak jual ni.



Vietnam roll ni ada dijual di restoren - restoren. Aatau atas motor pun ada dijual gak - RM 3 untuk 1 bekas. Kalau kat restoren mahal sikit, sebab banyak.

Frankly speaking, ni honest review, aku rasa Vietnam Roll yang aku makan kat Vietnam tu rasa dia agak "kureng" berbanding dengan Vietnam Roll yang dijual di Malaysia. Kalau kat Malaysia lagi sedap dan lagi lembut. Maybe aku rasa yang dijual di Malaysia ni, diaorang dah ubah texture dan rasa dia untuk selera tekak orang Malaysia kot. 

Apa-apa pun , kalau korang pergi Vietnam, korang wajib makan dan minum 2 benda ni. Satu lagi yang aku tak cerita - yang wajib korang makan gak ialah - iPho Vietnam (Vietnam Noodle) - itupun wajib try!

You May Also Like

5 comments

  1. Masa pegi vietnam dulu memang hari hari wajib minum kopi vietnam ni. Sedap sgt dan murah. Vietnam roll tu sy makan kat malaysia je

    ReplyDelete
  2. air kopi tuh terliurnya nengok, memang kwn2 yang pi vietnam pun pesan kalau ke sana wajib minum air kopi nya

    vietnam roll kat manalaysia dia pakai kulit dia yang jernih tu, nampak isi dia bukan main banyk... yg itu nampak simple je

    ReplyDelete
  3. Kopi vietnam sedap. rasa kopi pahit dia kaw sikit kan. vietnam roll tu belum pernah cuba lagi. nak buat sendiri malas pula..huhu

    ReplyDelete
  4. pho & vietnam roll - dua makanan sihat..suka pho, banyak ulam-ulam..

    ReplyDelete