Travelog Ho Chi Minh 2019 : Cu Chi Tunnel

by - Friday, November 22, 2019

Travelog Ho Chi Minh 2019 : Cu Chi Tunnel | Kalau pergi Ho Chi Minh, tak pergi melawat ke Cu Chi Tunnel memang tak sah!

Ni kali kedua aku ke Cu Chi Tunnel. Kali pertama masa backpacking ke Ho Chi Minh sorang-sorang dulu (tahun 2012). Kali ni aku pergi dengan family. Perasaannya masih sama - teruja! Sebab aku suka masuk terowong bawak tanah tu - adventure babe!.

Cu Chi Tunnel ni ialah medan perang antara US - Vietnam. Askar-askar Vietnam gunakan tunnel ni untuk bersembunyi dari Askar US. Askar US tak boleh masuk dalam tunnel ke? Boleh! Tapi ada banyak perangkap dalam tunnel ni yang dibuat oleh Askar Vietnam, so bilamana Askar US masuk dalam tunnel ni, diaorang akan mati. 

Dan tunnel ni pun dibina ngam-ngam jer untuk badan orang-orang Vietnam- kecik. So, tak muat la Mat Saleh nak berjalan dalam terowong ni sebab biasanya badan diaorang besar-besar. 

Tanah di kawasan ni keras. So, kalau terkena BOM yang dibaling oleh Askar US, ia tak effect pada terowong bawah tanah ni. Terowong ni ada 3 tingkat / lapis. Kalau tingkat 1 musnah, masih ada lagi Aras 2 dan Aras 3.


Kecik giler lubang masuk ni. Ni salah satu pintu masuk ke tunnel. 


Sistem Cu Chi Tunnel ni sangat unik - sepanjang 250 km. Dan boleh hubungkan terus ke Sungai Sai Gon. Terowong ni bentuk dia lebih kurang macam spider-web. So, jangan cuba masuk terowong sorang-sorang - boleh sesat tau!. Kena ada askar / guide yang iring kita masuk ke dalam terowong ni.

Terowong ni sangat unik - lengkap dengan segala kemudahan untuk Askr-Askar Vietnam - ada dapur, ada tempat makan, ada tempat bermesyuarat, ada workshop untuk buat pakaian, buat senjata dan bom, workshop buat kasut dan yang paling penting ada klinik! - Aku tengok dengan mata sendiri tapi sorry tak sempat  nak ambik gambar sebab duk bersilat ngan anak kecik. hehe.

Pastu sistem saliran dan pengudaraan pun dibuat dengan cukup sempurna. So, bilamana askar Vietnam masuk dalam terowong ni confirm tak de yang lemas dan mati sebab ada sistem pengudaraan cukup baik sekali. Dan kalau hari hujan pun, ada dibina laluan khas untuk air hujan mengalir, dan ia terus mengalir pergi ke Sungai Sai Gon.  

Bawak anak kecik masuk dalam tunnel ni sangat mencabar! Hahahahha. Diaorang tak tahan panas. Pastu sepanjang perjalanan dalam tunnel ni - ada tempat kena merangkak, ada tempat kena berdiri dan ada tempat kena meniarap. So, kalau nak masuk dalam ni, jangan lah bawak anak kecik - nanti diri sendiri yang susah! (Peringatan untuk diri sendiri di masa akan datang.. hehe)

Orang sakit slip disk, wanita mengandung, orang yang ada sakit ASMA / SEMPUT, warga tua yang ada sakit-sakit sendi, sakit jantung - dinasihatkan janganlah masuk dalam tunnel ni. Nanti tak pasal-pasal pulak kena kejarkan ke hospital. hehe

Tempat briefing - yang menceritakan sejarah Cu Chi Tunnel ni.

Ini salah satu perangkap yang dibina. Kalau terjatuh dalam ni confirm mati terus. 


Replika askar-askar Vietnam sedang bermesyuarat. Macam tu lah rupa uniform diaorang.

Ini salah-satu workshop kat dalam terowong - untuk buat senjata.

Ini antara makanan diaorang masa zaman perang dulu - dierbuat dari gandum. Ni ialah kulit popia Vietnam Roll yang kita makan tu. 

Ini pun makanan ruji diaorang - ubi kayu. 

Berkunjung ke sini boleh merasa makan ubi kayu yang dimasak dalam tunnel (bawah tanah).


Kat dalam ni ada toilet dan tempat makan. Tak perlu risau. Cuma, air mineral dia mahal. So, better bawak air mineral sendiri masuk sini. Makanan dan minuman boleh dibawa masuk. Trip Cu Chi Tunnel ni ialah 2 jam - 2 jam berjalan kaki. A very good exercise bila datang sini (thumbs-up). So, jangan lupa bawak air dan minum! hehe. 

P/S : Kalau bawak anak kecik ke sini, jangan bawak stroller. Tempat ni tak sesuai guna stroller sebab topografinya tak sekata dan berlecak. So, better guna carrier jer. 


Kaunter tiket. 




Ini tempat makan HALAL yang terletak berdekatan dengan Cu Chi Tunnel - ada surau. Kitaorang makan tengahari kat sini lah. 


P/S : Perang US - Vietnam tu - Vietnam menang! Walaupun Vietnam miskin dan US kaya -raya, lengkap dengan macam-macam senjata dan jet pejuang, tapi kemenangan diperoleh oleh Vietnam. Kalau nak tahu lebih lanjut, korang kena pergi Muzium Perang di Ho Chi Minh. 

P/S : Jangan lupa bawak pakaian salinan untuk anak-anak. Sebab mungkin akan kotor dek terkena lecak, tanah dan melekit sebab berpeluh macam-macam lagi.


You May Also Like

6 comments

  1. Memang Chu Chi Tunnel ni tapi jauhnya ya ampun dari bandar. ><

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah memnag jauh giler. so, bolehlah tidur dulu dalam van sebelum sampai. hehe

      Delete
  2. kalau akak la takmo masuk tunnel tu, musti tak muat lepas tu rasa sesak nafas kat tempat sempit gitu. menarik tunnel itu masih di kekal kan hingga harini ini untuk tarikan pelancong dan ingatan generasi muda

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah sesak nafas kak, panas giler.. tapi memang menarik, ramai tourist datang sana especially hari sabtu dan ahad

      Delete
  3. yang ni tak pi sebab malas nak masuk bwh tanah...huhu...suka vietnam roll, healthy food..

    ReplyDelete
  4. Macam tak berani pulak nak masuk terowong bawah tanah tu. Huhu

    ReplyDelete