Anak Tudung Tahun 2020

by - Wednesday, December 04, 2019

Urusan persekolahan Kakak FL untuk Sesi 2020 tahun depan dah selesai. Dah daftar tadika (masih tadika sama juga - PASTI) dan jugak dah beli semua kelengkapan sekolah - uniform, beg, stationery botol air dan lain-lain.

Dan antara salah satu keperluan Kakak FL yang wajib dibeli setiap tahun ialah anak tudung 😁


Anak tudung ni aku beli 5 helai, sehari pakai sehelai. Hari Sabtu (ke kelas hafazan), pakai yang tahun lepas punya. hehe. Nasib baik ada lagi stok anak tudung tahun lepas.

Selalu hilang anak tudung ni. Errrmm.. Tak tahu hilang kemana. Bengang jugak mommy. Nasib baik beli kat Hari-Hari -  murah! RM 1.50 jer sehelai anak tudung ni.

Nanti bila dah masuk sekolah rendah, agaknya hilang pensil dan staionery pulak. Ramai mak-mak cerita macam tu. hehe .. 

Hopefully anak tudung ni tak hilang banyaklah tahun ni. =))


Entri berkaitan : "KISAH TENTANG ANAK TUDUNG" , 'KISAH TENTANG ANAK TUDUNG 2.0'

You May Also Like

11 comments

  1. hmmmmm...
    bab anak tudung ni, aida masih lagi bermasalah meskipun anak2 dara dah 14 & 12 thn tau.
    hilang!
    ghaib!
    sehinggakan anak tudung aida pun dibelasahnya hu hu hu hu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tula kan, ragam anak2 perempuan. Hehe. Yang mak-mak pulak duk asyik hilang kerongsang.hehe

      Delete
  2. dilema anak tudung. memang cenggitu lah kan. hehe

    ReplyDelete
  3. biasa la bdk2.. xhilang xsah.. haha..
    tp ank sy xsklah lg.. jd xtau la camne nt..

    ReplyDelete
  4. hheehehe biasalah tu, masa aiyan masuk darjah 1 selain stationary dia yang selalu hilang, tie dan stokin dia selalu lesap. Stokin tu awal tahun kami dah beli 6 pasang tapi tak sampai 3 bulan dah tinggal 2 pasang je. Itu pun semua barang keperluan dia akan tulis nama dia, hatta kat kasut, stokin, tie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha...ragam anak lelaki hilang stokin pulak ya.. stokin san kasut pun tulis nama ya, ok nanti kakak fl pun kena tulis nama jugak la bila masuk darjah 1 nanti

      Delete
  5. masa tahap 1 semua hilang. penah balik pencil case kosong. geram je. bertukar dgn kawan pun ada gak. tp nak buat mcm mana...dah namanya pun budak2.

    gi pasti tu kena bawak stationery sendiri ke? kalau kindy anak2 ammi so far semuanya sekolah provide sbb dah termasuk dlm fees

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah kat PASTI KEna bawak staionery sendiri sebab yiran dia sangat murah, so bayaran yuran tu tak termasuk dengan stationery. Dulu kakak fl kat little calliph, tak perlu bawa stationery sebab yuran pendaftaran LC dah cover stationery

      Delete
  6. hahah betul anak tudung selalu hilang ><
    aah tak sabarnya tahun baru!

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. Tak sabar kan nak masuk tahun 2020. Selamat tahun baru littleexme

    ReplyDelete