Staycation at Philea Mines Beach Resort

by - Tuesday, December 10, 2019

Hari tu kitaorang 1 keluarga (keluarga kecik jer) staycation kat Philea Mines Beach Resort kat Seri Kembangan, betul-betul sebelah dengan The Mines Shopping Mall. 

First time aku tidur sini. Kebetulan hari tu, en.suami nak main golf kat Mines tu pagi-oagi lepas Subuh, alang-alang dah cuti sekolah so better kami anak-beranak stay kat hotel tu. Senanglah en.suami nak gerak pagi-pagi pergi main golf kat situ. 



 Bilik dia besar. Katil King Size.


 Tempat makan besar tapi tak ramai orang stay situ. Makanan dia pun biasa-biasa jer, macam taraf hotel 3 star.



Kat sini ada banyak port 'OOTD' untuk bergambar =)) 

 Hari tu kitaorang dapat bilik bawah depan pool, so ada balkoni, dan boleh terus ke pool.




 Kat sini, budak-budak boleh main sand. So, kalau nak stay sini, better bawak segala peralatan untuk main sand ni. Kitaorang hari tu tak bawak sebab tak tahu hotel ni ala-ala macam 'beach resort'.


 Ini semua kawan-kawan Kakak FL yang baru kenal kat dalam pool ni =)). Kakak FL memang seorang yang peramah - senang buat kawan dengan orang.




Pool kat sini dibuat macam 'beach'. Sebab tu nama hotel ni 'beach resort'. Kakak FL memang enjoy mandi pool, tapi Leeya tak enjoy - dia tak suka pasir -kotor. hahahha. Tak habis-habis dia duk lap kaki dia yang penuh dengan pasir tu. Errmmm, memang budak bandor =)). Takpe, next time kita bawak lagi pergi pantai. 


You May Also Like

4 comments

  1. bestnya... siap boleh main pasir lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu yang best tu, budak-budak boleh main pasir

      Delete
  2. wah bestnya..boleh decide untuk bawa anak2 jalan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat rekomen. Hotel ni best untuk budak-budak, tambah pulak sebelah jer dengan shopping mall

      Delete