McDonald's Bantu Rakyat Sabah

in , by dorsett pink, December 17, 2019
Semua orang kenal McD kan? Aku pun antara penggemar makanan McDonald. Bila perut lapar dan nak cepat, benda senang nak beli dan makan mestilah McD - Senang beli kat Drive Thru je. 

Memang ramai yang makan makanan McD ni, laku keras McD. 

Yang bagusnya pasal McD ni, dengan bisness McDonald ni kencang dan sale jutaan ringgit sebulan, diaorang banyak bagi sumbangan kat Rakyat Malaysia - nak bantu rakyat susah especially golongan B40. Itu merupakan sebahagian dari tanggungjawab McD untuk bantu rakyat. 

Baru-baru ni, 10 Disember 2019 yang lepas, McD ada buat Program Komuniti McDonald’s Peringkat Negeri Sabah. Itu adalah salah satu program CSR diaorang. Sebelum ni, dah banyak aktiviti CSR McD yang telah berlangsung di negeri-negeri lain. 


Program Komuniti McDonald's kat Sabah tu, pihak McD dah sumbangkan sebanyak RM 622,800 kepada rakyat Sabah untuk meringankan beban rakyat Sabah melalui pelbagai inisiatif kemasyarakatan. 


Program Komuniti McDonald's di sabah hari tu diadakan di Restoren McDonald Semporna, sempena pembukaan McDonald's Semporna Pandu-Lalu (Drive -Thru).

Majlis perasmian Restoren McDonald's Semporna Pandu-Lalu yang pertama di Semporna. 


Masa perasmian McD Semporna yang diadakan sekali dengan Program Komuniti mcDonald's Negeri Sabah hari tu, ada beberapa aktiviti yang telah diadakan , antaranya ialah :


1. Agihan Zakat Perniagaan McDonald's
McD tak lupakan tanggungjawab diaorang untuk bayar zakat perniagaan. Hari tu McD berjaya bayar sebanyak RM 101,000 kepada Pusat Zakat Negeri Sabah (bayaran zakat untuk tahun 2019).

Pastu jugak, McD Malaysia ada menerima Sijil Pembayar Zakat Korporat dari Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, yang mana McD merupakan agensi perniagaan pertama di Malaysia yang terima sijil pengiktirafan tersebut. 

(Dua dari kanan) Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia ketika menyerahkan bayaran zakat perniagaan McDonald’s Malaysia bagi negeri Sabah untuk tahun 2019 kepada (dua dari kiri) Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Dr Haji Hasbullah bin Haji Mohd Taha, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Negeri Sabah (MUIS), sambil disaksikan oleh (tiga dari kiri) Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie bin Haji Apdal, Ketua Menteri Sabah. 


2. Sistem latihan Dual Nasional (SLDN) McDonald's
SLDN ialah program latihan industri untuk belia mendapatkan pekerjaan. Ia merupakan Inisiatif Pekerjaan untuk belia darai golongan B40 yang ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Sumber Manusia. Program ni adalah selama 18 bulan yang menggabungkan modul 70%latihan praktikal di McDonald dan 30%  teori (belajar dalam kelas). Sebaik jer pelatih tamat belajar, siaorang boleh bekerja di mana-mana cawangan McD di seluruh Malaysia. Belia yang ikut program ni terima insentif sara hidup RM 1,200 beserta faedah perubatan dan insurans dan makanan percuma. Setakat ni dah ada 650 pelatih SLDN yang menrima latihan di McDonald. 


3. Program 'Kembali ke Sekolah'
McDonald's Malaysia melalui Persatuan Kebajikan Ronald McDonald (RMHC) Malysia dan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia telah memberi Pek kembali ke sekolah membantu 1,900 pelajar sekolah dari 63 sekolah dari seluruh Sabah.


Selain tu jugak, RMHC mensasarkan untuk bantu seramai 30,000 kanak-kanak sekolah di seluruh Malaysia (kanak-kanak dari keluarga kurang berkemampuan) dengan cara pemberian 'Pek Kembali Ke Sekolah McD' pada tahun 2020 nanti. Agihan akan dilakukan secara berperingkat mengikut negeri. 

Tahun lepas (2018), McDonald Malaysia telah sumbangkan sebanyak RM 1.7 Juta kepada 17,000 kanak-kanak sekolh rendah melalui 'Pek Kembali ke sekolah'.  

Ini adalah salah satu usaha CSR pihak McDonald untuk memabntu Rakyat Malaysia yang tidak berkemampuan. Salute McD!




Kalau korang nak buat sumbangan untuk Pek kembali ke sekolah ni pun boleh. Call je RMHC Malaysia  03-78433388 atau layari https://rmhc-malaysia.my/get-involved/make-a-donation/.

SHARE 4 comments

Add your comment

  1. alhamdulillah terbaik lah camni ^_^

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah dan moga bermanfaat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga mcd terus memberi manfaat kepada rakyat malaysia yang tak berkemampuan

      Delete

© Dorsett Pink · EDITED BY MOMMY'S DIARY OF LIFE